Sunday 27 February 2022

Untold History : Reinterpret Salleh and his Flying Machet

Origin of waja sampai kaputing Batu Pahat version. 


"Kiyai Salleh dan Parang Terbang"

Satu ayat yang boleh meruntun semangat cari pasal tanpe pasal yang munasabah. Diulang2 menjadi pembakar semangat kononnye. Tanpa pendekatan kritis tentang 3 isi muasal yang penting dalam "mitos" ni:

  1. Salleh
  2. Selempang merah
  3. Parang

BANJARNYA SI SALLEH

Berbalik kepada yang pertama, karakter si Salleh ni. 

- Narratif asal, si Salleh ni ialah, dia ni penyamun tegar dan suka mengendap anak dara orang. 

Narratif ini ditulis oleh penulis asal Sejarah Perang 14 hari selepas Jepun mundur. Boleh cari sendiri. Bagaimana pun, narratif  ini semakin di 'putih' kan dalam penulisan tahun-tahun 1990'an dan seterusnya watak dia menjadi 'suci' pada tahun 2000'an sehingga kini. Dipanggik "Kiyai", "Imam Perang" bagai. Walaupun zaman perang dulu orang panggil dia "Salleh Hitam" je sebab kedegilan dia. 

Aku bukan nak cakap 'buruk' tentang beliau. Tapi, ada satu bende yang korang kene paham khususnya orang-orang bukan Banjar. 

Dalam permasyarakatan Banjar, cuma ada 2 golongan. Banjar yang betul2 berilmu agama, dengan Banjar yang betul2 terjal, or 'degil'. 

"Degil" bukan dikira 'ignorant', ataupun langsung jahil. "Degil" nya golongan Banjar ialah bila dia tahu, dan belajar benda yang betul, tapi dibuat sebaliknya, disebabkan sifatnya ingin tahu 'repercussion' ataupun dalam bahase kampungnya, dia nak tahu 'hasil' daripada transaksi 'menjual' kedegilan mereka. Selagi tiada balasan yang setimpal, selagi tu dia akan degil sepanjang mase. Sampailah dia 'dibayar' setimpal dengan kedegilannnya itu. So, dari situ dia 'belajar', mengasah ilmu kedegilan dia. 

Sebab tu kebanyakan suku sakat Banjar yang degil ni semua lulus Sekolah Khas Kerajaan Johor. Or zaman dulu2 atleast ada lebih 3 orang guru silat. So, si Salleh ni tergolong dalam sakat Banjar yang mcm ni. 

Banjar Golongan Pertama


Mcm yang kau cakap tadilah. Banjar yang betul2 berilmu agama. Sebab:

Perang 14 hari terjadi bermula 16 Ogos 1945 rata-rata golongan "Kiyai" Banjar pada zaman ni berumur atas 60 tahun. 

Bermaksud juga, mereka merupakan generasi pertama ataupun ke-dua yang berhijrah ke Tanah Melayu awal tahun 1860'an disebabkan kejatuhan Pangeran Antasari kepada Belanda tahun itu, lari ke Siantar lalu ke Semenanjung. DAN JUGA, disebabkan meletuskan Gunung Krakatoa tahun 1883 Seluruh banua Banjar diselaputi debu panas selama 14 hari  memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu melalui Endau, dan naik ke Sungai Semberong sebelum bermukim di Parit Belemam dan ke Barat Batu Pahat. 

So, narratifnya, kebanyakan Golongan Banjar Pertama adalah golongan Kraton dan ahli kerabat Sultan yang mempunyai priviledge bersekolah dan menimba ilmu. 

Bagai adatnya "Dagang", golongan ini hidup sebagai marhaen, bertani dan menternak, tetapi dalam mase yang sama, menyimpan ilmu yang dipelajari dari Tanah Banua Banjar dan diperturunkan kepada cucu-cicit. Ilmu ini 'diwarisi' berbanding dengan Golongan Banjar yang terjal tadi, yang perlu 'berguru'. 

