Monday, 9 December 2013

Untold History : Misteri Istana Runtuh Di Tebing Danga

Bismillah..

Korang bace tajuk tu banyak kali.. kt hujung posting ni, korang conclude, mcmane atuk nenek korang 'berpencak' menggunakan kata dan tulisan.. quite brilliant, you'll be surprise.

Ini adalah posting yang paling rumit yang pernah aku buat lepas "Untold History : Complete History of Tyersall Palace".


Itu adalah 3 Sungai on eastern part of Johor Bahru :

1. Sungai Skudai
2. Sungai Danga
3. Sungai Melayu

Antara Sungai Skudai dan Sungai Danga = ada satu tempat name "Kampung Bakar Batu".. same mcm "Kg. Bakar Batu" on Western Part of Johor Bahru.. dekat Permas tuu..

Now you have 2 "Kampung Bakar Batu".. satu di Timur, satu di Barat. Sama dengan "Sungai Melayu", di sini korang jumpa satu.. some 40km away, di Sedeli - Tenggaroh.. ada lagi satu sungai nama "Sungai Melayu".. kedua2 tempat ni terletak di Timur dan Barat Johor Bahru.. pelik isn't it?


Selepas Sungai Melayu, ada lagi satu Sungai name "Perepat".. kawasan berpaya.


Selepas "Sungai Perepat", jika korang ade Yatch mewah.. korang boleh nampak ade satu perkampungan nelayan.. dekat situlah name "Tebing Runtuh", bersebelahan dengan "Puteri Harbour" dan less than 1 KM dari Pusat Pentadbiran Nusajaya yang baru.


ISTANA RUNTUH

Dekat situlah terletaknye "Istana Runtuh" ni.. dibelakang pejabat persekutuan. Less than 1 KM, even bumbung Masjid Nusajaya yang baru pun korang boleh nampak dari kawasan ni.

Korang boleh baca posting kt bawah ni.. ramai yang tak tau.. sebab tu aku tanye.. kalau ade  yang tau, aku x bukak posting ni...

But, the last posting tu, berdasarkan gaya bahasanye... aku rase aku kenal sape walaupun dia gune name 'anonymous'....


EXPLORATION

Bukan aku yang jumpe "istana" ni.. so, I don't want to take credit for that.

Kewujudan Istana ni diberitahu oleh seorang Pengarah, head of Social Development dari IRDA mase pertemuan di Puteri Pan Pacific KL setahun yang lalu.

Macam biase lah, it take me 1 year to visit.. considering aku duduk KL and too busy with my social agenda berparty rock sakan... heheee

Dia pulak.. diberitahu oleh old timer penduduk Tebing Runtuh ni.. name dia Pak Zainal.. so, It was Pak Zainal yang berhak jika ditanye sape yang jumpe.. dia dah duduk kt situ lebih 60 tahun dulu.. bapak dia, atuk dia semua duduk situ, so, jangan banyak tanye.. jumpe, salam cium tangan :



Sekarang.. "Istana" ni terancam kewujudannya, walaupun terletak tak jauh dari Pejabat Negeri Nusajaya yang baru tuuu.. ianya berkemungkinan besar akan dirobohkan dan kawasan tu akan diratakan...  oleh UEM

So.. perkara ni, macam kisah Candi No. 11 Lembah Bujang yang dirobohkan Pemaju di Kedah baru-baru ni.. menyesal pun dah tak gune

Dorang ni bukan kisah ape.. nak untung je.. so.. aku sarankan.. kalau korang betul Bangsa Johor from all walks of life yang sayangkan tinggalan negeri ko.. sebar-sebarkan posting ni biar ramai yang tahu macamane rakusnye segelintir orang yang bukan asal negeri ko pun.. datang sini runtuhkan rumah orang sesuke hati


Disitulah tapak runtuhan Istana tinggal ni.. ade 2 access untuk ke sana.. satu melalu jalan Laut.. and satu melalu jalan Darat..

Surprisingly enough.. kalau korang selalu lalu ikut laut, korang boleh nampak dengan jelas tinggalan Istana ni.. ade Jetty batu, tangga with ornamented balustrade di tengah-tengah hutan belantara.. and dalam Google Map pun korang boleh nampak dengan jelas :






Tapi yang peliknye.. ramai tak tau.

