Sunday, 15 January 2012

Untold History : Disini Ada Badanggggg

Dalam kepale korang mesti keluar gambar Wahid Satay yg keding pikul kapal besar...



hahaa.. lawak bile aku tengok cite tu.. patutnye cite tu serious.. tpi bile Wahid Satay yg belakon, tak bleh blah aku tengok..

Anyway.. cerita asal Badang pulak.. were deliberated from The Malay Annal.. page 63-64..

Ditulis, lebih kurang mcm ni laa .....

"..Kehandalan Badang sampai ke Tanah Keling. Sri Raja Vikrama raje keling menghantar Sri Vijaya Vikrama.. orang kuat tanah keling utk berlawan kekuatan dgn Badang dengan bertaruhkan 7 kapal yg penuh emas permata.

whilst, Raja Singapore mempetaruhkan pulaunye..

Setelah banyak cubaan.. yang last tu yg tak boleh blah... Sultan suruh Vijaya Vikrama mengangkat sebijik batu yang terletak di halaman istananya di Mount Purmei..

Setelah cuba beberape kali.. hanya paras lutut saja boleh diangkat.. tapi kemudian jatuh..

Tiba giliran badang... diangkatnye batu besar itu.. lalu dibaling nya ke Muara Sungai Singapore... (ditempat batu itu dijumpai pada tahun 1836)"




Seterusnya... dengan kemenangan itu... batu yg dicampakkan itu jadi 'state monument' dengan di pahat dengan cerita2 kehebatan Badang....




Batu asal ini adalah sebesar ini.. bapak gile besar.. tetapi.. diletupkan oleh engineer British pada tahun 1843 dan tinggal laa fragment2 kecil sahaja..


Fort Canning, juga dikenali sebagai Kota Larangan dulu.. sebab, Raja-Raja Melayu tidak berani naik kepuncak Fort Canning sebab ditakuti roh-roh raja-raja lama yg menghuni bukit itu pada zaman purba dulu mengamuk... sebab di dinamakan Kota Larangan sebelum kedatangan Raffles..


That's mean.. Istana Raja dia mesti dipuncak Fort Canning.. dari situ.. Badang campak batu itu hingga ke muara Sungai Singapore.. brape jauh seyy!! ..

ini adalah tapak asal lokasi Badang punye Batu...skarang tadak ape2 disitu


Dicatatkan juga

Dalam Malay Annal... bile Badang mati... Raja Sri Vikrama dapat tahu.. lalu dia menghantar 2 buah tugu batu sebagai nesan kubur Badang tanda menghormati Badang.. dan JUGAK... diletakkan di muara sungai itu..

Bermakne...

Jika versi cerita Sri Raja Vikrama menghantar 2 Batu Besar sebagai nesan kubur Badan itu benar.. MAKA.. mayat Badang masih ada disitu.. kan??? sebab nesannye laa yg British pecahkan..


Now.. SELESAIKAN MASALAH INI :

Dalam buku Sejarah Melayu.. terdapat 4 kaitan Singapore dgn Batu ini dimentioned dlm tu :

i. Cerita Tun Jana Khateb disumpah jadi batu disitu
ii. Cerita Sang Rajuna Tapa disumpah jadi batu distu
iii. Cerite Badang humban Batu besar disitu
iv. Cerite raje Keling hantar 2 tugu batu disitu sebagai nesan kubur Badang

Untold History : Laksamana Bentan Masih Hidup

Kita disogokkan dengan cerita :

Laksamana Bentan, mengamuk... dan membunuh Sultan Mahmud II yg baru berusia 24 tahun pada satu Jumaat, tahun 1699 AD..

Sultan Mahmud, mencabut kerisnya.. dan membalingnya ke kaki Laksamana Bentan = menyebabkan dia muntah darah dan mati disitu juga...

Sultan juga bersumpah, 7 keturunannya tidak boleh jejak kaki ke Bumi Kota Tinggi...

Now...

Ade yg tak kene disini : 

Dang Anum.. mati bersama anaknya - satu2 nye Zuriat Megat Seri Rama

Megat Seri Rama pun mati jugak

= So... dari mana datang 7 keturunan Panglima Bentan yg disumpah itu jika dia dan anaknya dah mati????

