Friday, 24 April 2015

Untold History : Negeri ke-15 Malaysia dan Rahsia Dato' Onn II - Aftermath

6.00 pagi. 3 March 1946

ASAHAN






Pemuda Sosialis Indonesia + Ku Tui Sin Tai + Partai Komunis Indonesia + Hizbullah Indonesia dan segala keturunan Pendatang mengepung Istana Asahan.

Sultan Asahan berjaya melarikan diri.. tetapi.. Istana ini dibakar hangus dan hartanya di rompak. 



Yang tinggal sekarang.. cuma replika istana yang dipenuhi semak samun:


Istana Indra Sakti Asahan




Istana ni rampas dan dijadikan asrama Batalion 124 Kala Chakri Indonesia.. sebelum dibiarkan mereput. 


KESULTANAN LANGKAT

Pesindo dan Parti Komunis Indonesia memenggal kepala kesemua kerabat Sultan Langkat, kecuali Rajanya.  







Itu adalah Kesultanan Langkat. Yang paling kaya antara 72 kerajaan Melayu di Indonesia. Siap ade tentera sendiri mcm JMF. 

Kedua-dua Istana, Langkat dan Tanjung Pura di jarah.. dan dibakar hangus. 

Puteri-puteri Raja langkat di rogol didepan bapanya.. dan dibunuh.


Bapanya pulak (Sultan Langkat), dibiarkan hidup dalam penjara sehingga mati lepas dilepaskan oleh Belanda akibat kesedihan yang amat pada 1948.  Dia yang paling terseksa... mati lebih baik dari hidup. 

KESULTANAN SERDANG


Rajanya bersetuju memberi kerjasama dan menyerahkan pemerintahan Serdang kepada gabungan PKI an Pesindo. 





Istananya dan segala harta dan tanahnya di rampas. 


KESULTANAN KUALUH

Sultan dan anaknya di tangkap lalu di seksa teruk lalu dibuang ke tepi jalan kerana menggangap mereka sudah mati. 

Dijumpai nelayan dengan badan berlumuran darah lalu di usung semula ke Istana. 

Bila dilihat orang, datanglah sekumpulan orang menaiki lori, di pohon angkat Sultan dan anaknya untuk dibawa ke Hospital Belanda untuk dirawat.

Dicium semua anak cucunya yang tinggal lalu di bawa pergi. Dipertengahan jalan, Sultan dan anaknya di bunuh dengan cara di cincang lumat. 

Kisah dia yang paling tragik dan mendebarkan, kerana dikatakan orang, Sultan ini kebal.. beberape kali cuba dibunuh tapi x mati2. 


Anak sulungnya, Tunku Besar tidur di kubur kerana baru kematian isteri. Dilihat orang, lalu terus di penggal kepala anak sulungnya diatas kubur isterinya. 


KOTA BERAN

Sama. Dibunuh lalu Istananya dibakar.



Yang tinggal sekarang.. cume.. puing2 terbiar:


Bukan ini saja.. ade berpuluh-puluh lagi kerajaan kecil yang dihapuskan secara terang-terangan sepanjang March - July 1946. 

Sebanyak 2,000 orang bangsawan dan raja-raja dilapurkan terkorban.. tapi jumlah itu munkin mencecah 12,000 orang mengikut cerita lisan.

Bersambung.. episode gunting dalam lipatan


17 comments:

  1. merambu air mataku.... sialan..

    ReplyDelete
  2. sultan yang kebal tu kerajaan mana dan apa terjadi seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni baca ke tak, mati la kena cincang

      Delete
    2. Baca dan cuba fahamkan ye jangan nak tengok gambo je..

      Delete
  3. Saya dgr cerita rakyat Sukarno PKI pun tak mati lagi. Dia jadi macam ariel sharon. Pasal dia banyak buat fitnah dan bunuh ramai ulamak. Raja2 yg kena buru tu byk anak cucu wali. Tak mustahillah kalau ada yg kebal.
    Sekarang taktau lah sukarno tu dah kojol ke belum. PKI yg mula2 bawak masuk ajaran muhammadiyah kat indon.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat aku mereka semua terlalu bermewah-mewahan seperti yang ada2 kat malaysia sekarang.tidak mustahil yang ada kat malaysia sekarang nie akan dapat balasan yang sama macam yang kat atas semua.terlalu mewah,x ikut cara yang sebenar.ntah2 silap haribulan dorang-dorang nie pun bukan keturunan sebenar RAJA2 Yang HAQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...that I agree...it happens again now...

      Delete
  5. sama saja dengan politician. at least raja2 ni dia dipaku adap. kalau politician, naik makan sampai kenyang pencen.kalau takda raja siapa nak halang politician?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna sistem Presiden. Mungkin itu lebih baik bagi umat melayu.

      Delete
    2. yang ni gila, nak dijadikan republik. Lihat saja contoh negara2 republik terdekat. Mana melayu?

      Delete
    3. mereka yang nak jadikan negara sebagai republik mesti berfikiran sosialis,sekular atau komunis.orang bodoh jer tak mahu sistem kesultanan.tengok negara indonesia,bila dah takde raja, ahli politik pemimpin menjadi 'raja'.rasuah,salah guna kuasa terjadi kat sane secara meluas sebab ahli politik tidak dapat oleh sultan/raja.bila sesebuah negara ada sultan, ahli pemimpin politik tidak berani nak buat onar, takut ditegur sultan.

      Delete
  6. Susah nk byg mcm mna pengaruh komunis terlalu kuat sampai hasut rakyat Indonesia utk langgar sultan depa sendiri..

    ReplyDelete
  7. freemason punya keje la ni..hasut rakyat jatuh kan keraajaan islam..paling kuat mereka akan salahkan rakyat sendiri sbb jatuhkan raja/sultan sendiri..tp pelik knp rakyat mereka begitu kejam terhadap sultan/raja sendiri..apa yg mmbuatkan mereka begitu kejam?..apakah sultan/raja dah buat pada rakyat nya?.

    harap sejarah ini mnjadi pengajaran la untuk semua.. negara eropah yg moden tu pun mmpunyai rajanya sendiri..

    ReplyDelete