As for jalan Darat.. biarlah aku sorang and few others yang tahu.. aku tak nak tempat ni tercemar.. tak pasal2 jadik mcm kisah aku yang lepas pasal "Villa Nabila".. last2 ade laa budak-budak baru nak up tiru bende yang aku dah buat 10 tahun lepas = explore tempat ni malam-malam


This place bukan tempat korang main-main... banyak cerite tak baik dan tragedi pernah jadik kt tempat ni..di kawasan ni jugak pernah ada 1 kampung Cina yang totally lenyap mase perang Dunia ke 2. It is not a place for jokes or sightseeing especially sebelah Timur kawasan ni mengadap Sungai Perepat.. It is not made for people like you.  So, best you kept it away. Itu nasihat aku.. but, kalau ade yang 'hilang', lupekan je lah untuk carik.  Kalau jumpe pun, bukan 'dia' yang ko bawak balik.. but it's something else.   Aku nasihat kan jee.    


ISTANA RUNTUH

The reason aku cakap "Istana Runtuh" bukan "Istana Tinggal" is Istana ni betul-betul runtuh.. seperti dicabut dari bumi, sampai tercampak semua tiang-tiang dan pasak-pasak kongkrit hingga ke dasar nye.. bukan ditinggal kan seperti kebanyakan Istana lain...

Sama nasib macam "Istana Tyersall", "Istana Cengkih" dan "Istana Semayam" dalam posting-posting aku yang lepas.. totally gone.



Ini adalah salah satu contoh "Tiles" yang unik lantai Istana ini.. serpihan ini bukan "sekeping" tiles.. tapi... serpihan tiles ni melekat pada asas binaan simen lantai Istana ni.. tercabut hingga ke dasar


Salah satu "arch" yang 'tercabut' dan berselerakan di tapak tersebut..



Ini pula, tinggalan tiang-tiang Istana tersebut.. tercabut dan berselerakan di merata-rata tempat

So.. ape pulak bende yang tak musnah???

Ade, :

1. Bilik masak
2. Tangki Air
3. Tangga





Dan satu bilik di kawasan Dapur, tak terjejas. Masih utuh siap bumbung kongkrit.. tapi gambar yang aku ambil corrupted pulak.. x dapat nak post kt sini.

Xde kaitan dengan bende2 mistik, jangan nak karutkan pikiran korang.. aku pergi mase tu hujan panas.. and berteduh dalam dapur tinggal ni.. xde ape yang jadik.. masih sihat sampai sekarang. But, again.. jangan mencuba. Ko bace balik warning aku diatas. 


THE CLUELESS ISTANA

Sebenarnye aku buntu.

Aku tak tau sape punye Istana ni.. but aku ade few clue lah.  Cume theory.. aku belum conclude finding lagi.. mcm aku cakap lah.. kes ni rumit

No. 1 :


Ok. Lagu "Tanjung Puteri" yang berhantu ni dicipta oleh cucu Dato' Mohd. Salleh Perang sometimes 1920's.. aku lupe exact year.. but for sure, I"ve read it somewhere...

Disitu di nyatakan precisely 'clue2' beberapa tempat yang wujud pada 100 tahun dahulu.. Now.. test subject :

1.  Cube ko google "Tanjung Sekijang" = No definite result kan???
2.  Same juga.. cube ko google "Tebing Runtuh" = No definite result jugak kan???

Yang boleh digune pakai sekarang ialah perkataan-perkataan ni :

a.  Kuala
b.  Tanjung

So.. "Kuala" agak kedalam sedikit.. while "Tanjung" agak terkeluar sedikit.. now.. cube ko relatekan lagu di atas :

"Tanjung Sekijang nun di KUALA ; Tempat nelayan mengail gelama"
"Istana Hinggap di KUALA Danga ; Tempat berkelah keluarga diRaja"

Problem dekat lirik di atas ni.. tidak dinyatakan "Tanjung Sekijang nun di KUALA".. Kuala apa??? Kuala Lumpur??

