Thursday, 2 April 2015

Untold History : The Lost Grand Hotel of Johore

Light reading.. sebelum aku sambung kes2 rumit yang boleh buat bengkak kepalotak korang..

Subject ni.. akan ajar korang 2 bende :

1.  Ape makna "King" yang sebenar
2.  Ape makne "King" yang sebenar


LOST 


Familiar dengan tempat tu??

For those budak2 JB yang degil.. dulu tempat ni jadi tempat pit stop paling last sebelum berambus balik rumah malam2.. Post Office JB.

In 1960's.. tempat ni dibuat Bus Stand.. so.. bus2 dari Batu Pahat, Pontian etc... stop dekat sini sebelum berpindah ke Bukit Timbalan.

But loooooooonnnnngggg before that.... tempat ni jadi tempat lepak artis2 Hollywood :

Itu dari Frank Buck's Chronicle.. one who made his name in Hollywood because of HH Ibrahim..


United Service Club is an exclusive club belong to expatriate in Johore.. Dato' Onn selalu lepak sini mase dia muda2... degil nak mampus.. x nak kerja kt JMF, selalu lepak main billiard kat sini..


GRAND HOTEL

Diberitakan oleh Dato' Mejar Mohd. Said.. 



REST HOUSE DI RUMAH PEREHATAN

Maka pada mulanya tiadalah
apa-apa tujuan yang khas hendak diperbuat tetapi pada akhirnya masuklah pada fikiran
baik dicuba jadikan rest house (rumah perehatan) kerana banyak di antara negeri-negeri
dalam Tanah Melayu yang ada menyimpan seumpama itu. Jika pada tempat-tempat yang
besar seperti di Singapura dan Pulau Pinang atau Kuala Lumpur ada hotel jadi tempat
ahli Johore Club dapatlah menumpang dalam kelab kalau tiada kenalan menjadi
kesusahan berhenti bermalam.

Maka setelah jumlah perkiraan itu diwakil oleh Yang Maha Mulia kepada seorang
putih yang dalam jawatan pelajaran kerana ianya seorang kawan baik kepada Yang Maha
Mulia dan kepada banyak orang Melayu juga benama Tuan W.N Gulur (kemudian
bergelar Datuk) pada mengalatkan tempat itu dengan secukup-cukup bagi kaedah sebuah
hotel yang terutama dalam Singapura hingga memesan setengah daripada barang-barang
itu dari Eropah dan juga disediakan dua buah meja bular (billiard). Maka dalam…
…sedikit hari datanglah barang-barang itu dan siaplah serba serbinya yang demikian
jadilah masyhur serta merta dengan sebab bagus dalam semua hal bukan daripada alatan
sahaja dan bilik tidur tetapi tentang makan minum, jagaan dan keraian juga adalah
kerehatan dan kesenangan itu bukan bagi orang dari luar sahaja tetapi bagi orang baikbaik
dalam Johor juga tambahan pula Yang Maha Mulia sendiri berangkat main billiard
dan melihat kawan-kawan dari sebab itu dapat peluang bagi masing-masing menunjukkan
muka mengadap.

Shahadan tiada berapa di belakang daripada itu Masjid Kecil batu yang
bersebaran dengan balai kayu sebelah daratnya kerana ramai orang datang sembahyang
duduknya berhimpit dengan rest house tiadalah digunakan lagi bagi sembahyang Jumaat
atau hari-hari raya dengan sebab telah berpindah ke Masjid Abu Bakar yang di atas bukit
bersebelah dengan kebun bunga Istana Besar. Maka titah Yang Maha Mulia baiklah
pindahkan ke tempat lain ataupun jika tiada dikehendakan di mana-mana robohkan sahaja
sebab tiada molek lagi tempatnya di situ. Setelah diperbahaskan oleh Pejabat Agama
pada akhirnya dibukalah sahaja dipecahkan ditinggalkan lapang tempat itu. Maka di
sebelah kiri Rest House itu rumah Datuk Bentara Luar telah buruk benar dan datuk itupun
tiada tinggal lagi di situ yang demikian bertentu lebih kurang dengan Datuk itu
terpulanglah rumah itu dengan tanahnya jadi milik kepada Yang Maha Mulia tatkala itu
berundinglah Yang Maha Mulia bagi membesarkan rest house dengan ditambah sayap
kiri kanannya.

