Sunday, 15 January 2012

Untold History : The Malays and Their Forgotten Wars

Ramai yg familiar dgn cite 100 years war of Britian.. or cerita2 Perang Crusades..

tapi ramai lupe.. perang2 Sejarah Melayu yg lebih lame dari 100 years war of Britain, lebih lame dari Peloponnesian War.. Afghan War etc... aku rase lebih kurang same hebat dgn Crusade of 500 years War.. 

tapi.. yg diberi penekanan dlm syllibus university.. 100 years war laa, perang2 yg takde kaitan dgn bangsa sendiri laa.. 

Yes.. melayu berperang melawan penjajahan selama 500 tahun

Dorang tak penah duduk diam BUKAN SEPERTI mcm yg diajar disekolah2 kita.. 

Perang 500 hundred years

1511 = kejatuhan Melaka...

Then... what next????







1ST ROUND SPARRING CONTEST : Melayu Vs. Omputih

1513 = Mahmud and his son Alaudin led armies to storm Portuguese 

- between 1513 to 1528, the King disrupted the Portuguese by series of Blockages and ambush with help from Kampar and Pahang

1514 = Alliance with Java storm Portuguese fort at Malacca
1518 = Alliance with Sultan of Bentan mase dia duduk di Kampar.. storm again Melaka

1518 jugak... Mahmud membina benteng kayu di luar kota Melaka utk menyekat Portuguese dari darat

1528 = Outcasted panglima Hang Nadim storm Portuguese Fort dari laut
1538 = Stormed by Sutlan Acheh
1551 = Combine Fleets from Johor, Jepara dan Perak besiege Malacca for 3 months

1568 = JOhor and Portuguse combined attacking Acheh fleet for terrorizing Selat Melaka

1572 = Malacca attacked again by Sultan of Acheh
1573 = again by Sultan of Acheh
1574 = Malacca attacked again by Sultan Jawa
1575 = Again by Acheh

1597 = Dutch for the 1st time, attacking Malacca

1606 = Combine Fleets from JOhore and Dutch attack Portugeuse fort Malacca.. blockage for 3 months
1616 = Acheh again attack Malacca

1628 = Acheh captured Malacca from Portuguese, holds it for 8 months before recaptured by Portuguese back

1636 = Johor and Dutchs attacked Malacca by destroying their harbor

1641 = Malacca fell to combined forces of Johor and Dutch

THEN... 2ND ROUND SPARRING : Melayu Vs. Omputih

1756 = Johor stormed Malacca Dutch

1784 = again, Johor stormed Malacca fort

1895 = Malacca fell to British under anglo treaties agreement

THEN... 3RD ROUND SPARRING :  Melayu Vs. Melayu Vs. Omputih plak

1535 = Gustavoe De Gama attacked Kota Kara.  War at sea. Repulsed
1535 = also.. between 2 months, again attacked by Gustavoe De Gama. Repulsed
1539 = Acheh attacked Aru, Johor Alliance.. War at land. Aru razed to ground.
1540 = Johor attack Acheh at Aru, known as Battle of Sg. Paneh.. and recaptured it.  12,000 Acheh soldiers perished. 
1564 = Acheh attack Johor, Kota Batu dan Johor lama razed to ground
1576 = Portuguese fleet attacked Johor Kota Batu... beaten back
1578 = Portugeuse fleet again attacked Kota Batu.. and again beaten back
1582 = Acheh again attacked Kota Batu.. also beaten back
1586 = Johor fleet storm Malacca fort, Alaudin led, and general singaraja conquer the northern part of the fort
1587 = Portugeuse storm Kota Batu again, beaten back by allies of JOhor form Minangkabaus, Javanese, Trengganu and Pahang
1587 = again, in 2 months.. they try to storm the Kota Batu.. and again they beaten back
1588 = Kota Batu fell to Portugeuse, with help from fleets from Goa India 

1613 = Acheh attacked Batu sawar, captured it
1615 = Acheh again attacked Batu Sawar, sebab sultan disuspect berkawan dgn Dutch
1673 = Jambi stormed Batu Sawar and captured it

SO... TOTAL WARS (as recorded by known Croniclers) are : 36 wars from 1511 to 1784

Itu perang2 di Melaka dan JOhor.. TIDAK TERMASUK PERANG2 di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang/Kelantan/Terengganu.. dan 11 series perang mase Perang Jementah dan 11 perang mase Perang Bendahara Pahang.. in total is 100 wars ranges from 1511 to  1895

this 400 years war far succeeded the other known wars in history of man, but, OUR HISTORIANS were sleeping makan gaji bute tak buat pendedahan.. 

This wars giving clue of the 'war system' of Malays, consisted :

- War machineries
- war governances
- political arms
- diplomatic 
- economics

This subjects tak pernah diberi penekanan oleh mane2 local historians... 

