Sunday 27 February 2022

Untold History : Reinterpret Salleh and his Flying Machet

Origin of waja sampai kaputing Batu Pahat version. 


"Kiyai Salleh dan Parang Terbang"

Satu ayat yang boleh meruntun semangat cari pasal tanpe pasal yang munasabah. Diulang2 menjadi pembakar semangat kononnye. Tanpa pendekatan kritis tentang 3 isi muasal yang penting dalam "mitos" ni:

  1. Salleh
  2. Selempang merah
  3. Parang

BANJARNYA SI SALLEH

Berbalik kepada yang pertama, karakter si Salleh ni. 

- Narratif asal, si Salleh ni ialah, dia ni penyamun tegar dan suka mengendap anak dara orang. 

Narratif ini ditulis oleh penulis asal Sejarah Perang 14 hari selepas Jepun mundur. Boleh cari sendiri. Bagaimana pun, narratif  ini semakin di 'putih' kan dalam penulisan tahun-tahun 1990'an dan seterusnya watak dia menjadi 'suci' pada tahun 2000'an sehingga kini. Dipanggik "Kiyai", "Imam Perang" bagai. Walaupun zaman perang dulu orang panggil dia "Salleh Hitam" je sebab kedegilan dia. 

Aku bukan nak cakap 'buruk' tentang beliau. Tapi, ada satu bende yang korang kene paham khususnya orang-orang bukan Banjar. 

Dalam permasyarakatan Banjar, cuma ada 2 golongan. Banjar yang betul2 berilmu agama, dengan Banjar yang betul2 terjal, or 'degil'. 

"Degil" bukan dikira 'ignorant', ataupun langsung jahil. "Degil" nya golongan Banjar ialah bila dia tahu, dan belajar benda yang betul, tapi dibuat sebaliknya, disebabkan sifatnya ingin tahu 'repercussion' ataupun dalam bahase kampungnya, dia nak tahu 'hasil' daripada transaksi 'menjual' kedegilan mereka. Selagi tiada balasan yang setimpal, selagi tu dia akan degil sepanjang mase. Sampailah dia 'dibayar' setimpal dengan kedegilannnya itu. So, dari situ dia 'belajar', mengasah ilmu kedegilan dia. 

Sebab tu kebanyakan suku sakat Banjar yang degil ni semua lulus Sekolah Khas Kerajaan Johor. Or zaman dulu2 atleast ada lebih 3 orang guru silat. So, si Salleh ni tergolong dalam sakat Banjar yang mcm ni. 

Banjar Golongan Pertama


Mcm yang kau cakap tadilah. Banjar yang betul2 berilmu agama. Sebab:

Perang 14 hari terjadi bermula 16 Ogos 1945 rata-rata golongan "Kiyai" Banjar pada zaman ni berumur atas 60 tahun. 

Bermaksud juga, mereka merupakan generasi pertama ataupun ke-dua yang berhijrah ke Tanah Melayu awal tahun 1860'an disebabkan kejatuhan Pangeran Antasari kepada Belanda tahun itu, lari ke Siantar lalu ke Semenanjung. DAN JUGA, disebabkan meletuskan Gunung Krakatoa tahun 1883 Seluruh banua Banjar diselaputi debu panas selama 14 hari  memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu melalui Endau, dan naik ke Sungai Semberong sebelum bermukim di Parit Belemam dan ke Barat Batu Pahat. 

So, narratifnya, kebanyakan Golongan Banjar Pertama adalah golongan Kraton dan ahli kerabat Sultan yang mempunyai priviledge bersekolah dan menimba ilmu. 

Bagai adatnya "Dagang", golongan ini hidup sebagai marhaen, bertani dan menternak, tetapi dalam mase yang sama, menyimpan ilmu yang dipelajari dari Tanah Banua Banjar dan diperturunkan kepada cucu-cicit. Ilmu ini 'diwarisi' berbanding dengan Golongan Banjar yang terjal tadi, yang perlu 'berguru'. 

So, dah boleh nampak dekat situ??? 

"Kenapa Pak Kiyai yang terrer2 ni tak jadi panglime Perang, tapi si Salleh pulak yang jadi ketua?"

Soalan ni amat mudah dijawab. 

  1. Dorang dah tua bangka.  
  2. Pak Kiayi2 ni kebanyakan mereka kahwin ramai. 3 or 4 bini yang tinggal berjauhan, samaaada kampung sebelah, ataupun selang 2 kampung. "To minimizing calculated risk", sebab Komunis biasenye akan mentargetkan keluarga pejuang. Bukan sebab dorang takut, tapi kalau ade orang yang berani, buat ape dia pergi.. kan?
  3. 9 Kiyai yang bersama2 Salleh ni merupakan pendokong moral perjuangan Salleh sendiri. Senang cerite, kalau Salleh yang ajak, disebabkan reputasi dia sebagai penyamun, tak ramai orang yang ikut. Tapi kalau Pak Kiyai yang suruh penduduk ikut Salleh, semua ikut to whatever end, sebab Pak Kiyai yang suruh. 

SELEMPANG MERAH dan PARANG TERBANG

Kenapa warna "Merah"?, bukan warne "Kudang" ke "Jingga" ke, tak pun warne "Kuning"?

Aku combine kan sekali 2 asas muasal "Mitos" Parang Terbang si Salleh ni. 

  1. Selendang Merah
  2. Parang Terbang
Aku bagi hypothesis tentang "ilmu parang terbang" si Salleh ni :
  • Sepanjang 1200 AD hingga 1945 AD : pernah ada catatan ilmu melayu yang terbangkan parang? = Tiada. 
  • Sepanjang 1945 AD hingga 30 February 2022 : Pernah ada Guru Silat yang menerbangkan parang? = Tiada. 
So, kenapa cuma Si Salleh je sorang yang boleh menerbangkan Parang mcm drone, siap boleh control lagi??? 

SEBAB, kita terlalu bongkak dan takjub dengan Melayu. Sampai kite lupe asal usul si Salleh, dan Banjar-Banjar yang lain.

YES. Dua2 ilmu ini asalnya dari Banua Banjar = Kalimantan. Dan sehingga kini di praktikkan oleh Suku sakat Banjar, iaitu DAYAK. 



Kain tenun Dayak berwarna merah ini biase diguna oleh orang-orang dayak sebagai selendang ataupun semutar kepalaa mereka, lebih2 lagi selalu dibawa semasa berperang. 



Manakala parang, sehingga sekarang masih boleh tengok "Mandau Terbang" dipraktikkan oleh orang-orang Dayak Kalimantan. Serupa "Parang Terbang" si Salleh ni. Disinilah asal ilmu Parang Terbang si Salleh. 

Mesti ramai marah kenapa aku associating Salleh dengan Dayak. Kepada yang bukan Banjar, mungkin tak tahu yang dorang ni bersaudara. 


Dipendekkan cerite, si Abangnya galur keturunan Dayak manakala si adik pula galur keturunan Banjar. 

So tak heran lah, Salleh ni reti terbangkan parang, ikut suku-sakat asalnya dari Kalimantan. Paham????





*Penulis .......... Bin Zainal Ariffin Bin Hj. Anuar (Tebrau) Bin Hj. Jalil (Pt. Belemam) Bin Hj. Tahir (Pt. Belemam) adalah berketurunan Banjar dan berperwatakan Dayak. Huahahaahahahaaaaaa