Seni kita berdasar bidalan, bidalan dalam kata-kata adalah teka-teki.. and jawapannya juga ada dalam bidalan tersebut.. begitu halusnya budaya penulisan Melayu..  mcm dalam posting "Malaesch Sprrakunns Unlimited" yang di post blakang tu...

But, penulis lirik ni bagi clue, and tambah satu clue dalam ayat seterusnya iaitu = Kuala Danga

"Kuala" dan "Tanjung", dua tempat yang berlainan geographical contour, di satukan dalam 1 phrosa lagu.. = menjadikannya "Tanjung Sekijang di KUALA Danga"

Brilliant.. isn't it??? 

It took me 2 weeks to discover 'mainan' ayat orang-orang zaman dulu.. siap x tido 2 hari..  siutt jee kasi pening olang

BUT,.. ade problem pada theory aku ni :

1.  According to Pak Zainal.. "Istana Danga" original was located in Muara Sungai Danga.. diperbuat dari kayu.. dah lame runtuh.. yes, di "Muara" while.. dalam lagu ni.. dikatakan pulak di "Kuala"..

2. Tapak Istana ni :





Terletak dihadapan Istana Bukit Serene, dikatakan runtuhan "Istana Danga"..

See??? makin rumit kes ni..


DESIGN

Ini bukan binaan "Orang Kaya".. or taiko2 lombong zaman dulu.

Di Johore.. dalam tahun 1855 hingga 1914, cume orang-orang kerajaan sahaja boleh membina rumah batu.  Aku ade document pasal ni.. ntah aku letak mane.. nanti klu jumpe aku pastekan.  So, oral reference Pak Zainal agak meragukan tentang Istana kayu di Kuala Danga.

So.. definately runtuhan ini adalah "Istana"...

Bile sebut "Istana".. korang tentu pernah baca tentang "Untold History : Architectural Signature Series" pada posting-posting yang lepas...

Pada binaan kerajaan Johore.. ada satu signature... yang tak sempat aku kluakan post terbaru sebab.. gile koo.. buat keje free.. ko ingat aku takde keje lain???

So.. melihat keadaan Istana Runtuh ni.. aku boleh assumed binaannya macam ni :


This is an 'aerial' plan kawasan runtuhan Istana ni.. yang tercacak x tumbang cume Water Tank dan Dapur.

Kawasan "Grey" pulak agak dalam.. aku conclude 'crater' je laah.. sebab kawasan tu aku suspect tempat letupan... while kawasan yang lain agak tinggi dari kawasan depan sebelum pagar batu tuu..






Ini pulak binaan tangga batu dari arah laut (jetty)

So, melihat pada serpihan runtuhan arch, balustrade, dinding.. = tak banyak hiasan or ornamented design yang ada... cume basic neat neo-oriental design yang popular pada zaman tu..

Melihat kedudukan runtuhan "arch" dan tiang-tiang Istana and cerita lisan Pak Zainal.. aku boleh assumed lah bangunan tu berbentuk mcm ni, a typical Government building :


2 1/2 tingkat, dengan 3 arch di hadapan verandah.

So.. aku layer kan kedua-dua lukisan ni.. jadik :


Bayangkan.. dengan background hutan belantara.. tetibe ade bangunan mcm ni tersergam ditebing tinggi ditepi laut.. korang mesti ingat Istana Bunian kan???

Tarikh Dibina :

1885 to 1900

Sebab??? sebab ni :







Ini adalah serpihan atap genting binaan Istana ni.. aku collect relic ni dekat tapak Istana runtuh tu..

Atap genting, sama macam "Silver" dan "Seramic cup".. tahun diperbuat and lambang pembuatnya ada diukir / dichop pada produk tersebut.. so.. bile aku buat reference.. disitu ada satu 'chop' Bell pada setiap keping atap Genting.. and nama "Soccoman Freres" / "St Hendrie Marseille"

Dapat laah jawapannye contoh dari produk asal di Marseille France :



Ini adalah antara "Marseilles Tiles" yang digunakan sekitar tahun 1890'an di Adelaide, Perth and Melbourne Australia.  Binaan bumbung yang complete nya serupa ni :


Itu contoh typical "Marseille Tiles" sekitar circa 1890 AD.

