Korang bace tajuk tu banyak kali.. kt hujung posting ni, korang conclude, mcmane atuk nenek korang 'berpencak' menggunakan kata dan tulisan.. quite brilliant, you'll be surprise.
Ini adalah posting yang paling rumit yang pernah aku buat lepas "Untold History : Complete History of Tyersall Palace".
Itu adalah 3 Sungai on eastern part of Johor Bahru :
1. Sungai Skudai
2. Sungai Danga
3. Sungai Melayu
Antara Sungai Skudai dan Sungai Danga = ada satu tempat name "Kampung Bakar Batu".. same mcm "Kg. Bakar Batu" on Western Part of Johor Bahru.. dekat Permas tuu..
Now you have 2 "Kampung Bakar Batu".. satu di Timur, satu di Barat. Sama dengan "Sungai Melayu", di sini korang jumpa satu.. some 40km away, di Sedeli - Tenggaroh.. ada lagi satu sungai nama "Sungai Melayu".. kedua2 tempat ni terletak di Timur dan Barat Johor Bahru.. pelik isn't it?
Selepas Sungai Melayu, ada lagi satu Sungai name "Perepat".. kawasan berpaya.
Selepas "Sungai Perepat", jika korang ade Yatch mewah.. korang boleh nampak ade satu perkampungan nelayan.. dekat situlah name "Tebing Runtuh", bersebelahan dengan "Puteri Harbour" dan less than 1 KM dari Pusat Pentadbiran Nusajaya yang baru.
ISTANA RUNTUH
Dekat situlah terletaknye "Istana Runtuh" ni.. dibelakang pejabat persekutuan. Less than 1 KM, even bumbung Masjid Nusajaya yang baru pun korang boleh nampak dari kawasan ni.
Korang boleh baca posting kt bawah ni.. ramai yang tak tau.. sebab tu aku tanye.. kalau ade yang tau, aku x bukak posting ni...
But, the last posting tu, berdasarkan gaya bahasanye... aku rase aku kenal sape walaupun dia gune name 'anonymous'....
EXPLORATION
Bukan aku yang jumpe "istana" ni.. so, I don't want to take credit for that.
Kewujudan Istana ni diberitahu oleh seorang Pengarah, head of Social Development dari IRDA mase pertemuan di Puteri Pan Pacific KL setahun yang lalu.
Macam biase lah, it take me 1 year to visit.. considering aku duduk KL and too busy with my social agenda berparty rock sakan... heheee
Dia pulak.. diberitahu oleh old timer penduduk Tebing Runtuh ni.. name dia Pak Zainal.. so, It was Pak Zainal yang berhak jika ditanye sape yang jumpe.. dia dah duduk kt situ lebih 60 tahun dulu.. bapak dia, atuk dia semua duduk situ, so, jangan banyak tanye.. jumpe, salam cium tangan :
Sekarang.. "Istana" ni terancam kewujudannya, walaupun terletak tak jauh dari Pejabat Negeri Nusajaya yang baru tuuu.. ianya berkemungkinan besar akan dirobohkan dan kawasan tu akan diratakan... oleh UEM
So.. perkara ni, macam kisah Candi No. 11 Lembah Bujang yang dirobohkan Pemaju di Kedah baru-baru ni.. menyesal pun dah tak gune
Dorang ni bukan kisah ape.. nak untung je.. so.. aku sarankan.. kalau korang betul Bangsa Johor from all walks of life yang sayangkan tinggalan negeri ko.. sebar-sebarkan posting ni biar ramai yang tahu macamane rakusnye segelintir orang yang bukan asal negeri ko pun.. datang sini runtuhkan rumah orang sesuke hati
Disitulah tapak runtuhan Istana tinggal ni.. ade 2 access untuk ke sana.. satu melalu jalan Laut.. and satu melalu jalan Darat..
Surprisingly enough.. kalau korang selalu lalu ikut laut, korang boleh nampak dengan jelas tinggalan Istana ni.. ade Jetty batu, tangga with ornamented balustrade di tengah-tengah hutan belantara.. and dalam Google Map pun korang boleh nampak dengan jelas :
Tapi yang peliknye.. ramai tak tau.
As for jalan Darat.. biarlah aku sorang and few others yang tahu.. aku tak nak tempat ni tercemar.. tak pasal2 jadik mcm kisah aku yang lepas pasal "Villa Nabila".. last2 ade laa budak-budak baru nak up tiru bende yang aku dah buat 10 tahun lepas = explore tempat ni malam-malam
This place bukan tempat korang main-main... banyak cerite tak baik dan tragedi pernah jadik kt tempat ni..di kawasan ni jugak pernah ada 1 kampung Cina yang totally lenyap mase perang Dunia ke 2. It is not a place for jokes or sightseeing especially sebelah Timur kawasan ni mengadap Sungai Perepat.. It is not made for people like you. So, best you kept it away. Itu nasihat aku.. but, kalau ade yang 'hilang', lupekan je lah untuk carik. Kalau jumpe pun, bukan 'dia' yang ko bawak balik.. but it's something else. Aku nasihat kan jee.
ISTANA RUNTUH
The reason aku cakap "Istana Runtuh" bukan "Istana Tinggal" is Istana ni betul-betul runtuh.. seperti dicabut dari bumi, sampai tercampak semua tiang-tiang dan pasak-pasak kongkrit hingga ke dasar nye.. bukan ditinggal kan seperti kebanyakan Istana lain...
Sama nasib macam "Istana Tyersall", "Istana Cengkih" dan "Istana Semayam" dalam posting-posting aku yang lepas.. totally gone.
Salah satu "arch" yang 'tercabut' dan berselerakan di tapak tersebut..
Ini pula, tinggalan tiang-tiang Istana tersebut.. tercabut dan berselerakan di merata-rata tempat
So.. ape pulak bende yang tak musnah???
Ade, :
1. Bilik masak
2. Tangki Air
3. Tangga
Dan satu bilik di kawasan Dapur, tak terjejas. Masih utuh siap bumbung kongkrit.. tapi gambar yang aku ambil corrupted pulak.. x dapat nak post kt sini.
Xde kaitan dengan bende2 mistik, jangan nak karutkan pikiran korang.. aku pergi mase tu hujan panas.. and berteduh dalam dapur tinggal ni.. xde ape yang jadik.. masih sihat sampai sekarang. But, again.. jangan mencuba. Ko bace balik warning aku diatas.
THE CLUELESS ISTANA
Sebenarnye aku buntu.
Aku tak tau sape punye Istana ni.. but aku ade few clue lah. Cume theory.. aku belum conclude finding lagi.. mcm aku cakap lah.. kes ni rumit
No. 1 :
Ok. Lagu "Tanjung Puteri" yang berhantu ni dicipta oleh cucu Dato' Mohd. Salleh Perang sometimes 1920's.. aku lupe exact year.. but for sure, I"ve read it somewhere...