So, dah boleh nampak dekat situ??? 

"Kenapa Pak Kiyai yang terrer2 ni tak jadi panglime Perang, tapi si Salleh pulak yang jadi ketua?"

Soalan ni amat mudah dijawab. 

  1. Dorang dah tua bangka.  
  2. Pak Kiayi2 ni kebanyakan mereka kahwin ramai. 3 or 4 bini yang tinggal berjauhan, samaaada kampung sebelah, ataupun selang 2 kampung. "To minimizing calculated risk", sebab Komunis biasenye akan mentargetkan keluarga pejuang. Bukan sebab dorang takut, tapi kalau ade orang yang berani, buat ape dia pergi.. kan?
  3. 9 Kiyai yang bersama2 Salleh ni merupakan pendokong moral perjuangan Salleh sendiri. Senang cerite, kalau Salleh yang ajak, disebabkan reputasi dia sebagai penyamun, tak ramai orang yang ikut. Tapi kalau Pak Kiyai yang suruh penduduk ikut Salleh, semua ikut to whatever end, sebab Pak Kiyai yang suruh. 

SELEMPANG MERAH dan PARANG TERBANG

Kenapa warna "Merah"?, bukan warne "Kudang" ke "Jingga" ke, tak pun warne "Kuning"?

Aku combine kan sekali 2 asas muasal "Mitos" Parang Terbang si Salleh ni. 

  1. Selendang Merah
  2. Parang Terbang
Aku bagi hypothesis tentang "ilmu parang terbang" si Salleh ni :
  • Sepanjang 1200 AD hingga 1945 AD : pernah ada catatan ilmu melayu yang terbangkan parang? = Tiada. 
  • Sepanjang 1945 AD hingga 30 February 2022 : Pernah ada Guru Silat yang menerbangkan parang? = Tiada. 
So, kenapa cuma Si Salleh je sorang yang boleh menerbangkan Parang mcm drone, siap boleh control lagi??? 

SEBAB, kita terlalu bongkak dan takjub dengan Melayu. Sampai kite lupe asal usul si Salleh, dan Banjar-Banjar yang lain.

YES. Dua2 ilmu ini asalnya dari Banua Banjar = Kalimantan. Dan sehingga kini di praktikkan oleh Suku sakat Banjar, iaitu DAYAK. 



Kain tenun Dayak berwarna merah ini biase diguna oleh orang-orang dayak sebagai selendang ataupun semutar kepalaa mereka, lebih2 lagi selalu dibawa semasa berperang. 



Manakala parang, sehingga sekarang masih boleh tengok "Mandau Terbang" dipraktikkan oleh orang-orang Dayak Kalimantan. Serupa "Parang Terbang" si Salleh ni. Disinilah asal ilmu Parang Terbang si Salleh. 

Mesti ramai marah kenapa aku associating Salleh dengan Dayak. Kepada yang bukan Banjar, mungkin tak tahu yang dorang ni bersaudara. 


Dipendekkan cerite, si Abangnya galur keturunan Dayak manakala si adik pula galur keturunan Banjar. 

So tak heran lah, Salleh ni reti terbangkan parang, ikut suku-sakat asalnya dari Kalimantan. Paham????





*Penulis .......... Bin Zainal Ariffin Bin Hj. Anuar (Tebrau) Bin Hj. Jalil (Pt. Belemam) Bin Hj. Tahir (Pt. Belemam) adalah berketurunan Banjar dan berperwatakan Dayak. Huahahaahahahaaaaaa

22 comments:

  1. Terbaik...

    Kamar
    Setiusaha
    Putra Putri Banjar Malaysia (fb PPBM)
    Sayap Muda
    Pertubuhan Banjar Malaysia

    ReplyDelete
  2. Muncul jua hampir setahun. Syabas saudara.