Bile tengok je tiles ni.. aku tetibe teringat :

1.  Istana Besar
2.  Istana Tyersall

Sebab.. :


Kedua-dua Istana itu asalnye dibina dengan genting berwarna merah.. sama seperti "Marseille Tiles" ni..

So.. this are the references from 1 of the leading Architect from Australia :



Maknanya.. binaan tersebut adalah awal sebelum 1889 sebab "Marseilles Tiles" cuma reach Australia selepas tahun 1889.. rite??


BULK ORDER

Korang perasan tak.. kesemua binaan Istana-Istana Johore dibuat dalam tahun yang sama, or.. dalam masa yang lebih kurang sama :

1. Istana Zaharah > Balai Zaharqah > Istana besar
2. Istana Tyersall > Masjid Abu Bakar > I

and few others.. and.. binaannya pula di import dari Europe.. that' was 120 years ago!!

Kenapa??? = Sebab, dorang buy in bulk.. satu kapal penuh.. sebab tu laa ko pelik macamana dorang boleh bina macam-macam and import bahan-bahan tu dari Europe.. dari mana dorang shopping kan?? kalau tiap2 kali nak bina, pergi Europe beli kat sana.. 120 tahun dulu, Firaun pun boleh bengkrap. 

Kalau at retail shop tak mungkin ko dapat bahan2 tu dalam masa-masa tertentu.. it's one time order je straight from Europe.


MUZIUM LEMAU

So.. aku tulis kepada Museum DiRaja Johor Bahru untuk sample Istana Cengkih dan Istana Besar.. tapi dorang reply.. dorang takde sample tuuuuuh.. suruh refer "Yayasan Warisan Johor" pulaak

Apebendee laaaa Museum mcm ni.. baik korang berenti kerja jual goreng pisang jee laaah.. bende simple mcm tuu pun korang takde

Bende2 'remeh' mcm tuu laah yang bergune bile time buntu  mcm niii...


SEBAB DIRUNTUHKAN

Aku cume ade theory, yang crazy and yang kurang crazy.. :

1.  Internal Dispute

Aku tak cakap Istana ni kepunyaan Sultan Johor.. tapiii.. aku boleh cakap Istana ni kepunyaan Keluarga Sultan Johore = iaitu Dato' Jaafar Mohamad


This Dato' Jaafar berkahwin dengan Isteri Ungku Majid, Ruqayyah Hanum, adik Sultan Abu Bakar yang mangkat..

The only powerful post yang pernah diberikan kepada rakyat jelata.. siap Pejabat dan Istana yang besar, was awarded to Dato' Jaafar Muhammad

Now..



Balustrade Pejabat Dato' Jaafar adalah sama dengan :


Balustrade Istana di Tebing Runtuh. And few other places yang dibina pada zaman Dato' Jaafar Muhammad.

Ini disahkan oleh Pak Zainal yang mati-mati kata "Istana" tersebut bukan milik Sultan Johore, tapi Istana Dato' Jaafar... pelik jugak aku.

So, 'internal dispute' ini bermula pada tahun 1926 : mase Dato' Onn dibuang negeri.. bersama-sama abangnya yang mase tu Menteri Besar Johor dan semua keturunan Dato' Jaafar vanished to Singapore... 

Aku cume kemukakan 'theory'.. so theory aku :

Sultan Abu Bakar mewariskan Istana ini  kepada Dato' Jaafar tanpa wasiat.  While Dato' Jaafar gunakan Istana ini untuk keluarganya.

Bile HH Ibrahim dapat tahu.. dia anggap Dato' Jaafar seorang yang corrupt, sebab, on top of hak milik Istana ni, Dato' Jaafar pernah meminjam wang sebanyak RM 24,000 daripada Ungku Sulaiman.

So, HH Ibrahim yang brassball ni bile dapat tahu, dengan titah yang cume ditulis pada belakang sampul surat = membuang segala keturunan Dato' Jaafar dari bumi Johor, dan dilucutkan kesemua hak dan harta keturunan Dato' Jaafar dan dimiliknegarakan semuanya. 