Disitu di nyatakan precisely 'clue2' beberapa tempat yang wujud pada 100 tahun dahulu.. Now.. test subject :
1. Cube ko google "Tanjung Sekijang" = No definite result kan???
2. Same juga.. cube ko google "Tebing Runtuh" = No definite result jugak kan???
Yang boleh digune pakai sekarang ialah perkataan-perkataan ni :
a. Kuala
b. Tanjung
So.. "Kuala" agak kedalam sedikit.. while "Tanjung" agak terkeluar sedikit.. now.. cube ko relatekan lagu di atas :
"Tanjung Sekijang nun di KUALA ; Tempat nelayan mengail gelama"
"Istana Hinggap di KUALA Danga ; Tempat berkelah keluarga diRaja"
Problem dekat lirik di atas ni.. tidak dinyatakan "Tanjung Sekijang nun di KUALA".. Kuala apa??? Kuala Lumpur??
Seni kita berdasar bidalan, bidalan dalam kata-kata adalah teka-teki.. and jawapannya juga ada dalam bidalan tersebut.. begitu halusnya budaya penulisan Melayu.. mcm dalam posting "Malaesch Sprrakunns Unlimited" yang di post blakang tu...
But, penulis lirik ni bagi clue, and tambah satu clue dalam ayat seterusnya iaitu = Kuala Danga
"Kuala" dan "Tanjung", dua tempat yang berlainan geographical contour, di satukan dalam 1 phrosa lagu.. = menjadikannya "Tanjung Sekijang di KUALA Danga"
Brilliant.. isn't it???
It took me 2 weeks to discover 'mainan' ayat orang-orang zaman dulu.. siap x tido 2 hari.. siutt jee kasi pening olang
BUT,.. ade problem pada theory aku ni :
1. According to Pak Zainal.. "Istana Danga" original was located in Muara Sungai Danga.. diperbuat dari kayu.. dah lame runtuh.. yes, di "Muara" while.. dalam lagu ni.. dikatakan pulak di "Kuala"..
2. Tapak Istana ni :
Terletak dihadapan Istana Bukit Serene, dikatakan runtuhan "Istana Danga"..
See??? makin rumit kes ni..
DESIGN
Ini bukan binaan "Orang Kaya".. or taiko2 lombong zaman dulu.
Di Johore.. dalam tahun 1855 hingga 1914, cume orang-orang kerajaan sahaja boleh membina rumah batu. Aku ade document pasal ni.. ntah aku letak mane.. nanti klu jumpe aku pastekan. So, oral reference Pak Zainal agak meragukan tentang Istana kayu di Kuala Danga.
So.. definately runtuhan ini adalah "Istana"...
Bile sebut "Istana".. korang tentu pernah baca tentang "Untold History : Architectural Signature Series" pada posting-posting yang lepas...
Pada binaan kerajaan Johore.. ada satu signature... yang tak sempat aku kluakan post terbaru sebab.. gile koo.. buat keje free.. ko ingat aku takde keje lain???
So.. melihat keadaan Istana Runtuh ni.. aku boleh assumed binaannya macam ni :
This is an 'aerial' plan kawasan runtuhan Istana ni.. yang tercacak x tumbang cume Water Tank dan Dapur.
Kawasan "Grey" pulak agak dalam.. aku conclude 'crater' je laah.. sebab kawasan tu aku suspect tempat letupan... while kawasan yang lain agak tinggi dari kawasan depan sebelum pagar batu tuu..
Ini pulak binaan tangga batu dari arah laut (jetty)
So, melihat pada serpihan runtuhan arch, balustrade, dinding.. = tak banyak hiasan or ornamented design yang ada... cume basic neat neo-oriental design yang popular pada zaman tu..
Melihat kedudukan runtuhan "arch" dan tiang-tiang Istana and cerita lisan Pak Zainal.. aku boleh assumed lah bangunan tu berbentuk mcm ni, a typical Government building :
2 1/2 tingkat, dengan 3 arch di hadapan verandah.
So.. aku layer kan kedua-dua lukisan ni.. jadik :
Bayangkan.. dengan background hutan belantara.. tetibe ade bangunan mcm ni tersergam ditebing tinggi ditepi laut.. korang mesti ingat Istana Bunian kan???
Tarikh Dibina :
1885 to 1900
Sebab??? sebab ni :
Ini adalah serpihan atap genting binaan Istana ni.. aku collect relic ni dekat tapak Istana runtuh tu..
Atap genting, sama macam "Silver" dan "Seramic cup".. tahun diperbuat and lambang pembuatnya ada diukir / dichop pada produk tersebut.. so.. bile aku buat reference.. disitu ada satu 'chop' Bell pada setiap keping atap Genting.. and nama "Soccoman Freres" / "St Hendrie Marseille"
Dapat laah jawapannye contoh dari produk asal di Marseille France :
Ini adalah antara "Marseilles Tiles" yang digunakan sekitar tahun 1890'an di Adelaide, Perth and Melbourne Australia. Binaan bumbung yang complete nya serupa ni :
Itu contoh typical "Marseille Tiles" sekitar circa 1890 AD.
Bile tengok je tiles ni.. aku tetibe teringat :
1. Istana Besar
2. Istana Tyersall
Sebab.. :
Kedua-dua Istana itu asalnye dibina dengan genting berwarna merah.. sama seperti "Marseille Tiles" ni..
So.. this are the references from 1 of the leading Architect from Australia :
Maknanya.. binaan tersebut adalah awal sebelum 1889 sebab "Marseilles Tiles" cuma reach Australia selepas tahun 1889.. rite??
BULK ORDER
Korang perasan tak.. kesemua binaan Istana-Istana Johore dibuat dalam tahun yang sama, or.. dalam masa yang lebih kurang sama :
1. Istana Zaharah > Balai Zaharqah > Istana besar
2. Istana Tyersall > Masjid Abu Bakar > I
and few others.. and.. binaannya pula di import dari Europe.. that' was 120 years ago!!
Kenapa??? = Sebab, dorang buy in bulk.. satu kapal penuh.. sebab tu laa ko pelik macamana dorang boleh bina macam-macam and import bahan-bahan tu dari Europe.. dari mana dorang shopping kan?? kalau tiap2 kali nak bina, pergi Europe beli kat sana.. 120 tahun dulu, Firaun pun boleh bengkrap.
Kalau at retail shop tak mungkin ko dapat bahan2 tu dalam masa-masa tertentu.. it's one time order je straight from Europe.
MUZIUM LEMAU
So.. aku tulis kepada Museum DiRaja Johor Bahru untuk sample Istana Cengkih dan Istana Besar.. tapi dorang reply.. dorang takde sample tuuuuuh.. suruh refer "Yayasan Warisan Johor" pulaak
Apebendee laaaa Museum mcm ni.. baik korang berenti kerja jual goreng pisang jee laaah.. bende simple mcm tuu pun korang takde
Bende2 'remeh' mcm tuu laah yang bergune bile time buntu mcm niii...
SEBAB DIRUNTUHKAN
Aku cume ade theory, yang crazy and yang kurang crazy.. :
1. Internal Dispute
Aku tak cakap Istana ni kepunyaan Sultan Johor.. tapiii.. aku boleh cakap Istana ni kepunyaan Keluarga Sultan Johore = iaitu Dato' Jaafar Mohamad
This Dato' Jaafar berkahwin dengan Isteri Ungku Majid, Ruqayyah Hanum, adik Sultan Abu Bakar yang mangkat..
