Wednesday 16 October 2013

Untold History : Bapakk kepada Tabung Haji Yang Original

Segment sempena Raja Haji

Dikatekan oleh penduduk Melesia pada zaman moden, bahawa Prof. DiRaja Ungku Aziz amat bijak kepalanya.



Dia mengilhamkan penubuhan Tabung Haji yang amat termashur itu.  Dengan jumlah pendeposit hanya 1,280  dengan jumlah RM 46,600 pada tahun 1963... hingga menjadik RM 41 Billion tahun ni... ramai yang kagum atas kepalotak dia yang bergeliga iteww...



But, hanye sedikit orang yang tau.. dia sebenarnye menciplak idea atuk sedara bini dia yang pernah buat bende serupe 140 tahun dulu.  


PANGGILAN HAJI

Sebelum korang conclude, ape sistem yang Prof. Ungku Aziz ni tiru.. sini aku kasi tau.. 'perjalanan' seorang bakal haji zaman dulu2, at least 150 tahun dulu :-

a.  3 - 6 Bulan perjalanan dengan kapal.  Kekadang tumpang kapal ke India, singgah beberapa minggu, lalu ke beberape Port di Iran dan Arab sebelum mendarat.

b.  4 - 6 minggu berjalan kaki / dengan unta meredah padang pasir.. baru sampai..

Same time nak balik.  Yang penting ; Duit.

But, those yang takde duit = dorang dalam perjalanan tu, berkerja ambil upah angkat barang, berperang, mengajar agame etc. That is why some story kite nampak Haji2 zaman dulu ambil masa sampai 3 tahun untuk pulang..





Some stay kat Madinah / Mekah dengan mengajar ngaji dan ilmu agama sambil2 mengumpul upah untuk pulang.. sebab tu dorang power bab2 agame and survival hidup.. bukan mcm sekarang..

Aku cakap 'quality' Haji dulu dengan sekarang.. itulah sebabnye yang dulu lebih berkualiti

So..

TABUNG HAJI YANG PERTAMA

Akibat kesusahan yang amat payah ini... from 1850's saudagar-saudagar Arab dari Singapura, Riau, Melaka, Acheh dan Palembang memberi khidmat tambang haji atas kapal mereka kepada bakal-bakal Haji.

Tapiiiiii.... hargenye amatlah mahal untuk orang kebanyakan zaman tu.. so.. only privileges person, atau pun orang-orang Istana yang dihantar oleh Sultan je mampu untuk belayar menggunakan khidmat kapal orang-orang Arab ni... sehinggalah pada satu hari....




Nong Chik or Syed Muhammad Ahmad Al-Sagoff dikurniakan beberapa ratus ribu ekar concession tanah untuk mengusahakan Gambir.

Dimasa yang sama, dia mengusahakan Al-Sagoff Steamship Singapore Co. iaitu syarikat kargo bagi barang perdangangan ke negara-negara Arab.

So.. dia ade 2 :

1. Ladang
2. Kapal Kargo

Satu bende je dia takde.. - pekerja.

By 1870's.. Nong Chik menyediakan perkhidmatan "TABUNG HAJI" yang pertama didunia :

Iaitu = Bakal-bakal haji yang tak mempunyai wang.. boleh bekerja di ladang-ladangnya.. lalu di potong dari gajinya untuk tabungan ke Mekah.


Thus, wujudnya 1st "Tabung Haji".. di perkenalkan oleh atuk sedara bini Prof. Ungku Aziz...


CONTRADICTORY POINTS

Those paper wrote by UKM.. aku doubt to question their accuracy sebab :

Dinyatakan :

a. Perserta Haji ; ambil dulu duit dengan cara berhutang dengan "Kukup Plantation".. balik Haji baru bayar dengan cara bekerja dengan Syed Muhammad Ahmad Al Sagoff

Aku rase, the other way round :

b. Perserta Haji ; Berkerja dalam 2 tahun dengan "Kukup Plantation" tolak gaji sebelum bertolak ke Mekah.. sebab =


سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا
Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belummenunaikanHaji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" (Musnad As-Syafie ;  1/109 ; Al-Um, 2/116 )
Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :
ومن لم يكن في ماله سعة يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل
Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan, keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK PERGI HAJI"  ( Al-Umm, 2/116)

Pergi Haji, tak boleh berhutang.. klu korang nak tau.

