Thursday, 2 April 2015

Untold History : The Lost Grand Hotel of Johore

Light reading.. sebelum aku sambung kes2 rumit yang boleh buat bengkak kepalotak korang..

Subject ni.. akan ajar korang 2 bende :

1.  Ape makna "King" yang sebenar
2.  Ape makne "King" yang sebenar


LOST 


Familiar dengan tempat tu??

For those budak2 JB yang degil.. dulu tempat ni jadi tempat pit stop paling last sebelum berambus balik rumah malam2.. Post Office JB.

In 1960's.. tempat ni dibuat Bus Stand.. so.. bus2 dari Batu Pahat, Pontian etc... stop dekat sini sebelum berpindah ke Bukit Timbalan.

But loooooooonnnnngggg before that.... tempat ni jadi tempat lepak artis2 Hollywood :

Itu dari Frank Buck's Chronicle.. one who made his name in Hollywood because of HH Ibrahim..


United Service Club is an exclusive club belong to expatriate in Johore.. Dato' Onn selalu lepak sini mase dia muda2... degil nak mampus.. x nak kerja kt JMF, selalu lepak main billiard kat sini..


GRAND HOTEL

Diberitakan oleh Dato' Mejar Mohd. Said.. 



REST HOUSE DI RUMAH PEREHATAN

Maka pada mulanya tiadalah
apa-apa tujuan yang khas hendak diperbuat tetapi pada akhirnya masuklah pada fikiran
baik dicuba jadikan rest house (rumah perehatan) kerana banyak di antara negeri-negeri
dalam Tanah Melayu yang ada menyimpan seumpama itu. Jika pada tempat-tempat yang
besar seperti di Singapura dan Pulau Pinang atau Kuala Lumpur ada hotel jadi tempat
ahli Johore Club dapatlah menumpang dalam kelab kalau tiada kenalan menjadi
kesusahan berhenti bermalam.

Maka setelah jumlah perkiraan itu diwakil oleh Yang Maha Mulia kepada seorang
putih yang dalam jawatan pelajaran kerana ianya seorang kawan baik kepada Yang Maha
Mulia dan kepada banyak orang Melayu juga benama Tuan W.N Gulur (kemudian
bergelar Datuk) pada mengalatkan tempat itu dengan secukup-cukup bagi kaedah sebuah
hotel yang terutama dalam Singapura hingga memesan setengah daripada barang-barang
itu dari Eropah dan juga disediakan dua buah meja bular (billiard). Maka dalam…
…sedikit hari datanglah barang-barang itu dan siaplah serba serbinya yang demikian
jadilah masyhur serta merta dengan sebab bagus dalam semua hal bukan daripada alatan
sahaja dan bilik tidur tetapi tentang makan minum, jagaan dan keraian juga adalah
kerehatan dan kesenangan itu bukan bagi orang dari luar sahaja tetapi bagi orang baikbaik
dalam Johor juga tambahan pula Yang Maha Mulia sendiri berangkat main billiard
dan melihat kawan-kawan dari sebab itu dapat peluang bagi masing-masing menunjukkan
muka mengadap.

Shahadan tiada berapa di belakang daripada itu Masjid Kecil batu yang
bersebaran dengan balai kayu sebelah daratnya kerana ramai orang datang sembahyang
duduknya berhimpit dengan rest house tiadalah digunakan lagi bagi sembahyang Jumaat
atau hari-hari raya dengan sebab telah berpindah ke Masjid Abu Bakar yang di atas bukit
bersebelah dengan kebun bunga Istana Besar. Maka titah Yang Maha Mulia baiklah
pindahkan ke tempat lain ataupun jika tiada dikehendakan di mana-mana robohkan sahaja
sebab tiada molek lagi tempatnya di situ. Setelah diperbahaskan oleh Pejabat Agama
pada akhirnya dibukalah sahaja dipecahkan ditinggalkan lapang tempat itu. Maka di
sebelah kiri Rest House itu rumah Datuk Bentara Luar telah buruk benar dan datuk itupun
tiada tinggal lagi di situ yang demikian bertentu lebih kurang dengan Datuk itu
terpulanglah rumah itu dengan tanahnya jadi milik kepada Yang Maha Mulia tatkala itu
berundinglah Yang Maha Mulia bagi membesarkan rest house dengan ditambah sayap
kiri kanannya.

Apakala dinyatakan Yang Maha Mulia kepada kerajaan hasratnya atas hal rest
house itu termustahak dibesarkan kerana sentiasa didapati tiada bercukupan bilik tidurnya
dan lain maka bersetujulah mesyuarat kerajaan iaitu tanah bekas masjid lama itu
diserahkan kepada pergunaan Yang Maha Mulia dan juga disekalikan serahan itu rumah
dan tanah kerana pejabat surat di sebelah kiri rumah Datuk Luar dengan sebab kerajaan
memang telah menyediakan sebuah bangunan batu kerana pejabat itu. Yang demikian
dengan tidak lanjutan masa bertentulah Duli Yang Maha Mulia dengan sebuah gudang…
…pelukis di Singapura membuatkan plan yang munasabah kerana tambahan dan
menjadikan lebih baik keadaan rest house itu. Maka plan itupun sedialah dengan
menghabis tanah yang diperoleh baru di kiri kanan itu dan jadilah rumah lama bagi rest
house itu di tengah-tengah dengan sedikit pindaan. Maka diborongkanlah upah pelukis
pekerjaan bangunan itu dan dengan tidak berlamaan bangunan itupun selesailah diperbuat
dengan memberi cukup puas hati. Maka barang-barang yang dipesan dari Eropah bagi
kelengkapan rumai itu sampailah kerusi, meja gerubok yang diperbuat oleh gudanggudang
di Singapura sekalinannya siaplah lalu dipasangkan dengan baik keadaannya.
Maka disebutkan di sini meja bular ditembah dua buah lagi jadi berjumlah empat. Dan
lagi segala pinggan mangkuk, cawan, gelas, meja gerubok, kain-kain napkin, tuala
semuanya khas bercop “Johore Hotel” dengan tulisan Melayu dan Inggeris serta bulan
bintang ialah tidak dinamakan rest house lagi dan didaftarkan seorang putih yang mahir
dengan khas menjaga hotel itu siang malam.