The only powerful post yang pernah diberikan kepada rakyat jelata.. siap Pejabat dan Istana yang besar, was awarded to Dato' Jaafar Muhammad
Now..
Balustrade Pejabat Dato' Jaafar adalah sama dengan :
Balustrade Istana di Tebing Runtuh. And few other places yang dibina pada zaman Dato' Jaafar Muhammad.
Ini disahkan oleh Pak Zainal yang mati-mati kata "Istana" tersebut bukan milik Sultan Johore, tapi Istana Dato' Jaafar... pelik jugak aku.
So, 'internal dispute' ini bermula pada tahun 1926 : mase Dato' Onn dibuang negeri.. bersama-sama abangnya yang mase tu Menteri Besar Johor dan semua keturunan Dato' Jaafar vanished to Singapore...
Aku cume kemukakan 'theory'.. so theory aku :
Sultan Abu Bakar mewariskan Istana ini kepada Dato' Jaafar tanpa wasiat. While Dato' Jaafar gunakan Istana ini untuk keluarganya.
Bile HH Ibrahim dapat tahu.. dia anggap Dato' Jaafar seorang yang corrupt, sebab, on top of hak milik Istana ni, Dato' Jaafar pernah meminjam wang sebanyak RM 24,000 daripada Ungku Sulaiman.
So, HH Ibrahim yang brassball ni bile dapat tahu, dengan titah yang cume ditulis pada belakang sampul surat = membuang segala keturunan Dato' Jaafar dari bumi Johor, dan dilucutkan kesemua hak dan harta keturunan Dato' Jaafar dan dimiliknegarakan semuanya.
We are talking pasal orang yang sama-sama mandi, makan, sama-sama dihantar belajar dengan anaknya beberape tahun ke England.. ko bercakap pasal "adik" ko weiiii... orang yang dah macam darah daging ko = Sampai mcm ni tahap marah dia.. ko bayangkan ape yang keluarga Dato' Jaafar dah buat??? This is one of it laah...
So.. menurut cerita lisan Pak Zainal.... hak milik Istana ni dijual kepada seorang Cina selepas itu, zaman ni Pak Zainal dah lahir.. sekitar tahun 1940'an laah.. selepas Dato' Onn dibuang negeri.
Nama cina tu "Yeo Boon Seng" mengikut catatan Pak Zainal...
So.. aku dapat tangkap nama dia bukan "Yeo BOON SENG".. maybe name lain BUT, "Yeo" tu aku kenal... nama ni sangat terkenal sekitar tahun 1940'an dekat Singapore dan JB dulu.. :
They could be one of the "Yeo" family members yang mengasaskan "Yeo Hiap Seng" or minuman "Yeo's" dulu.
They built their wealth in China lepas tu moved to Singapore in 1936.
Pak Zainal tak pernah jumpa "Yeo Boon Seng" tapi tau Istana tu Cina yang beli, sebab "Yeo Boon Seng" tak pernah tinggal disana..
In 1940's... "Yeo Hiap Seng" melebarkan sayapnya ke Johor... So, bile ko tengok chronology peristiwa-peristiwa ni.. macam sengaja di 'atur' kan??
Aku summarized kan jadik :
1885 : Istana Danga dibina
1895 : Sultan Abu Bakar mangkat
1919 : Dato' Jaafar meninggal
1926 : Dato' Onn dibuang negeri
1936 : Yeo Hiap Seng bertapak di Singapore
1940 : Istana Danga dibeli oleh "Yeo Hiap Seng"
1940 : Yeo Hiap Seng bertapak di Johor dan buat kilang di Pandan.. kilang "Yeo's"
So.. what happen next???
BLOODY WAR
Ko dah bace kat atas tuuu???
Aku tak kasik korang pegi explore tempat ni sebab :
4,000 askar Jepun dari 5th and 18th Division berkampung dekat sini dude selama seminggu sebelum penaklukan Singapore.
Exactly tempat ni dude. Betul-betul di atas tapak Istana tu and 4 KM radius sekitarnya... Ko bayangkan.... x payah laa aku cerite ape dorang bikin kt sana, kepala sapa dia gantung kt pokok or lubang mana dia gali tanam orang.. ko gune laa imiginasi ko sendiri
NASIB ISTANA
Korang mesti ingat "Istana" ni musnah kene bomb mase zaman Perang Dunia ke 2 tuu..
Actually tak.. Istana ni tak musnah.. tapi mungkin digunakan Jepun sebagai Markas sama seperti Istana Bukit Serene dulu...
Itu yang diberitahu Pak Zainal, sebab sekitar tahun 1950'an, dia pernah bermain-main dikawasan ni, pernah masuk.. ade Piano, ade macam-macam kemewahan laah.. Itu zaman lepas perang..
So.. selepas itu.. haaa.. yang ini agak pelik sikit :
18th November 2013 aku pergi tempat ni.. bile aku tabulate semua references, evidences etc semua it just doesn't add up...
On 4th December 2013, atas sebab ragu-ragu ending istana ni.. aku call balik Pak Zainal untuk mengconfirmkan perkara ni :
Aku tanye Pak Zainal, dia pernah nampak ke tidak Istana ni berdiri.. ; dia jawab firm, "Pernah"...
Aku tanye lagi ;- Even selepas zaman Jepun : dia jawab "Yeahhh"...
Then, aku tanye last ;- Ade kemungkinan Istana ni di bom SELEPAS zaman Jepun?? : dia jawab "... .. . wait, ada! pakcik baru teringat sesuatu"
= The reason aku tanye macam tu = sebab satu je, melihat 'kemusnahan' maksima di tapak Istana tu, dengan dasar2 tiang semua tercabut.. aku boleh conclude satu je ; di Bom...
Sebab tu aku tanye macam tuuh..
SO... Pak Zainal pun sambung ceritanya.. agak pelik.. tapi, pada aku, masuk akal laah considering destruction that kind of magnitude :
Pak Zainal cakap : Dulu ade sorang ntah sape, kumpulkan bomb yang tak meletup mase zaman Perang Jepun dulu.. sometimes end 1960's.. dia letak bawah Istana ni. Kumpul kan dekat situ
So.. one day, dia sapu sampah dan daun-daun kering dekat tempat dia kumpulkan bom-bom tu.. then BAKAR.....
Bile sampah2 tu terbakar dengan bom-bom tuu semua, Istana tu meletup sekali.....
Pada certain people, maybe macam cerita lawak.. but to me, considering 'kemusnahan' sebesar itu... cume bom je yang mampu buat mcm tuu.. agak masuk akal laa cerite Pak Zainal ni
Tapi, kalau ko tanye aku "Sape" punye kerje yang kumpul bom-bom tu and bakar.. bab ni aku gelak laah.. Itu gila punya olang keje... Heheee
Bukan itu saje.. sama juga pasal kemusnahan Jetty ni, yang betul-betul mengadap tangga masuk Istana :
Korang nampak Jetty ni terputus separuh???
Pak Zainal cakap.. dulu-dulu, ade seorang kerabat Sultan Johor name Ungku (x payah laa aku bagitau sape) yang jadik Constable Polis.. hobi dia bom ikan..