So.. untuk mengawal "hutang" perserta-perseta Haji ni.. instead of giving them cash dari baki gaji.. Syed Nong Chik bagi duit yang dia print sendiri :



IMMIGRATION 

Now.. korang boleh kaitkan 3 perkara yang korang dapat dlm blog ni :

Asal usul Tukang Sign Duit > Tabung Haji > Massive immigration from Indonesia

Korang tentu familiar dengan gelaran "Kiyai".. associated with Haji.. except, Kiyai ni lebih ampuh.. either kebal, terrer, boleh terbang, boleh hilang2 or anything lah that ancient mind can wonder with beyond logical amusement 

Name2 macam Kiayi Salleh, Kiayi Shamsuddin, Kiyai Taher, Kiayi Abdul Jalil, Kiayi Sudarman, Kiyai Sunan and hundred more yang biase terdapat di daerah2 Pontian, Batu Pahat dan Muar = Those are product from "Tabung Haji" dari Syed Muhammad Al-Sagoff. 

Comparatively berlainan dari "Haji" dari Utara Tanah Melayu or Kelantan, yang biase dipanggil "Tokku", "Tok Guru", "Tuan Guru" etc. etc.

Direkodkan.. pada tahun 1874 SAHAJA.. sebanyak 2, 250 orang dari "Dutch Indies" iaitu Indonesia datang berkerja di "Kukup Plantation" sebab mereka nak menunaikan Haji.. +++ and, dorang datang bawak family, anak bini semua..

Influx dari keluarga "calon-calon" Haji ini lah yang membuka Batu Pahat, Muar, Simpang Renggam, Pontian etc. thus terdapat name "Parit Jawa", "Sembrong", "Parit Hj. Ahmad" etc. etc.

And.. keluarga dari "Haji-Haji" ini lah yang gigih melawan komunis dengan parang panjang dulu.. now you know...


HIMPUNAN KIYAI-KIYAI AMPUH

Syed Muhammad Ahmad Al-Sagoff ni masterminded tricky diplomatic solution, serampang 8 mate.. korang pun tak pernah terpikir :

Sometimes in 1850's.. Acheh berperang melawan Belanda.. Syed Muhammad Ahmad Al-Sagoff staunch supporter of Acheh movement.



So.. dia dapat support Ottoman Turks.  Untuk funding, dia gunakan fund dari "Tabung Haji" yang dicaj kan daripada calon-calon Haji tu.. AND...

Calon-calon Haji yang SUDAH PERGI KE MEKAH.. dengan ilmu batin yang penuh didada, digunekan sebagai Tentera Fisabilliah ke Acheh.. 

Korang bayangkan.... ape jadik lepas tu..

TETAPI.. perkara tu tak terjadik kerana British berjaya menghidu kelicikan Syed Nong Chik... lalu di tuduhnya Nong Chik mengamalkan perhambaan



Sejak itu, anectment perhambaan di pinda dan perjanjian 'pinjaman' diperketatkan kerana takut ramai orang yang mampu mengerjakan "HAJI" akan mengugat kestabilan British dan Belanda di Tanah Melayu


APE YANG TERJADI PADA CALON-CALON HAJI YANG BERJAYA PULANG??

Dormant. Gagal ke Acheh berjuang, lalu di simpan saja ilmunya untuk anak cucu.

1880's ni zaman kelahiran Tok2 Kiyai yang pioneer, dibawa oleh Syed Nong Chik ke Mekah.

1890'/1900 ni pulak zaman2 kelahiran Tok2 Kiyai 2nd Generation, seperti Kiyai Salleh, Kiyai Shamsuddin etc. etc. = orang2 yang menentang Komunis dulu.

Asalannya dari sana.. = "Kukup Plantation" sebagai seorang 'hamba'

Khususan Ila Arwahi... Al-Fatihah!!!!







13 comments:

  1. menarik post nih... keep it up

    ReplyDelete
  2. Loh. Aku ni keturunan hamba lah kalau gitu. Dulu aku ingat aku ni keturunan penggali parit. Tu yang bersepah parit kat seluruh johor tu..

    ReplyDelete
  3. Salam bro...aku respek sama minat kau nak korek sejarah begini...aku pon cam rakyat yang lain cuma tau sejarah berkaita prof unku aziz je...tapi sejrah2 zaman moyang aku dlu ak xtau pape...teruskan usaha anda....

    ReplyDelete
  4. Ada sesiapa tahu perihal Tangga Tujuh di Johor Lama?

    ReplyDelete
  5. Ciplak ATAU Inspired? Dan sudahkah anda bertanya tuan empunya badan sebelum membuat tuduhan rambang?

    Dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia, baru Allah ampunkan. Tak gitu?

    * Teringat pula pasal Perang Khandaq. Adakah Salman al-Farisi dikira menciplak juga?

    ReplyDelete
  6. Ayat yg betul ialah Inspired.. kne phm istilah Harta Intelek bro..