We are talking pasal orang yang sama-sama mandi, makan, sama-sama dihantar belajar dengan anaknya beberape tahun ke England.. ko bercakap pasal "adik" ko weiiii... orang yang dah macam darah daging ko = Sampai mcm ni tahap marah dia.. ko bayangkan ape yang keluarga Dato' Jaafar dah buat???  This is one of it laah...

So.. menurut cerita lisan Pak Zainal.... hak milik Istana ni dijual kepada seorang Cina selepas itu, zaman ni Pak Zainal dah lahir.. sekitar tahun 1940'an laah.. selepas Dato' Onn dibuang negeri. 

Nama cina tu "Yeo Boon Seng" mengikut catatan Pak Zainal...

So.. aku dapat tangkap nama dia bukan "Yeo BOON SENG".. maybe name lain BUT, "Yeo" tu aku kenal... nama ni sangat terkenal sekitar tahun 1940'an dekat Singapore dan JB dulu.. :


They could be one of the "Yeo" family members yang mengasaskan "Yeo Hiap Seng" or minuman "Yeo's" dulu.

They built their wealth in China lepas tu moved to Singapore in 1936.

Pak Zainal tak pernah jumpa "Yeo Boon Seng" tapi tau Istana tu Cina yang beli, sebab "Yeo Boon Seng" tak pernah tinggal disana..

In 1940's... "Yeo Hiap Seng" melebarkan sayapnya ke Johor... So, bile ko tengok chronology peristiwa-peristiwa ni.. macam sengaja di 'atur' kan??

Aku summarized kan jadik :

1885 : Istana Danga dibina
1895 : Sultan Abu Bakar mangkat
1919 : Dato' Jaafar meninggal
1926 : Dato' Onn dibuang negeri
1936 : Yeo Hiap Seng bertapak di Singapore
1940 : Istana Danga dibeli oleh "Yeo Hiap Seng"
1940 : Yeo Hiap Seng bertapak di Johor dan buat kilang di Pandan.. kilang "Yeo's"

So.. what happen next???


BLOODY WAR

Ko dah bace kat atas tuuu???

Aku tak kasik korang pegi explore tempat ni sebab :



4,000 askar Jepun dari 5th and 18th Division berkampung dekat sini dude selama seminggu sebelum penaklukan Singapore. 

Exactly tempat ni dude.  Betul-betul di atas tapak Istana tu and 4 KM radius sekitarnya... Ko bayangkan.... x payah laa aku cerite ape dorang bikin kt sana, kepala sapa dia gantung kt pokok or lubang mana dia gali tanam orang..  ko gune laa imiginasi ko sendiri 


NASIB ISTANA 

Korang mesti ingat "Istana" ni musnah kene bomb mase zaman Perang Dunia ke 2 tuu..

Actually tak.. Istana ni tak musnah.. tapi mungkin digunakan Jepun sebagai Markas sama seperti Istana Bukit Serene dulu...

Itu yang diberitahu Pak Zainal, sebab sekitar tahun 1950'an, dia pernah bermain-main dikawasan ni, pernah masuk.. ade Piano, ade macam-macam kemewahan laah.. Itu zaman lepas perang..

So.. selepas itu.. haaa.. yang ini agak pelik sikit :

18th November 2013 aku pergi tempat ni.. bile aku tabulate semua references, evidences etc semua it just doesn't add up... 

On 4th December 2013, atas sebab ragu-ragu ending istana ni.. aku call balik Pak Zainal untuk mengconfirmkan perkara ni :

Aku tanye Pak Zainal, dia pernah nampak ke tidak Istana ni berdiri.. ; dia jawab firm, "Pernah"...

Aku tanye lagi ;- Even selepas zaman Jepun : dia jawab "Yeahhh"... 

Then, aku tanye last ;- Ade kemungkinan Istana ni di bom SELEPAS zaman Jepun?? : dia jawab "... .. . wait, ada! pakcik baru teringat sesuatu"

= The reason aku tanye macam tu = sebab satu je, melihat 'kemusnahan' maksima di tapak Istana tu, dengan dasar2 tiang semua tercabut.. aku boleh conclude satu je ; di Bom... 

Sebab tu aku tanye macam tuuh..