So.. one day, dari tengahari sampai petang, dia bom ikan tak dapat... dia geram, dia bom sekali Jetty ni sampai runtuh.. lepas tu dia blah.
Pada korang memang bunyinye lawak.. but pada aku :
Pak Zainal dah meng confirmkan perkara-perkara ni :
1. Istana ni musnah di bom
2. Istana ni survived WW2
3. Istana ni memang milik Johor Royal Court
Now, akhir kata.. lepas ko baca sampai bawah.. ko bace "Tajuk" posting ni balik.. tentu ko tau maksud aku.
Chow!
ENTRY 17 DECEMBER 2013
Macam yang aku expect, this going to hit their nerve. Exco kerajaan sekarang dah kelam-kabut bila ditanya berkenaan perkara ni.. ; and, dorang jawab UEM pulak tak 'declare' ada historical site sebelum pengambilan kawasan ni dulu.
WTF punye alasan, bayangkan.. this land belong to you previously.. and you tak tau ape ade atas tanah you??? Come on dude.... Selama ni korang tido ke?? Gaji korang berape???
Daripada korang main tembak-tembak menyalahkan orang lain .. ape kate aku suggest kan sesuatu??? aku tak ambil satu sen pun atas consultancy aku ni.. either from State Government.. or from UEM :
Korang nampak tu???
Forensic of airplane wreckage, re-essemble inside factory. Bende yang sama korang boleh buat atas "istana" ni :
1. Kerajaan Negeri kene bagi grant research for rebuilding / or take compensation from UEM whatever to kickstart this project
2. YWJ kene buat research how to reconstruct this building from fragments scattered.. korang kan 'pakar'.. x payah laa tanye aku nak buat ape
3. Bile siap dibina.. UEM boleh 'jual' bangunan ni at 500% value SEBAB :
a. Location. Current market value +
b. Tapak kawasan ni memang bersejarah +
c. "Material" untuk bangunan ni MEMANG dibina dengan bahan asal 150 ago
It's like :
This is how you can make profit from History.
Kitorang bukan nak tengok sape own tanah ni.. infact.. kitorang tak kisah punn.. kitorang cume nak tengok ; this building is reconstructed atas TAPAK ASAL, dibuat pulak dari MATERIAL ASAL.
Dulu ada jetty, now owner boleh park dia punya Yatch.. dulu alamat "istana" now still alamat rumah dia "istana", different comparable to other surrounding area.. this is few things yang boleh bagi huge marginal incomes utk property ni...
Ko ingat takde orang nak beli??? aku rase Donald Trump pun sanggup beli.
See?? Win-win. Aku jugak yang tak dapat ape.
That's all. Ape susah sangat??
la... main sambung2 plak... ok. cepat. excited nak baca.
ReplyDeletethanks for sharing... walaupun kerja free... tp da pahala tau!
caya la yop....
ReplyDeletemenarik.... teruskan lagi bro.. makin menarik
ReplyDeleterajin pulak gi kumpul bom tak meletup .. apa kejadahnya...
ReplyDeleteCongrats on this extraordinary blog :)
ReplyDeletehaha memang lawak gile Ungku tu lepas geram... hahaha memang kaki bom haha terbaik.
ReplyDeletebtw
Misteri Istana Runtuh Di Tebing Danga... damn great post.
Cantik laa lu punyer 'suaian' beb..
ReplyDeletenasi tambah lagi bro.
jalan trus.
Bagus lah reaearch lu bro.. lagi lagi lagi..
ReplyDeleteKesimpulan penemuan dan fakta terkumpul :. Kemusnahan yg tlah dirancang berdekat lamanyadan kini lokasi tersebut dibangunkan oleh pelabur dari seberang. Agak2nya betul ke apa aku simpulkan....
ReplyDeleteIstana danga di tebing runtuh. Mind fuck.
ReplyDeleteThanks for the blog update bro. Gua gian nak baca posting baru lu.
So sesapa bebudak uem yg nak runtuhkan istana danga ni sila gunakan bom. Harap maklum
Wahh.. best!
ReplyDeleteLepas ko bgtau kuala betol danga salah, aku terus google tanjung skijang.. tp xde.huhu..
Anyway.. gud effort uneks..
Tak hantar surat pemberitahuan ke kat istana johor? Mana tahu tempat ni akan dijadikan khazanah negeri johor nanti :)
ReplyDeleteYa,tHts The Good idea.why Not U Send A letter To the johor goverment ?Or Maybe To The Sultan Terus ke?
Deleteterbaik bro
ReplyDeleteBEST..!! Thanks
ReplyDeleteRupanye Dato Jaafar pun ade signature achitecture sendiri :D
Tapi kesian, sbb hangin xdpt kawen salah sorang anak Dato Jaafar.. semua jasa habis ghitu aje
Bab signature achitecture nie.. Muo banyak tingalan HHAB & HHI,
siap ade signature muo sendiri ala2 zaman HHAB.
Sultan Ibrahim Iskandar skg nie pun tgh byk reno balik istana/rumah zaman HHI kat Muo...
Rumah hantu dah lawo :D
Bro..."Istana" Sultan Abu Bakar di Muar....?
Deletekalo betul la... rasenye istana sultan abu bakar dah dirobohkan.. tp arkitek (waris kot) istana minta pekenan sultan untuk bena balik kat tempat lain.. taktaw la, ni cita org dah meniggal pun.. (tp aku still igt lagi)
tgh tunggu cita yg ade fact dari tuan tanah ni :D
terbaik tuan tanah...
ReplyDeletenice,, we need more article like this, and more historian like u, bro
ReplyDeletebahan sejarah negeri Johor Darul Ta'zim yang bagus dan menarik.. satu soalan, ke mana perginye keluarga Yeo's dan suku sakatnya yang satu kampung tu selepas Jepun tawan Istana nih...
ReplyDeletePihak Muzium Diraja Johor patut dah ada buat research tentang senibina-senibina Istana dalam negeri Johor... barulah boleh digazetkan sebagai bahan sejarah negeri Johor... Kat mana lagi nak tengok bukti-bukti sejarah yang kita baca dalam buku kalau bukan bukti bergambar atau depan mata...
Sekadar pendapat salah seorang anak negeri Johor yang marhaen..
Mungkin terdapat ahli keluarga Yeo's telah dibunuh oleh tentera Jepun dan sebahagian dari mereka sempat untuk melarikan diri dan meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka. Selepas kekalahan tentera Jepun, istana tersebut telah diambil alih oleh kerajaan Johor untuk dijadikan pejabat dan pada ketika itu Pak Zainal telah bekerja disana sebelum bangunan tersebut 'tercabut'. Sekadar berkongsi pendapat hee..
Deleteperghh..mantap..terima kasih atas info2 yang gen-Y pun tak tau langsung pasal ni..good job bro *twothumbsup*
ReplyDeleteSayang negeri Johor banyak peninggalan sejarah yang akhirnya dibiarkan begitu sahaja atau diruntuhkan atas nama permbangunan. Johor membangun sejajar dengan perkembangan ekonomi negeri pada zaman Almarhum Sultan Abu Bakar, pengaruh binaan bangunan sekitar abad 19 membuktikan, Johor amat kehadapan perbanding negeri negeri Melayu lain pada ketika itu. Satu penemuan baru yang saya rasa tak ramai yang tahu kecuali penduduk tebing runtuh. Yang biasa dengar adalah Istana Danga.