Tu belum kesan2 peninggalan perang yg masih terbenam kat perut bumi yg belum dijumpai.. 

SO.. siape kate Melayu tak brani???? 

30 comments:

  1. Sebagai seorang yang berminat dgn sejarah,peliklah kenapa fakta-fakta ini tidak dimasukkan didalam subjek sejarah yang diajar disekolah....Patutlah ramai 'melayu moden' rasa dan sangkakan bangsanya lemah...sedangkan TIDAK.

    ReplyDelete
  2. Serangan oleh Acheh & Johor ke atas Portugis di Melaka ada dinyatakan dalam buku Sejarah peringkat sekolah menengah, tetapi tidaklah terperinci.
    Begitu juga peristiwa mengenai serangan ke atas Belanda di Melaka.

    ReplyDelete
  3. Adakah ketiadaan sejarah ini dalam sukatan pelajaran kita di sekolah-sekolah suatu perbuatan terancang atau tidak disengajakan? Admin, saya inginkan pandangan kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya difahamkam bahawa sejarah melayu moden dan lama ditulis oleh seorang sikh sejak zaman british lagi...

      jadi banyak yang tak tersampai dan dicerahkan...banyak yang ditenggelamkan dari fakta yg tepat.
      jadi...yg ade itulah diambil pula setakat apa yg ade hari ini...

      tp porf. ramlah adam dan prof. khoo khai kim ade buat byk kajian. tapi entahla mcm x sampai2 plak...

      paling menarik adelah mengenai kahidupan melayu semasa zaman melaka yg tidaklah spt yg disangkakan sampailah kejatuhannya dan cara kejatuhannya dan bagaimana melaka dikhianati...

      -sniper-

      Delete
  4. Sampai sekarang nampaknya belum ada langkah yang padu diambil oleh mereka yang memegang kuasa untuk menyemak dan menambah-baik sukatan matapelajaran sejarah dalam sistem pendidkan kita. Apa yang perlu dibuat di kalangan kita yang tak ada kuasa nak berbuat demikian ialah mewujud dan menyokong kewujudan blog yang seperti "Untold History" ini. Mungkin perlu diwujudkan banyak lagiblog seperti ini, dan tentunya oleh mereka yang benar-benar rajin, tahu dan ada kesungguhan yang kuat.

    Atau "UNTOLD HISTORY" sendiri boleh menambah-baik penyampaian dan kandungan blog ini di masa depan supaya menjadi rujukan yang baik untuk kita tahu lebih banyak sejarah negeri/negara kita.

    Wallahhua'lam.

    ReplyDelete
  5. bila yang diamanahkan untuk buat kerja tak buat kerja, inilah jadinya. sejarah pun tergadai. kita dah ada berpuluh buah IPTA, banyak professor, prof madya sejarah. tapi mereka terperesok dalam bilik kuliah dan tutorial. masa sabatikal, entah apa hasilnya pun kita tak tau. mungkin prof2 skrg pun bz berniaga dan berpolitik.

    ReplyDelete
  6. TuPac Ammaru 7727 July 2012 at 00:54

    Bro,

    Melayulah bangsa yang paling berani TAHAP HYPER..skill membunuh dan perang yang paling ranggi...
    bukan aku yang kate,tetapi mereka yang diluar sana...

    -USA,sekolah peperangan hutan di Virginia.komando mat salleh belajar ngan org kite tuu.
    -Balkan,kepala dalam CSAR(cari dan menyelamat dlm combat)..mcm dah takde komando dari negara barat yg boley wat mende ni..
    -Perkapalan,mana2 compny MERSK,AET,MISC..kapten2 melayu sangat dihormati dan ditakuti,lantaran 'hati kering' mereka...ribut?main redah semacam je.

    dan baaaanyak lagi.
    bukannya nak berbangga,sekadar berkongsi rasa.

    ReplyDelete
  7. Alamak betullah.Beratus tahun kita berperang dengan penjajah tidak dihighlightkan.Apa yang sibuk ditekankan adalah sejarah 10-20 tahun sebelum merdeka.Kendian tiba2 kita dimerdekakan melalui jalan perundingan.Sampai indon2 ejek kita budak inggeris sebab tak berani berperang.Padahal kita dah berperang tanpa henti selama 400 tahun engan penjajah yang bersilih-ganti!

    ReplyDelete
  8. Jika kita mahukan sejarah terperinci ditulis dalam buku sejarah sekolah, alamat anak-anak kita nanti terpaksa memikul sebuah buku sejarah setebal jutaan, mungkin lebih muka surat dengan berat boleh mencapai 1 tan... Apa yag ditulis dalam buku sejarah tu adalah sekadar fakta sepintas lalu... Jika dibuat secara terperinci, mungkin umur 20 tahun kita masih belum tamat sekolah disebabkan silibus sejarah masih belum habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya.. Didalam sejarah itu adanya sains,kejuruteraan,taktikal, politik, agama dan sebagainya. Tanpa sejarah sesuatu bangsa boleh jadi inferior.
      .
      .
      .
      .
      .
      Seperti Bangsa Kita. Bangsa Melayu

      Delete
  9. perggghhhh....

    dan melayu masih survive?