    ReplyDelete
  3. Sayang seribu kali sayang....hamba baca novel Panglima Salleh Selempang Merah cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka waktu zaman sekolah dan begitu kagum dengan penulisan mengenai kisah Kiyai Salleh dan pengikutnya dalam novel tersebut. Alangkah terkejut dengan penulisan terbaru tuan yang mana Panglima Salleh adalah seorang penyamun dan scammer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya, "Kiyai" Salleh bukanlah scammer, dia diglorified oleh penulis-penulis terkemudian.Dia pun dah lama tak ada, tak boleh nak perbetulkan apa yang penulis-penulis tu dah buat. The best thing is ada blog ni yang mana penulisnya rajin buat crosscheck or fact mythbusting.Saya orang Banjar, bangga jugalah bila baca kisah parang terbang ni, tapi dalam masa yang sama tidaklah rasa kecewa bila dapat tahu latar belakangnya yang sebenar.

      Delete
    2. biasa tu nakal@ machal anak2 banjar masa remaja dah besar lain kesudahannya

      Delete
  4. Glad to know bro Mo Razzi masih berkarya dan aktif menyampaikan pengetahuan serta merungkai sejarah yang "untold". Walaupun saya bukan Melayu tapi sebagai rakyat Malaysia saya amat tertarik dengan informasi dalam blog ni. Mungkin boleh dikongsi di sosial media yang lain supaya lebih ramai dapat membacanya. Salute!.

    ReplyDelete
  5. teruskan bagi fakta bro...
    cuma nk bertanya tentang penulisan bro..berkenaan orang banjar pergi ke tanah melayu dari endau..kerana letusan gunung berapi karkautoa
    bukan endau tu jauh ke bro...klu tengok petalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi penjajahan belanda, sultan banjar kalah dengan belanda, org2 elit banjar kira wanted la, lari ke kawasan pengaruh british, iaitu tanah melayu

      Delete
    2. Kat mersing tu pun ramai org banjar bro. Dari kalimantan endau atau mersing la paling dekat. Sama macam org mengkasar keturunan sultan hasanuddin banyak turun kat pekan pahang

      Delete
  6. Alhamdulillah.. ada update baru.. sentiasa juga tertunggu-tunggu.. Terima kasih juta juta

    ReplyDelete
  7. Banjar naik di Endau,ada yang berkampung di Tenglu,Mersing. Tempat asal aku

    ReplyDelete
  8. Terbaik Tuan. Kembali berkarya dan harapnya lebih banyak lagi

    ReplyDelete
  9. mantap bro…sronok baca sejarah dari perspektif yg lain dari biasa. hrp ada byk lagi cerita . stedi lahh

    ReplyDelete
  10. Terbaik!!! aku memang suka gaya penulisan kau yang jujur.. banjar juak yang lamah lambut..

    ReplyDelete
  11. Mcm ade missing item dlm blog ko ni bro..3 ari aku repeat..mcm ade content yg hilang..lpas aku dgar berita sultan nk kuar dr malaysia..btw aku lg intrest utk korek cerita HH Sultan Sir Ibrahim..kot2 ade lg..persembahkn.

    ReplyDelete
  12. Salam hadirr....Tq unex for the article..

    ReplyDelete
  13. Ye sememangnya pada mudanya kita memang nakal tapi semakin berumur kitakan berubah selaras dengan zaman

    ReplyDelete
  14. Idola saya dalam blogging. Check blog saya sifu https://911ciaisis.blogspot.com/2022/11/mengapa-cia-tidak-mengaku-sahaja-pada.html

    ReplyDelete
  15. Review pls blog saya idola
    https://911ciaisis.blogspot.com/2022/11/mengapa-cia-tidak-mengaku-sahaja-pada.html

    ReplyDelete
  16. adoiii beza sungguh versi buku yg dibaca,,,,anyway tq bro info dr versi yg berbeza...terbaik!

    ReplyDelete
  17. Mana Mo Razi ni? Where are you? What is this silence? You okay tak tu?

    ReplyDelete