ReplyDeleteBerkenaan Istana Danga, menurut kebanyakkan orang Johor lama, memang Istana Danga ni dah runtuh tapi binaan asas wujud sebelum projek pembanguanan di kawasan Danga sekarang ni. Dikatakan diperbuat dari kayu dan batu, sebab itu kawasan kaki pancing. Boleh pergi ke tapak istana itu melalui jalan laut, dulu ada jeti orang danga gunakan berhadapan villa nabila yang sekarang ni jadi famous tak pasal. Atau melalui jalan darat melalui taman perling, kawasan ni kira kawasan luar bandar hingga sekitar 2009 - 2010 masih jalan kampung.
Dari gambar genting berwarna merah, seingat saya sama dengan genting merah di istana besar dan bukit zaharah, taman bunga istana adalah taman permainan saya senjak kecil begitu juga dengan ibu saya. Nama pun orang Johor kan.
Runtuhan tiang kalau diperhatikan cara susun atur batu bata tu sama dengan tiang pagar dekat perkuburan Mahmodiah, membuktikan asas bina yang kukuh. Tak percaya, boleh pergi perkuburan Mahmodiah, ada tiang yang dicabut ganti dengan tiang binaan sekarang yang sekali kena langar boleh bersepai. Tiang lama terbiar begitu sahaja berdekatan pokok buluh di pintu keluar kawasan perkuburan melalui jalan Petri.
Saya berharap pihak muzium di raja dan yayasan warisan Johor melihat pertemuan ini sebagai perkara penting. Pihak pihak ini perlu melakukan kerja kerja pemuliharaan dan kajian kajian selanjutnya bagi memelihara khazanah negeri Johor. Setiap daerah pasti ada pertemuan, kerana Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum Sultan Ibrahim banyak meninggalkan khazanah untuk anak Johor. Diperlihatkan segala seni bina yang hebat sebagai tanda kemakmuran negeri Johor.
Salam der...thanks sbb buat pendedahan mcm nie.bkig kamu mmg best.tp izinkan sy perbetulkan sedikit fakta yg akan buat mereka2 yg berminat untuk ke lokasi sejarah ni terkeliru tanpa disengajakan.okeh. .
ReplyDeleteFirst pasal kamu ckp tntang pusat pentadbiran negeri johor sbg pusat pentadbiran nusajaya.yang ini salah.sebenarnya WILAYAH PENTADBIRAN KOTA ISKANDAR NUSAJAYA JOHOR..sbb nusajaya adalah daerah..pusat pentadbiran ni kami panggil sbg KOTA ISKANDAR. ..
KEDUA pasal kamu sebutkan pembinaan masjid baru dibina di pusat pentadbiran tersebut.tu bukan masjid sahaja.tp sbenarnya pembinaan untk KOMPLEKS AGAMA KOTA ISKANDAR....bahagian bawah masjid bg kakitngan kerajaan yg bertugas di kawasan tersebut. .dan terdapat part ofis sbg pejabat agama dll.harap maklum.
teruskan usaha.. :)
ReplyDeletememang terbaik bro.....seingat-ingat saya dulu kawasan ini kawasan perladangan gambir dan cengkih...pun berlaku pergaduhan antara puak2.
ReplyDeleteWah.. My hometome was mentioned here.. Kg Bakar Batu in the western part... Sungguh berbangga menjadi antara pelopor pembangunan negeri Johor...
ReplyDeleteSalam bro... entri post yang menarik... dah lame follow blog neh.. rupanya banyak cerita yang tidak diketahui oleh rakyat jelata Johor sendiri mengenai sejarah sebenar Kerajaan Johor terdahulu..
ReplyDeleteAku suka ayat kao.. "Firaun pun boleh bengkrap"... hahaha.. Terbayeekkk...
Jazakalllahu khair.
ReplyDeleteTerkesan dengan pemandangan runtuhan dan tinggalan binaan lama; tuan punya binaan seperti ini buang duit, masa dan tenaga yang banyak untuk mendirikan sesuatu yang dia pasti akan tinggalkan dan kemudian hancur begitu sahaja. Duit, masa dan tenaga yang sepatutnya dia boleh guna untuk bina kehidupan akhirat.
Sungguh menjadi pengajaran kepada diri betapa dalam dunia ini pencarian kemewahan tidak sepatutnya dijadikan matlamat kehidupan. Akhirat itu jualah yang lebih baik dan kekal selamanya.
Sama. Kita sependapat tentang 'perkara' ini.
DeleteBuat ape menghabiskan duit bayar bil, masa dan tenaga untuk mereply sesuatu yang kite tak pasti akan kebaikannya pada orang lain yang munkin ada matlamat dalam kehidupan. Lebih baik duit bill internet tu, masa dan tenaga kite gunekan untuk beribadat. Akhirat itu jualah yang lebih baik dan kekal selamanya.
hahaha mendalam ayat nie.... "mereply sesuatu yang kite tak pasti akan kebaikannya pada orang lain".....
Deletegaya lu memang rockstar
"Pada binaan kerajaan Johore.. ada satu signature... yang tak sempat aku kluakan post terbaru sebab.. gile koo.. buat keje free.. ko ingat aku takde keje lain???"
demit..best dowhh bace..
ReplyDelete10 tahun dulu Kuala Danga memang banyak ikan gelama. Itu pun sebelum buat projek pulau banglo Iskandar tu.
ReplyDeleteItu je yang aku boleh kompom .
Boleh dapat Doctorate ni...
ReplyDeletekalau dibuat proper research
setahu saya pihak seperti Yayasan Warisan Johor sudah mengetahui perkara ni lama dah. Cuma tak dapat nak buat apa-apa selagi ada unsur politik di kawasan Tebing Runtuh tu...
ReplyDeletesama seperti candi di Kedah tu... juga kerana politik.
jadi jangalah terlalu nak marahkan pihak-pihak tertentu...
Bukan marah bang. This blog contents hundred of untold series sejak 2 tahun lpas but, they wont gve a damn. Pity. Ktorang nk tngok all these things securr dn diberi penghormatan selayaknye.Our pride tuu
DeleteBenar, kita tak perlu nak tercari2 atau menyibok mengenai sejarah Istana Runtuh itu. (Bukan istana atau kota purba pun ). Itu zaman Kesultanan Johor Moden.
DeleteSegala maklumat dan rekod2 mengenai Istana ada tersimpan di Istana Johor. Bukan semua perkara boleh didedahkan kpd umum. Mungkin ada konflik atau rahsia dalaman diantara keluarga Istana atau perbalahan dgn Pegawai2 Inggeris ketika itu, kita tak tahu .Hanya keluarga Di Raja serta waris2 keturunan mereka saja yg tahu segala galanya..Lebih baik kita cari kesan tinggalan sejarah dan istana kota purba di zaman Raja Chulan Kota Gelanggi di ulu Sg.Johor yg belum dijumpai sehingga lah ke hari ini. Baru ada venture dan thrill nanti kan. !😁
good job bro!! semakin aku bersemangat nk tau sejarah negeri johor..walupn aku bukan originally from johore..tapi aku da lama duk johor ni... bagus!!! keep up the good work....