New leads menunjukkan dia masih hidup.... semasa pembunuhan Sultan Mahmud II

Menurut sumber "Muar Tradition"...... di sebut Muar sebab, Pakcik SUltan Mahmud II yg dibunuh itu.. yg bernamaSa Akar DiRaja lah yg merajakan keturunan Bendahara sebagai Sultan JOhor....

Menurut sumber yang sama :

- Megat Seri Rama membawa diri ke Singapore... bersama2 semua ahli keluarganya... dan meneruskan perjalanan ke Ulu Muar... LALU, membuka Seri Menanti, Negeri Sembilan

Yeahh.. dia tak mati.. dia lah sebenarnya yg membuka "Seri Menanti" dan mengasaskan kesultanan Negeri Sembilan



Yang pelik nye pulak... setelah membuka Seri Menanti dan menabalkan "Orang2 Kaya"... beliau 'hilang' tanpa dikesan....





Bukan itu sajee.................


Beliau bukan lah 'pendatang' dari Riau lalu diangkat jadi "Panglima"... beliau sebenarnya Cucu kepada Bendahara Sekudai,... Seorang pahlawan terbilang yg mengetuai serangan DAN merampas kembali A Farmosa dari Portuguese pada tahun 1641, 60 tahun sebelum CUCUnya MEMBUNUH SULTAN MELAKA yg terakhir...

To sum everything :

- Laksamana Bentan masih hidup semasa pembunuhan Sultan Mahmud II

- Dia membuka Seri Menanti, N9
- Dia cucu kepada keturunan Bendahara dan reputable panglima... sebab tu, orang istana tak brani nak lawan dia mase dia bunuh Sultan Mahmud

think again.................

.... and...

"kegilaan" sultan mahmud KERANA.. bukan sebab dia kejam.. tapi.. dia beristerikan Pontianak (sepertimane yg di lapurkan oleh Captain Hamilton semasa mengunjungi baginda)

Dia datang gile cume pada musim bulan mengambang, bile bini dia 'datang' kt dia je... tak tau ape makhluk., pontiana, jin or bunian... and mat salleh tu name Captain Hamilton - org yg 1st dapat singapore sebelum raffles tapi dia tak nak



Kubur siapa pula kah ini?????????


ia dikatakan kubur Laksamana Bentan dan Isterinya Dang Anum.. terletak di kota tinggi..

Untold History : Si Bongkok Kerabat Sultan Johor

Siti Bongkok Ibnu Almarhum Seri Paduka Sultan Mahmud Shah Alam

That make her… - adik beradik Sultan Hussein yg dirajakan di Singapore.

Clue :



Sultan Mahmud Alam Shah melahirkan :

1. Sultan Husin Singapore
2. Sultan Abd. Rahman Riau/Siak/Lingga
3. Siti Bongkok*..
4. Tengku Putri Bulang – bini Sultan Terengganu

Now.. * adalah seorang yang tidak bernama… dilapurkan.. ‘bayi’ ini mati setelah 1 jam dilahirkan tanpa sempat diberi nama.

Tetapi….. 

Ini adalah Makan DiRaja di Pulau Penyengat.. TIADA makan bayi tanpa nama disini.. thus makes this missing link proven :



Theory : 

Kecacatan Puteri Raja ini disorokkan dari pengetahuan Istana.. dan dibawa lari ke Tanjung Puteri Johor.. dan dibesarkan disana.

Reluctant Fighters







Temenggong dan Sultan Ali tak pernah surpress Si Bongkok mcm dia Surpress Tunku Ahmad Pahang dan geng2 suliwatang..