    ReplyDelete
  10. kejayaansesuatu bangsa adalah dengan mengenal sejarahnya. Tidak ada alasan lagi utk kita kemukakan seperti berat beg sekolah anak. Kemana pergi teknologi yg telah banyak d peruntukkan? Kita d sogokkan dengan perkara yg melalaikan, sehingga perkara yg sepatutnya kita tidak ambil endah...

    Satu-satunya sejarah bangsa yg telah d gelapkan adalah sejarah Bangsa Melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah bangsa Melayu digelapkan kerana kehendak dari Allah Azzawajalla nanti tunggu lah kebangkitan Pemuda-pemuda Panji Hitam Dari Sebelah Timur sebagaimana hadis-hadis sahih Nabi Muhammad SAW

      Pemuda-pemuda inilah yang akan bersama-sama Imam Mahadi (Muhammad bin Abdullah) sebagaimana hadis sahih di bawah:


      Riwayat Ibnu Mas’ud secara marfu’ bahawa, “Sekiranya tidak tinggal kecuali hanya sehari sahaja daripada umur dunia ini nescaya Allah s.w.t. memanjangkan hari itu untuk menghantarkan padanya seorang lelaki dariku (dari ahli keluargaku) yang mana namanya sama dengan namaKu dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

      Delete
  11. aku harap tuan blog boleh compilekan semua maklumat dalam satu pdf & blh download. risau jika blog seperti ini bakal dilenyapkan oleh kacamata rakyat.

    ReplyDelete
  12. sejarah bangsa melayu mmg sangat kabur .. mencari diri dan erti.. :(

    ReplyDelete
  13. Mohon tuan punya blog, buat kajian dari segi ilmiah. kalo yakin dengan penulisan dan maklumat, leh minta geran dari universiti di Malaysia ni, xpun leh bwt kutipan amal untuk bwt kajian secara ilmiah. Jika da ada bukti kajian ilmiah ni, nescaya leh dibukukan. Tapi maklumat kena sahih dan diperakui, baru orang ley percaya. Apapun saya sokong sejarah dibangkitkan demi semangat patriotisma. =) tahniah dan terima kasih admin.

    ReplyDelete
  14. Saya baru baca buku sejarah America yang diedar-edarkan ke negara-negara membangun macam kita. Cerita sejak zaman Cromwell, penghijrahan orang2 inggeris ke amerika, kekuasaan sepanyol, red indian, hamba abdi,perang saudara, sampai sekarang.
    Dia buat cara TIME LINE. KALAU PI library kedutaan amerika,rasa ada bukuni. Buat contoh. Cari sponsor KORPORAT MELAYU SEJATI. Apa tunggu lagi. Melayu Dah Nak Hilang ni..

    ReplyDelete
  15. saya adalah seorang yang berminat dengan sejarah melayu. mengenai hang tauh bersaudara dan pahlawan2 melayu, pernah saya terpikir melaka adalah tempat perdagangan, sehinggalah tewas kepada portugis 1511. bukan persoalan mengapa kalah tetapi mengapa kita boleh melawan penjajah semasa itu, adakah keris dan lembing cukup untuk melawan potugis. saya juga pernah melihat cerita thailand mengenai langkasuka, cerita itu mengambarkan pahlawan melayu bukan sahaja mahir berlawan free hand juga senjata pedang, tetapi mereka ini membawa bersama pemuras iaitu senjata api seperti pistol menggunakan belerang. senjata ini akan kita nampak apabila pertabalan raja-raja melayu, atau pertabalan agong, ada juga pahlawan melayu dalam cerita tersebut membawa rentaka iaitu meriam mudah alih, kalau sekarang mungkin sama macam bazooka. terima kasih kerana menambah ilmu saya, diharap ada seseorang yang dapat mengkaji semula sejarah melayu yang telah dipadam,

    ReplyDelete
  16. Perlu juga diingat Kerajaan Melayu Nusantara dikenali sebagai Maritime Civilisation, atau melayunya Tamadun Maritim, pernah baca pasal Penciptaan Layar oleh bangsa Melayu jauh lebih awal daripada bangsa Eropah dan Arab, hingga setelah bangsa Arab belajar kemudian diikuti oleh Eropah barulah mereka dapat sampai ke sini... rujuk di bawah:

    http://books.google.com.my/books?id=DSyqVAW04VIC&pg=PA13&lpg=PA13&dq=malay+jong&source=bl&ots=3jyaSyqnFE&sig=ggPbC7UsxJ_7_OEdpi9D1h6fY_E&hl=en&sa=X&ei=8QF5UezgLYPIrQe6i4GoCg#v=onepage&q=malay%20jong&f=false

    ReplyDelete
  17. Seronok dgn blog nih.. tapi apa akan jadi dgn 'survival' Melayu dgn bangkitnya cina dan org melayu yang sanggup jual segala2 hak mereka demi sanjungan dan harta yang tidak boleh dibawa ke alam seterusnya.. :-( realy sad what happen with our nation.. Pls.. respon wahai sahabat2 ku..