ReplyDeletemenarik Azlan. Cuba putarkan sikit cerita jambatan parit Sulong. Satu-satunya jambatan melengkung yang dimusnahkan tanpa mengerti sejarahnya.
ReplyDeleteTabik springggggg kat penulis ! research yang sangatttttt la terperincinya.
ReplyDeletesy pnh jmp pakcik 2 cuma x th nm dia apa..dia tggl kt kwsn tebing runtuh
ReplyDeleteRespect la kt ko bro.... Terbaik.... Teruskn usaha!!!
ReplyDeleterespect & salute! semoga diteruskan. aku anak johor yang buta sejarah..barangkali.. terima kasih atas kupasan yang sgt menarik dan ilmiah. harap dapat bekerjasama satu hari utk didokumentasi kan dalam bentuk video..
ReplyDeleteKo nak shoot, aku mengalu2 kan. Freestyle documentary.
Deletegood info,, keep writing bro,,, peace yawww..
ReplyDeleteGiler panjang entri kali ni... penat tengkuk nx bace.. tp best giler.. terbaekk anda punyer research!! Gud job bro..
ReplyDeleteSetahu aku jln lama ke gelang patah mmg ada tempat nama tebing runtuh, 1 kwsn felcra.
ReplyDeleteAde ke ko ckp org yg kumpulkan bom tu gile... ish2... thats true bro... gua asal dari kg sg melayu... so majoriti org kt kg tu nelayan... so fhm2 je lah pendaptan diaorg cm mane... kt kwsan perairan sg melayu tu dulu2 mmg banyak bom2 yg ditinggalkn mase perang dunia dulu... so boleh dikatakan bom2 ni dijadikan pendaptan sampingan bagi nelayan2 disitu.... bukan lawak bro....
ReplyDeleteHuhuu.. Aku paham dude.. yang aku tak paham.. dia bakar bom tu, and 'dia' tu org sane memang x kenal sape.. that is the problem. Tapi selalu nampak, lepas letupan tu, terus ghaib. Either dia skali meletup.. or dia saja2 je meletupkan lepas tu blah.
DeleteTerbaik bro..de muzium pun x serupa muzium..renovate x sudah..Kota Tinggi yang banyak sejarah ni pun sama gak nasibnya..saya dah pergi melawat Kota Panchor dan Kota Seluyut..tapi sedih beb..hasilnya x seindah yang digambarkan..tiada penyelenggaraan langsung..semua kerana pembangunan..mujur la Makam Laksamana Bentan dan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang berhampiran dengan bandar..kalo x mungkin x terbela gak..Makam Tun Sri Lanang di Kota Seluyut x nampak bayang langsung..
ReplyDeleteSalam. Tumpang tanya, dari jalanraya Kota Tinggi-Pengerang hendak menuju Kota Seluyut, adakah kawasan itu sangat terpencil?
DeleteBagaimana ya dengan kondisi jalan meredah estet kelapa sawit? Adakah permukaan jalannya teruk? Saya ingin sangat menziarahi ke sini bersama keluarga saya, cuma terfikir perlu meredah ladang sawit sejauh 8km!
Syed Azharul,
Penulis buku "SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH"
Sy duduk kg danga..
ReplyDeleteKawasn 2 skrg da xada pape.
Dlu kwsn 2 ada kes buang mayat.
Tp lme dlu.
Europe dh mula 'menjajah' seawal 200 thn yg lampau. Dan kini ia di censored dlm catatan buku sejarah yg kita baca. Diharap tuan dn para sahabat dpt decode sejarah sebenar yg 'mereka' tidak ingin kita ketahui. Silalah membuka mata meleis dan help us wakeup from sejarah dari kacamata penjajah. Kita skg tidak perlu copy paste mereka, sbb mereka hanya benarkan sistem yg dlm jangkamasa panjang hanya merosakkan
ReplyDeleteBerjuta terima kasih pada tuan punya blog.. Kerana usaha anda, ramai yang tau lebih mendalam tentang sejarah Johor Darul Takzim.. Keep it up!
ReplyDeleteSyabas bro... keep up the good work.
ReplyDeleteSalam.. yang aku tau dr atuk moyang aku... istana hinggap kat kuala danga or sekarang ni really close to taman laguna entrance.. in late 1990s aku tinggal kt tmn perling (aku tggl kat perling 1986-2007).. hari jumaat kkadang semayang kt masjid danga naik basikal...
ReplyDeleteThen abis semayang g istana hinggap danga tu... istana tu istana tinggal...
in early 2000 dh jdk lupus sampah... late 2009 aku rasa istana tu dimusnahkan. Tanah sekarang dh rata, sultan cina (lim ka ho) dh beli tanah tu..
back into late 1990s. uncle aku (atas kelulusan muzium negeri) 'tarik' harta2 karun dlm istana tu... saksi bapak aku sendiri.. aku saksi tgk video uncle aku tarik harta tu..
hasreen jaafar
Uish... tarik harta tu....
DeleteJom kita pi tarik harta kat gunung pulai or ledang or panti jom..
Huhu...
HUIH! Dia tarik camne tu.
DeleteCiter sket.
dulu masa aku budak2...aku rajin gak kesini...duduk kat jeti tuh memancing. sekitar tahun 1994-1995...dulu jalan masuk ke situ lapang...laa ni dah belukar bagai. istana tuh pun nampak dah mcm ranap je....kalo dulu nampak lagi lah structure nya lagi
ReplyDeleteBTW nice article...thumbs up
banished kot .. bukan vanished ...
ReplyDeleteKuala sama maksud dgn muara, kan?
ReplyDeletewalaupun sy bukan anak Johor,xde kene mengena dgn orang2 negeri Johor.. tp sy amat minat dgn sejarah negeri Johor (sy pernah bekerjasama dgn orang YWJ membangunkan Pusat Sejarah Kota Tinggi (projek interior design) pd tahun 2004-2005)pd saya sejarah negeri Johor bukan bermakna pd rakyat Johor sahaja tetapi sgt bermakna pd seluruh rakyat Malaysia.Syabas saudara Mo Razzi ,teruskan usaha anda..
ReplyDeleteKerajaan johor tlh memberi perhatian kpd perkara ini. Blh refer page fb dato seri khaled dan fb jauhar
ReplyDeleteTerima kasih kerana membangkitkan kesedaran sejarah secara terperinci..tetapi dalam bahasa yang mudah. Harap pihak berkuasa...exco kerajaan negeri mengambil berat isu sejarah.
ReplyDeleteTak sia-sia aku PM Facebook MB Khaled Nordin pasal citer ni. Hehehe..
ReplyDeleteNasib baik masih ada lagi Pegawai Kerajaan yang berani bangkitkan perkara ini mcm En Hisham dari IRDA. Beliaulah yang bersungguh-sungguh ingin mempertahankan warisan sejarah dan nasib penduduk Kg Tebing Runtuh yang semakin dibaham arus pembangunan. Johor patut ada lebih ramai orang mcm En Hisham ni. Lihat apa yang dia telah bantu di Kg Sungai Melayu tak jauh dari Tebing Runtuh ini.