    ReplyDelete
  7. (Pergi Haji, tak boleh berhutang.. klu korang nak tau.)
    Kurang tepat saudara. Dalam fiqh Syafie orang yang pergi haji berhutang hukumnya adalah harus dan dibenarkan. Cuma tidak diwajibkan kepadanya ketika itu kerana kekurangan syarat 'berkemampuan'. Kerana itu didalam memahami nas-nas Imam Syafie saya syorkan saudara merujuk kitab2 ulama' Syafieah yang mutaakhir kurun ke9 dan 10 Hijri iaitu zaman Imam Ramli dan Ibnu Hajar dan yang seumpamanya.
    Apapun keep the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikut adalah beberapa pertanyaan mengenai Haji dan Hutang yang diambil dari Buku Fatwa-Fatwa Haji dan Umrah oleh Ulama-Ulama Besar Saudi Arabia, Penyusun Muhammad bin Abdul Azin Al-Musnad, terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi’i, hal. 58 – 61, Penerjemah H. Asmuni Solihan Zamakhsyari Lc

      Pertanyaan : Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Saya ingin naik haji, tapi tidak mempunyai biaya yang mencukupi. Lalu kantor tempat saya bekerja menyetujui memberikan pinjaman kepada saya untuk biaya haji dengan cara memotong gaji setelah itu. Apakah cara ini dibenarkan ?

      Jawaban : Jika anda ingin haji dengan uang pinjaman, maka cara yang anda lakukan dapat dibenarkan. Tapi yang utama dan lebih baik adalah tidak melakukan itu. Sebab Allah SWT hanya mewajibkan haji kepada orang yang mampu, sedangkan anda sekarang belum mampu.

      Sebaiknya anda tidak meminjam uang untuk naik haji. Sebab anda tidak mengerti, barangkali utang itu masih dalam tanggungan sedangkan anda tidak mampu membayarnya setelah itu, misalnya karena sakit atau tempat kerja mengalami kebangkrutan atau meninggal dunia. Maka seyogianya anda jangan mengutang untuk haji. Kapan saja Allah SWT memberikan kecukupan kepada anda dan mampu haji dari dana sendiri, maka lakukanlah. Tapi jika tidak, maka jangan mengutang untuk haji.

      Pertanyaan : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apakah orang yang mempunyai utang boleh melaksanakan haji wajib karena belum pernah haji sebelumnya, atau orang yang mempunyai utang dan pernah naik haji sebelumnya tapi ingin melaksankan haji sunnah ?

      Jawaban : Jika seseorang mempunyai utang senilai semua hartanya, maka tidak wajib haji. Sebab Allah SWT mewajibkan haji hanya kepada orang yang mampu.
      "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengaadakan perjalanan ke Baitullah" [QS. Ali-Imran : 97]

      Delete
    2. Terima kasih kerana penerangan saudara.
      Saya kira fatwa2 itu tidak bertentangan dengan kenyataan saya tadi.
      - Pertama ibadah haji itu sah dan diterima jika dilakukan dengan berhutang dan boleh dilakukan.
      - Seeloknya haji itu dilakukan dengan tidak berhutang.
      - Berkemampuan didalam ibadah haji adalah syarat yang mewajibkan seseorang melakukan haji bukan syarat untuk mengesahkan ibadat tersebut.
      Fatwa yang saudara petik adalah dari tokoh2 ulama' negara Saudi yang bermazhab Hanbali. Saya memandang ianya tidak begitu tepat didalam menafsirkan nas-nas imam Syafie yang saudara nukilkan. Kalau mengikut kaedah dan metodologi ilmu bahas ulama' mazhab lebih memahami kalam imam mazhab mereka. JAdi saya lebih cenderung jika saudara mengutip petikan2 dan fatwa ulama; Syafie dalam menafsirkan nas2 Imam Syafie.
      Terima kasih sekali atas perkongsian maklumat didalam blog ini.

      Delete
  8. bro, boleh korek cerita tentang sultan mahmud mangkt dijulang. cerita yg sebenar mungkin. katanya baginda ada anak.. sapa laksamana bentan sebenarnya. memandangkan sy adalah keturunan laksamana bentan yg tidak tahu sgt sejarah sebenar. tq :)

    ReplyDelete
  9. ko ni. google kan ada
    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-2-mahmuds-and-pontianaks.html

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-laksamana-bentan-masih.html

    ReplyDelete
  10. Disebut juga sebagai " orang kontrak ".
    Dari Pontian menyusur pantai ke Batu Pahat.
    Sudah 3 keturunan di Johor ni.

    ReplyDelete
  11. Welcome to Mr. Frank Loan Fund, we give out loans of all kinds. If
    you are in need of urgent loan kindly contact us now for your loan with
    instant approval for just 2% interest rate.
    APPLICATION FORM
    NAME...............................
    COUNTRY........................
    OCCOPATION..................
    MONTHLY INCOME.........
    AMOUNT...........................
    NUMBER..........................
    ADDRESS........................
    DURATION......................
    PURPOSE........................
    Email:frankwoodloan@gmail.com

    ReplyDelete