    ReplyDelete
  18. Kekadang rasa nak menjerit sorang2 bila berfikir pasal nasib sejarah bangsa melayu yg terpinggir ni. Bila agaknya semua sejarah yg digelapkan ni akan disingkap. Memang sejak sekolah menengah aku dah rasa spt sejarah melayu ni ditulis sesimple mungkin, macam bnyk sangat lubang. Kisah perang ratusan tahun kita tersangatlah hebat sebenarnya. Contohnya perang Kerajaan Kedah vs gabungan Thai dan British, antara yg epik juga pernah dibaca. Perang dengan angkatan laut Eropah sudah semestinya lagi epik! Barang yang lepas kadang2 perlu dikenang. Kita kena belajar dari sejarah utk persiapan masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku juga seperti kau bro..hari2 menangis meratap mengenangkan nasib bangsa kita..sekarang ni lagi teruk..berani saja semua bangsa flotsam yang datang menumpang berteduh di bumi bertuah ini mencemuh memaki pemimpin dan raja2 kita...

      Delete
  19. salam ukhwah...
    saya pernah berbincang perkara seperti ini dengan pengamal sejarah di pahang... menurut beliau, maklumat sejarah mengenai Melayu dan sejarah purba mmg bnyk tetapi malangnya apa yg kita ada tidak lengkap dan samar... untuk memasukkan sesuatu fakta sejarah dlm silibus pendidikan kena ada fakta yg sahih... sebagai contoh sejarah awal melayu... kebanyakan catatan tersimpan di muzium dan perpustakaan di londan dan portugis serata belanda... ada usa untuk dptkan artikel tersebut, tetapi x dpt kerjasama baik dari pihak sana...

    ReplyDelete
  20. ketengahkan isu, semangat patriotik perlu dipupuk bukn di pandangan remeh. generasi sekrang lebih terdedah dgn teknologi and the worst when they didnt know anything bout our history. what they know is reading, not learning.

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Saya melihat fenomena yg membimbangkan di kalangan segilintir Generasi Y yang tidak minat sejarah. Buktinya Sejarah SPM dapat 7D.....pelik juga memikirkan bagaimana ada yang tidak minat untuk mngenal sejarah bangsa dan Negara. Kalau generasi buta sejarah ini bertambah, agak sukar nak mempertahankan kedaulatan Negara. KPI Cikgu Sejarah termasuk silibus wajar disemak semula oleh akademia yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buku sejarah olahan nya menarik.. konfirm dapat A. kawan aku dulu sejarah ni di komikkan, dia lukis gambar sultan melaka dalam bentuk kartun dan reka dialog. selamat aku dapat 5C. ni gambar takdak tulisan berjela2 soh budak umor 16 ngan 17 tahun baca. tidor sudey...

      Delete
  22. Nak belajar sejarah ni kite kene imagine..bayangkan kite ade pade mase itu..kalo dapat bygkn insyaAllah sejarah akan jadi mata pelajaran yang amat menyeronokkan..

    ReplyDelete
  23. enarnya ada pihak (british) yang menghalang anak2 melayu moden tuk mengetahui sejerah mereka, sejak merdeka syllabus awal di control oleh british. Tapi masih tak faham kenapa historian malaysia skrg x fight for the true even mereka tahu hakikat sebenar. Contoh, tentang Kedah yang dulu namanya "Kota Star" ditukar british & Tunku Abdul Rahman menjadi "Alor Star" sedih rasanya. ini baru satu negeri. rata2 semua negeri2 di Malaysia mengalami nasib yang sama. tambahan pula kita tiada saluran khas tuk pengkaji menunjukkan kebenaran. Kan bagus kat Malaysia ni ada HISTORY CHANNEL sendiri.

    Terima kasih kerana ada pihak yang benar2 mengkaji dengan ikhlas untuk anak bangsa, saya pengemar sejarah tapi tak de ilmu dan method yang betul tuk mengkaji melainkan membaca blog dan membaca bahan yang diterbitkan dipasaran. Diharap banyak lagi infomation yang melibatkan fosil and archaeology dapat dibongkarkan.

    ReplyDelete