ReplyDeleteTahniah...bagus info nih..skrg2nya sy tau sket sejarah di sana...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletetd baca tajuk brita harian 24/12/13 - Tapak Mahligai misteri di Johor... sama cam isu ni... yg dlm paper ni mmg awak punya research ker????
:)
Deleteagaknya mmg polisi kerajaan, kalau jumpa monumen sejarah atau tapak tinggalan tamadun tak payah dipedulikan.
ReplyDeletekalau jumpa lombong emas, simpanan minyak mmg kelam kabut la nak sapu tanah org.
Dulu ade kuar artikel kat Metro tpt ni port Kereta Rosak. Sape ingat lagi?
ReplyDeleteMesti ada yang tertanya-tanya macam mana bahan binaan tersebut dibeli dan diimport dari Europe? Sebenarnya semua bahan binaan dibeli secara online. Semua di hujung jari :P
ReplyDeletethumbs up bro! keep up the good work!
ReplyDeleteTahniah Bro kerana kupaskan cerita ini demi warisan anak cucu kita. Terima kasih En Hisham IRDA kerana berani paparkan apa yg betul. Jangan kerana kedudukan sanggup menutup mulut, mata dan telinga mcm kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. YWJ jangan sibuk tuding jari dan berzapin shj. Zaman Zapin Ghani dah berlalu. Zaman Khaled kebangkitan Johor rancak bermula. YB EXCO jgn sibuk balik BP shj. Awak EXCO jaga portfolio bukan jaga kerusi kat kawasan aja.
ReplyDeleteYup. It was En Norhisham that initiated this massive efforts to preserve. Patut vote him for Chairman of IRDA sebab semangat and keconcernan dia wayyy better than some people out there
DeleteInfo bagus!!
ReplyDeletebinalah balik dan komersialkan..macam kelly castle tu ..kaya dah tuan punyanya....tak de otak niaga sungguh...oh johor ku..please lah kembalikan kegemilangan2 Melayu dulu2..tak kiralah sapa punya keturunan...KENALI SEJARAH AGAR KENAL DIRI....TERIMA KASIH atas info tuan..menarik..dan teringin sangat nak join...mencari..
ReplyDeletesaya pernah melihat gambar istana hinggap di kuala Danga ni semasa saya beraya di rumah salah seorang yang pernah bekerja di istana tersebut. Pakcik tu (dah arwah) tinggal di Batu 4 1/2 Skudai tetapi anak beliau, Pn Sabariah mungkin boleh membantu. Pakcik tu bekerja sebagai tukang kebun di istana. Rasanya hanya dia sahaja kot yang masih menyimpan gambar istana tersebut sebagai kenang-kenangan. Binaannya seakan Maktab Sultan Abu Bakar tetapi saiznya kecil sedikit.
ReplyDeleteTergelak besar saya bila baca part yg Ungku letupkan jeti tu sbb frust tak dapat ikan... punchline tu... hehe...
ReplyDeleteSyabas bro Mo Razzi, walaupun saya bukan anak Johor tapi saya sangat kagum dgn sejarah kegemilangan Johor dulu. Best baca :-) Terima kasih for your hard work research. Thumbs up!
seri0sly speechless.. ure t0tally awesome.. good research.. keep it up !
ReplyDeleteStandby lah nanti sultan johor nak buat keuntungan daripada sini. Silap2 dia jual tanah kat singapore. Banyak dah tanah2 tergadai di johor ni. Sayang sgt. Nanti org johor akan merempat di negeri sendiri. Johor bahru semua singapore, cina je duduk. Orang melayu duduk kat kampung2. Jauh dengan bandar. Teruk sangat jika pemimpin pentingkan duit sendiri berbanding agama,bangsa & rakyat sendiri.
ReplyDeleteIni olang ha... surf internet kt cc sj.. tp celita pasal negara.. lu kalu pndai bikin wAng... lu boleh beli ini tmpt lo. Sultan pn x mo jual pada olang luar ma... itu anjing besar ha... manyak kuat dia punya salak ar... itu bukit takkan runtuh ma..
DeleteSetuju tu Tuan. Di J.Baharu sendiri dah hampir pupus sepenuhnya kampung2 tradisional org2 melayu kita. Sikit demi sikit dah terkuis keluar..Cuma jgn jadi Palestin sudah..
DeleteUntuk makluman pn sabariah telah berpindah ke kg sri pantai mersing..beliau adalah anak arwah pak hamid yg pernah bekerja di istana tu..
ReplyDeleteMaaf...kenapa teksnya bercampur basaha?????!!!!
ReplyDeleteApakah sultan johor tidak tahu akan kewujudanya?????
sy mmg minat bab2 sejarah bangunan agam cmni.. thanx for the sharing.. kalo boleh, nk mntk jasa baik penulis utk cari pasal istana gangga negara (kalo x silap la nama) kt perak.. area kuala kangsar.. sy minat tp x taw mne nk cari resources..
ReplyDeletekt johore ni mne port mancing yg TERBAIKKK brbro ?! hehe
ReplyDeleteBagus bro .gua respek lu.ada brani dedah kembali d sebalik misteri tsebut.cari hingga ke akar umbi.
ReplyDeletecntrekk...bro
ReplyDeletecntek bro.....ada bnyk lg tmpt untold hstory....kt johor.....one of them kt pnggerang...mcm dh nk ilang...coz rapid project.
ReplyDeleteSalam bro.. saya ada cerita.. walaupun sikit..tapi mungkin bro boleh cantumkan puzzle tu.. jadi harap bro email saya di husnasweet84@gmail.com
ReplyDeleteSalam. Sy amat tertarik dgn paparan tuan di atas. Ok I admit that org Johor rata2 gaya bahasanye sgt tinggi. Penulisan org melayu johor sgt unik dan mendalam.
ReplyDeleteWow
ReplyDeleteArtikel yg sgt menarik bagi non-johorean spt sy. Paparannya tersusun satu persatu. I admit that gaya bahasa org johor sgt tinggi, ditambah plak dgn lisan yg mendalam & kosa kata yg rapi.
ReplyDeleteSebenarnya aku dh gi pat ni mase pancing ikan kat atas jeti ni dulu. Memang tangga ngan jeti terputus. Ni mmg tapak istana lama, yg bwk ni pun mmber aku dak kg dangga, tangga ngan jeti dalam gak, smpai parat pinggang air dia. Mula2 dulu aku terkejut gak mmber aku ckp istana lama, sbb mase aku gi tu sekitar taun 98 ke 99.
ReplyDeleteAku dh gi dh kt istana ni. Mase tu aku gi pancing sekitar taun 88 ke 89. Jeti ngan tangga mmg trputus. Nk gi jeti tu, kna trun tngga pastu panjat jeti, air dia parat pinggang je. Mase tu aku trperanjat gak tapak tu istana lama, mase tu utan tebal, nk masuk pkai moto senang. Yg bwk pun mmber aku dak kg dangga, lau x, aku pun x tau itu istana lama.
ReplyDeleteTerbaik usaha bro ni..ada lagi sejarah johor di Pulau Bintan Indonesia sebelah johor sahaja..@Laksaman Bintan
ReplyDeleteTerbaik usaha ini..ada lagi sejarah johor di Pulau Bintan Indonesia sebelah johor sahaja@ Laksamana Bintan tu siapa ?