Dorang tak pernah hantar gunboat utk hancurkan geng2 pirate Si Bongkok = thus make name Si Bongkok absent dalam catatan orang British… 

Royal Bloods:

Si Bongkok cume bermusuhan dgn Temenggong Abd. Rahman dan Ibrahim.. tetapi tidak dengan kerabat Sultan Ali = kerana mereka sedara seibu sebapa…

ANOTHER CLUE :

Korang ingat lagu – Nenek Si Bongkok Tiga

Nenek nenek SI BONGKOK TIGA
Siang mengantuk, Malam berjaga
(Bongkok itu seorang Perempuan,
Siang dia tidur, malam melanun)

Mencari cucu dimana ada,
Nenek nak kawin dgn anak Raja,

(Bongkok mencari cucu cicitnya yang dipisahkan sejak kecil
dan Siti Bongkok harap dapat kawin dgn anak2 Raja lain.. sebab dia pun berdarah Raja)
Lagu satu lagu :

"Menara Si Bongkok Di Lereng Bukit
Di Tepi Pantai.. Tanjung Puterii..."


Yes.. kubur Si Bongkok... ade  2 clue disini .....

1.  Di Bukit Kastam di Stulang.. ade satu kubur bernesankan Royal Tombstone.. tapi tak tertulis ape2... dipercayai.. disini lerr Si Bongkok dikuburkan.



2.  Di Bukit "Tanjung Puteri".. iaitu Bukit Timbalan sekarang.. di lereng2 bukit tu pun ade kubur lame.. tapi nesannya bukan royal tombstone.. cume clue lokasi 'dilereng bukit tanjung puteri' ni point out this place

Untold History : Istana Bunian Sultan Abu Bakar

2 Persoalan pokok:

Unknown Origin : Sebab... tiada reference bertulis.. or bukti bergambar tentang kewujudan this magnificient Palace.. not event one.. tak tau siape bina.. tahun bile dibina etc.

Vanishing Istana : The existance of this magnificent Palace once recorded dalam peta PWD Johore early 1902.. the only surviving record tentang Istana ni..


CASE OF MISTAKEN IDENTITY OF "BALAI CENGKEH"

Ramai sangka "Balai Cengkeh" adalah "Istane Bukit Zaharah".. even bile korang google.. sure korang dapat result yang same = menunjukkan "Balai Cengkeh".. bukan "Istana Bukit Zaharah" yang sebenar








UNKNOWN ORIGIN


In local account stated that "Balai Cengkeh" dibina SEBELUM pembinaan Istana Besar (1865).. maknanya.. Istana Bukit Zaharah dibina lebih awal.. tapi tak tau bile.

But... ade beberape account dari orang2 yg berlainan contradicted to each other.. :

1.  Dikatakan.. Istana Bukit Zaharah dulu dibina sementara menunggu pembinaan Istana Besar siap...
2.  Dikatakan jugak.. dibina selepas Istana Besar siap untuk keluarga Sultan Abu Bakar yang berpindah dari Telok Blanga




AMAZING CO-OCCURRENCE :


Lihat baik2.. :

Konnection with Tyersall-Woodneuk : Remember kisah "Tyersall" mistakenly identified as "Woodneuk" dalam thread aku yg lepas? = same mcm kisah "Istana Bukit Zahara" ni.. typer "Tyersall.. dapat result "Woodneuk"

History repeated itself... but, luckily.. Tyersall palace ade gambar dan peta untuk reference.. so.. kite dapat bezakan bentul dan kontur tapak asal.  But, not the case of "Istana Bukit Zaharah".

Konnection with Istana Besar-Dewan Cina : Now.. setiap "Istana" sultan Johor.. built separate with "Balai/Dewan".. built in adjacent to each other..

Same macam = Istana Bukit Zaharah-Balai Cengkeh... and jugak Tyersall-Woodneuk.. cume "Woodneuk" bukan considred as "Dewan".  

Semua bangunan ni.. in later time.. menggunakan.. purposely.. or mistakenly identified dengan nama yang sama.. to confuse public for unknown reason.  


PLAUSIBLE FACTS  


1.  Semua orang mistakenly identified "Balai Cengkeh" adalah "Istana Bukit Zaharah"

2.  Tiada rekod, penulisan dan gambar tentang 'kewujudan' Istana Bukit Zaharah ni.. cerita sebab2 ditinggalkan or dirobohkan etc.