Seperkara lagi disebutkan di sini iaitu ada diuntukan dalam hotel itu satu majlis
besar di sebelah hadapan di kanan dan dua bilik tidur cukup dengan bilik air sekali. Tiaptiap
satunya bagi menjadi kelab orang putih terutamanya yang demikian kelab mereka
yang dinamakan Johore Club berpindahlah ke situ dan sebuah lagi bilik besar sebelah kiri
dengan dua bilik tidur yang lengkap diuntukkan bagi pergunaan pegawai-pegawai
Melayu lalu ditubuhkan pakatan itu dinamakan “Johore Civil Service Club” (Pakatan
Bagi Jawatan Tadbir Johor) dan ahlinya terutama daripada orang-orang Melayu dan
kedua-dua kelab ini ditentukan sewanya dengan cukup rendah seolah-olah jadi
pertolongan dan penggalak daripada Yang Maha Mulia sentiasa berhimpun berama-ramai
dengan tujuan yang muhibah, maka kedua kelab ini mengangkat akan Duli Yang Maha
Mulia jadi penaungnya yang berkekalan istimewa pula bagi kelab Melayu dizahirkan
dengan syor Yang Maha Mulia sendiri.

Shahadan semenjak dijalankan aturan cara hotel ini bertambah ramai orang-orang
menggunakan dan ada sesetengah orang di Singapura kedatangannya kerana bertukar
angin di sini berminggu-minggu…

…di sini kerana berhampiran dengan pabyan kapal bagi keretapi pulang balik ke
Woodland dan di sana ada tempat meninggalkan motorcar jika tiada menggunakan
keretapi. Dan lagi keraplah diadakan jamuan besar-besar di hotel itu kerana cukup serba
serbinya dan pelayan-pelayan semuanya bagus dan bersih hingga pada tempoh harijadi
Yang Maha Mulia atau seumpamanya pegawai-pegawai dan pihak lain menyembahkan
jamuan kepada Yang Maha Mulia di sinilah diadakan tidak payah menumpang di Istana
Besar dan diadakan majlis menari di bilik lepas jamuan itu adanya.





Itu gambaran Dato' Mejer Mohd Said yang kasitau... now..




Ini adalah "Rest House" sebelum dinamakan semua sebagai "Hotel Johore".. 2 1/2 floor hotel.. betul2 sampai ke gigi jalan..






Bangunan purba ni dibina sebelum Tambak Johor dibuat.. dirobohkan aku tak tau bile..


While.. disebelahnye pulak ade Masjid.. Masjid utama penduduk Bandar JB dulu2.. :




Simple mosque yang boleh menempatkan 500 orang dalam satu-satu masa.. x besar sangat...


Sometimes in 1930's... Bangunan Masjid ini dirobohkan sebab makin kurang Jemaah lepas Masjid Abu Bakar siap and Al Attas pun ade wakafkan 1 masjid depan Komtar.. 




Itu adalah tapak Masjid JB yang lama.. While.... ini pulak... tapak asal the lost Grand Hotel of Johore :




Betul2... atas jalan yang korang lalu hari2.. korang patut pay respect sikit dekat tuan punye asal jalan raye yang korang lalu tu.. : 



REAL KING

So.. what makes you King??? 


= jawapannye.. ko boleh ambik ape je ko nak.. xde orang brani marah.. then you are the King. 


Dalam zaman moden ni.. ramai sangat yang rase dia bagus... simple seeds of idea yang pengkhianat tanam dalam kepalotak dorang... maka ramai laa hidup nak jadi "King"... walaupun anak haram.. serupa ini orang :



And beribu-ribu lagi kat luar sane.. 

So.. ape kaitan dengan cerite ni?? same... Tanah Hotel ni... tanah yang korang lalu-lalang naik kereta pergi kerja lalu atas ni... tanah tu... dulunya.. orang ni yang punye :



Taiko Kongsi Gelap Dato' Muhammad Salleh Perang yang punye.. dia meninggal, HH Ibrahim ambik balik.. tak kire laa dia menteri ke ape dulu.. bukan di beli.. lepas tu... dibina Rest House dan Hotel atas tanah Dato' Muhammad Salleh Perang..

Lepas dirobohkan Hotel yang purba ni.. .. dia sedekah kan jer Tanah yang berharga ni kepada korang = UNTUK DIBUAT JALANRAYE jer... takde tol pun.. so.. bersyukur laaah

Bukan Datuk Salleh Perang jer kene pawn.. Tan Hiok Nee, Wong Ah Fook, Al Attas, Al Junaid semua yang kaya2 mcm Bill Gates dulu2.. kene tapau dengan orang tua ni..

So... kalau korang perasan korang dah kire baik dgn Sultan Johor sebab selalu lepak same2.. , korang silap.... orang mcm korang laaah dulu yang kene pawn sampai pape kedane..


Sape King Sekarang???