ReplyDeleteTerbaik bro!!!! Tapi mana perginya keturunan Sultan Ali & Dato Ja'afar?
ReplyDeleteSememang istana hinggap banyak terdapt disekitaran johor tujuannya adala selain beramah mesra dgn raayat desa petani Dan lebih penting adalah pembukaan kawasan..is dijadikan seperti office maupun musyaraat..demi keselamatan Dari musuh penyelupan ataupun lanun...maka ITU tidal hairan warisan temg.yg sekarang INI tidal mengetahui istana hinggap jika mereka tahu akan adanya istana itu mereka takut untuk tinggal atau memilikinya INI kerana
ReplyDeletealm.sultan abubakar mengawal istnanya dengan pengawal mistri. Kalian bolih menganggap iannya tahyul tapi halikatnya.hampir semua istana si biarkan usang atau diroboh lihat istna built timbal masih ada mistri...tyrasall(spura) sialang..danga ..kalau si pinggir jln hanya si renovasi tapi tidal berani utk diami(tingga) ..
INI menunjukan mereka bukan waris sebenar sultan abubakar...
menarik sgt bab2 sejarah ni...encik mungkin org2 lame johor?
DeleteAssalamualaikum saudara/saudari... Di youtube juga saya ada terbaca komen saudara/saudari mengenai perihal allahyarham pahlawan si bongkok.. Tentu saudara/saudari ni orang lama.. Jika yg ada sekarang ni bukanlah pewaris sebenar.. Maka nampaknye sejarah lama telah terulang kembali ??. Patut lah yg sekarang ini lain benar peelnya.. Berbeza dgn maharaja abu bakar.. Dengan sultan ibrahim.. Hmmmm...
Deleteso ape tindakan pada tahun 2017 ni????
ReplyDeletekalau korg nak tau Thanos pernah turun ke kg danga mencari infinity stone. Agen Nick Fury dah bwk lari batu tu. Istana tu runtuh sbb Thanos fight ngan team Evenger. Dgn bantuan org kg danga Thanos berjaye dkalahkan. Sbb Captain marvel mmg asal Kg Danga jd org kg danga mmg ade kuasa mcm hero marvel. klu korg prasan muka Thanos ade parot. Tu bekas kene penampo ngan ketua kg Danga. Tp syg sejarah ni x dibukukan. sekian
ReplyDeleteGreat Bro. Appreciate your effort.
ReplyDeleteRasanya tapak ini tak masuk dlm daftar tapak sejarah Johor apabila dikemukan oleh pelajar Saya dlm 15-20 tahun lepas.
ReplyDeleteAdeh lamanya artikel.. Aku baca tahun 2019.terima kasih ats usaha dan penyelidikan anda
ReplyDeleteGreat history... Macam mn dngn kes si bongkok dngn cerita sejarah diatas..? Tergantung cerita sejarah yg sy nak tahu. Plss continue more dari thn posting ni ke thn sy skarang ni 2019. Tq.
ReplyDeleteConstruction of the Johore Wooden Railway began in 1869, some 16 years before completion of the Taiping to Port Weld line in Perak which is often described as the first railway in Malaya. The wooden railway was the brainchild of the ruler of Johor, Maharaja Abu Bakar (he did not assume the title of Sultan until 1885). Abu Bakar had toured Europe in 1866 where he would have seen how the rapid spread of railways was transforming the continent.
ReplyDelete... sekadar kongsi .. kurang pasti samada waktu pembinaan keretapi landasan kayu ada kaitan dengan istana yang di sebut
Menarik ni...kat mana tu wooden railway tu....kat oerak tu real sebab siap ada terowong bawah bukit masih wujud hingga kini
DeleteAssalamualaikum, satu kupasan sejarah yang baik berkenaan sejarah negeri Johor tetapi yang tak berapa baiknya perkataan yang digunakan di campur baur kan antara bahasa Melayu dengan Inggeris dan aku rasa seperti tak sesuai dan seperti kurangnya rasa hormat kita kepada bahasa ibunda kita ini. Sebaiknya guna lah bahasa Melayu sepenuhnya dalam penulisan artikel tentang sejarah negeri2 lg2 berkaitan dengan sejarah kesultanan melayu kita,aku pasti yang membaca ni bukan sahaja orang awam seperti aku tapi kemungkinan besar sejarahwan dari dalam dan luar negara juga ada yg membaca artikel ni, kau rasa apa pendapat diaorg bila baca artikel yg menggunakan perkataan yg bercampur baur ni? Aku harap kepada penulis artikel ni supaya dapat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam penulisan akan datang dan aku memohon seribu kemaafan jika ayat2 yang gunakan ini menyinggung perasaan penulis atau mana2 pihak.. Assalamualaikum..
ReplyDeleteAlhamdulillah,saya antara org yg pernah mengunjungi kawasan istana lama di Tebing Runtuh ini..susah payah jalan nak masuk ke tempat tersebut,mmg betul semua yg diceritakan di sini..symmg nampak dapur istana,jeti dan lain2 yg diceritakan di sini..
ReplyDeletetebing runtuh tu nama asal dia sikijang.. lane dl aku penah sekolah disitu.. ayah aku anak jati kg tebing runtuh.. sek sikijang dulunya nama sek keb tebing runtuh... lane dh tuka sk sikijang.. tp aku xtau asal usul kg tu
ReplyDelete. tp ckp bangga dgn sejarah nie.. kot la ad smbungan plisss
sekolah tu dah tak ramai budak sekolah tak sampai 20 org
ReplyDeletetahniah en mo razzi perkongsian sejarah istana johor. Atuk saya dulu bekerja di Istana Johor sebagai tukang Kebun istana Johor pada waktu itu di istana Serene. tetapi saya x pernah jumpa nenek dan atuk saya. kami selalu mendengar cerita dr ibu tentang datuk yang bekerja di istana waktu itu. pasal si bongkok tu di danga tu punya carita tersendiri. saya pernah minta ibu dan emak saudara ceritakan siapa si bongkok dan apa kaitan si bongkok dengan istana, danga,dan neg johor knpa x letak org lain ker. tp carita ini sy x ingat sebab masa tnya tu umur saya dlm lingkungan 9-10 thn waktu itu
ReplyDeleteMmg xda nm "tebing runtuh" kt situ,tp kmi anggota tentera pnggil pos tentera kt situ pos tebing runtuh..sy pon pelik knp kmi panggil pos tebing runtuh.. sedangkan tempat tu bkn nm tebing runtuh pon..huhu..
ReplyDeleteterbaikkk...bolehlah share tentang sejarah johor (istana tebing runtuh ) dgn lebih detail, kalau ada.
ReplyDelete1. dibangunkan oleh siapa
2. kegunaannya atau kediaman siapa
3. ditinggalkan atas sebab apa
4. akhirnya, bagaimana.
Maaf ya, mohon share sekiranya ada.
Ini baru betul kajian terperinci sampai jumpa detail..respeklah pada penulis...berjaya cuit masyarakat supaya sayangkan sejarah negeri sendiri.
ReplyDelete