3.  Foreign account... dipetik dari diari San Speur.. Ms. Falconer.. or Duke of Sutherland in 1870 - 1880's =TIDAK PERNAH mencatatkan binaan "Istana Bukit Zaharah" semasa lawatan dorang.. BUT.. Istana-istana kecil yang bersepah di keliling Istana Besar macam "Istana Marble" tu jugak dorang buat reference... and mention dlm buku dorang.. mcm istana ni 'invisible' dari mata kasar dorang.  


SEBAB APE AKU CAKAP 'INVISIBLE'??? 

Korang perhatikan betul2:



Hahahahahaha

-unekspekted melapurkan dari alam bunian-

Untold History : Dato' Mohd. Wong Fei Hung di Batu Pahat 120 Tahun Dulu

 Singseh Chai Ah Sing adalah gurunya.  Dari Ah Chai ni lah dia belajar segala jenis budaya cine, cakap, tulis.. membaca dan bertutur.


Dialah pelopor kebudayaan Machin (melayu cina) yang sampai sekarang takde pengganti.. = Dato' Mohd. Salleh Perang

DATO' MOHD. WONG FEI HUNG



Kumpulan Tarian Naga Cina ni dianggotai oleh kesemua orang Melayu.. daripada kepala.. sampai ke ekor.. sampai ke tukang gendang semua.


Gambar ini merupakan persembahan terakhir kumpulan Tarian Naga Melayu pada tahun 1955.  Berikut adalah testimoni kemeriahan tarian naga melayu yg ditulis pada majalah tempatan :




ORIGIN

Kewujudan geng2 Kumpulan Tarian Naga Melayu sudah wujud sejak 120 tahun dulu.. dari awal 1889.



Pada awalnya, cume untuk menyambut hari keputraan HH Ibrahim.. then, dijadikan acara wajib semasa perkahwinan orang2 Melayu Batu Pahat.

Bayangkan : takde liveband... takde kompang kelepakkelepung... = yang ade cume tarian cine kt majlis perkahwinan orang melayu.. interesting isn't it???

Yang peliknya.. beliau membuka Muar dahulu pada tahun 1884.. tapi... cume memperkenalkan Tarian Naga kepada Melayu Batu Pahat sahaja yang dibuka hanya pada tahun 1893.

Thus, sejak itu.... Dato' Mohd. Wong Fei Hung nilah boleh dianggap orang yang pertama memperkenalkan konsep 1Malaya prior than Dato' Onn dan Bijan.

Untold History : Samurai-Samurai di Johor

100 years ago, we  might see Japanese roam in the street of JB more often than you met the Indian.. 

That's the facts..

JEPUN DI JOHOR

Common notation is - dorang terlibat dlm perniagaan kedai gambar

again, Wrong.. in Kelantan and Terengganu might be yes..



Dari tahun 1880's to 1936.. orang Jepun diberikan kartel beratus2 ribu ekar tanah utk tujuan pertanian.. same seperti kartel Arab..



Hasil dari massive investment,  memaksa orang Jepun terpaksa merancang utk membina perlabuhan sendiri di Penggerang - utk mengeksport hasil ke Jepun direct tanpa menggunakan perlabuhan Singapoh yg dikawal oleh British.. sampai british pun goyang lutut



Dan. .akibat terlalu ramainye orang Jepun menyebabkan lebih ramai Doktor-Doktor Jepun diperlukan oleh kerajaan Johor utk cater kemudahan perubatan kepada penduduk Jepunnye :


Uploaded with ImageShack.us

Bayangkan keramaian orang Jepun 100 tahun dulu di Johor.. sampai mcm tu skali kemudahan2 tu diperlukan...

That's one weightage factor.. plus.. kewujudan berpuluh2 ladang dan perusahaan orang Jepun yg bertaburan disemerata Johor :

LADANG2 DAN LOMBONG2 JEPUN YG HILANG











That's record dari Pejabat Tanah dan Galian Daerah di Johor.. yg wujud pd sejak 1902 lagi. .. lokasi2 sebenar ladang2 tersebut tidak dapat dipastikan lagi..

BY RIGHT...

If, WW2 tidak terjadi... Populasi negeri Johor cume terdapat 3 bangsa sahaja.. Melayu + Cina +.. dan Jepun.. India tidak termasuk sebab.. zaman tu takde orang India..

All of them leaving Johor pada tahun 1936..