SO... Pak Zainal pun sambung ceritanya.. agak pelik.. tapi, pada aku, masuk akal laah considering destruction that kind of magnitude :

Pak Zainal cakap : Dulu ade sorang ntah sape, kumpulkan bomb yang tak meletup mase zaman Perang Jepun dulu.. sometimes end 1960's.. dia letak bawah Istana ni. Kumpul kan dekat situ

So.. one day, dia sapu sampah dan daun-daun kering dekat tempat dia kumpulkan bom-bom tu.. then BAKAR..... 

Bile sampah2 tu terbakar dengan bom-bom tuu semua, Istana tu meletup sekali.....

Pada certain people, maybe macam cerita lawak.. but to me, considering 'kemusnahan' sebesar itu... cume bom je yang mampu buat mcm tuu.. agak masuk akal laa cerite Pak Zainal ni

Tapi, kalau ko tanye aku "Sape" punye kerje yang kumpul bom-bom tu and bakar.. bab ni aku gelak laah.. Itu gila punya olang keje... Heheee

Bukan itu saje.. sama juga pasal kemusnahan Jetty ni, yang betul-betul mengadap tangga masuk Istana :


Korang nampak Jetty ni terputus separuh???

Pak Zainal cakap.. dulu-dulu, ade seorang kerabat Sultan Johor name Ungku (x payah laa aku bagitau sape) yang jadik Constable Polis.. hobi dia bom ikan..

So.. one day, dari tengahari sampai petang, dia bom ikan tak dapat... dia geram,  dia bom sekali  Jetty ni sampai runtuh.. lepas tu dia blah. 

Pada korang memang bunyinye lawak.. but pada aku :

Pak Zainal dah meng  confirmkan perkara-perkara ni :

1. Istana ni musnah di bom
2. Istana ni survived WW2
3. Istana ni memang milik Johor Royal Court

Now, akhir kata.. lepas ko baca sampai bawah.. ko bace "Tajuk" posting ni balik.. tentu ko tau maksud aku.

Chow!


ENTRY 17 DECEMBER 2013



Macam yang aku expect, this going to  hit their nerve.  Exco kerajaan sekarang dah kelam-kabut bila ditanya berkenaan perkara ni.. ; and, dorang jawab UEM pulak tak 'declare' ada historical site sebelum pengambilan kawasan ni dulu.

WTF punye alasan, bayangkan.. this land belong to you previously.. and you tak tau ape ade atas tanah you???  Come on dude.... Selama ni korang tido ke??  Gaji korang berape??? 

Daripada korang main tembak-tembak menyalahkan orang lain .. ape kate aku suggest kan sesuatu??? aku tak ambil satu sen pun atas consultancy aku ni.. either from State Government.. or from UEM :


Korang nampak tu???

Forensic of airplane wreckage, re-essemble inside factory.  Bende yang sama korang boleh buat atas "istana" ni :

1. Kerajaan Negeri kene bagi grant research for rebuilding / or take compensation from UEM whatever to kickstart this project

2.  YWJ kene buat research how to reconstruct this building from fragments scattered.. korang kan 'pakar'.. x payah laa tanye aku nak buat ape

3. Bile siap dibina.. UEM boleh 'jual' bangunan ni at 500% value SEBAB :

a.  Location. Current market value +

b.  Tapak kawasan ni memang bersejarah +

c.  "Material" untuk bangunan ni MEMANG dibina dengan bahan asal 150 ago

It's like :


Macam beli jam "Romain Jerome" built with Titanic hull.. crazy price!

This is how you can make profit from History.

Kitorang bukan nak tengok sape own tanah ni.. infact.. kitorang tak kisah punn.. kitorang cume nak tengok ; this building is reconstructed atas TAPAK ASAL, dibuat pulak dari MATERIAL ASAL.

Dulu ada jetty, now owner boleh park dia punya Yatch.. dulu alamat "istana" now still alamat rumah dia "istana", different comparable to other surrounding area.. this is few things yang boleh bagi huge marginal incomes utk property ni...

Ko ingat takde orang nak beli??? aku rase Donald Trump pun sanggup beli.

See?? Win-win.  Aku jugak yang tak dapat ape.

That's all.  Ape susah sangat??