Apakala dinyatakan Yang Maha Mulia kepada kerajaan hasratnya atas hal rest
house itu termustahak dibesarkan kerana sentiasa didapati tiada bercukupan bilik tidurnya
dan lain maka bersetujulah mesyuarat kerajaan iaitu tanah bekas masjid lama itu
diserahkan kepada pergunaan Yang Maha Mulia dan juga disekalikan serahan itu rumah
dan tanah kerana pejabat surat di sebelah kiri rumah Datuk Luar dengan sebab kerajaan
memang telah menyediakan sebuah bangunan batu kerana pejabat itu. Yang demikian
dengan tidak lanjutan masa bertentulah Duli Yang Maha Mulia dengan sebuah gudang…
…pelukis di Singapura membuatkan plan yang munasabah kerana tambahan dan
menjadikan lebih baik keadaan rest house itu. Maka plan itupun sedialah dengan
menghabis tanah yang diperoleh baru di kiri kanan itu dan jadilah rumah lama bagi rest
house itu di tengah-tengah dengan sedikit pindaan. Maka diborongkanlah upah pelukis
pekerjaan bangunan itu dan dengan tidak berlamaan bangunan itupun selesailah diperbuat
dengan memberi cukup puas hati. Maka barang-barang yang dipesan dari Eropah bagi
kelengkapan rumai itu sampailah kerusi, meja gerubok yang diperbuat oleh gudanggudang
di Singapura sekalinannya siaplah lalu dipasangkan dengan baik keadaannya.
Maka disebutkan di sini meja bular ditembah dua buah lagi jadi berjumlah empat. Dan
lagi segala pinggan mangkuk, cawan, gelas, meja gerubok, kain-kain napkin, tuala
semuanya khas bercop “Johore Hotel” dengan tulisan Melayu dan Inggeris serta bulan
bintang ialah tidak dinamakan rest house lagi dan didaftarkan seorang putih yang mahir
dengan khas menjaga hotel itu siang malam.

Seperkara lagi disebutkan di sini iaitu ada diuntukan dalam hotel itu satu majlis
besar di sebelah hadapan di kanan dan dua bilik tidur cukup dengan bilik air sekali. Tiaptiap
satunya bagi menjadi kelab orang putih terutamanya yang demikian kelab mereka
yang dinamakan Johore Club berpindahlah ke situ dan sebuah lagi bilik besar sebelah kiri
dengan dua bilik tidur yang lengkap diuntukkan bagi pergunaan pegawai-pegawai
Melayu lalu ditubuhkan pakatan itu dinamakan “Johore Civil Service Club” (Pakatan
Bagi Jawatan Tadbir Johor) dan ahlinya terutama daripada orang-orang Melayu dan
kedua-dua kelab ini ditentukan sewanya dengan cukup rendah seolah-olah jadi
pertolongan dan penggalak daripada Yang Maha Mulia sentiasa berhimpun berama-ramai
dengan tujuan yang muhibah, maka kedua kelab ini mengangkat akan Duli Yang Maha
Mulia jadi penaungnya yang berkekalan istimewa pula bagi kelab Melayu dizahirkan
dengan syor Yang Maha Mulia sendiri.

Shahadan semenjak dijalankan aturan cara hotel ini bertambah ramai orang-orang
menggunakan dan ada sesetengah orang di Singapura kedatangannya kerana bertukar
angin di sini berminggu-minggu…

…di sini kerana berhampiran dengan pabyan kapal bagi keretapi pulang balik ke
Woodland dan di sana ada tempat meninggalkan motorcar jika tiada menggunakan
keretapi. Dan lagi keraplah diadakan jamuan besar-besar di hotel itu kerana cukup serba
serbinya dan pelayan-pelayan semuanya bagus dan bersih hingga pada tempoh harijadi
Yang Maha Mulia atau seumpamanya pegawai-pegawai dan pihak lain menyembahkan
jamuan kepada Yang Maha Mulia di sinilah diadakan tidak payah menumpang di Istana
Besar dan diadakan majlis menari di bilik lepas jamuan itu adanya.





Itu gambaran Dato' Mejer Mohd Said yang kasitau... now..




Ini adalah "Rest House" sebelum dinamakan semua sebagai "Hotel Johore".. 2 1/2 floor hotel.. betul2 sampai ke gigi jalan..






Bangunan purba ni dibina sebelum Tambak Johor dibuat.. dirobohkan aku tak tau bile..


While.. disebelahnye pulak ade Masjid.. Masjid utama penduduk Bandar JB dulu2.. :




Simple mosque yang boleh menempatkan 500 orang dalam satu-satu masa.. x besar sangat...


Sometimes in 1930's... Bangunan Masjid ini dirobohkan sebab makin kurang Jemaah lepas Masjid Abu Bakar siap and Al Attas pun ade wakafkan 1 masjid depan Komtar.. 




Itu adalah tapak Masjid JB yang lama.. While.... ini pulak... tapak asal the lost Grand Hotel of Johore :




Betul2... atas jalan yang korang lalu hari2.. korang patut pay respect sikit dekat tuan punye asal jalan raye yang korang lalu tu.. : 



REAL KING

So.. what makes you King??? 


= jawapannye.. ko boleh ambik ape je ko nak.. xde orang brani marah.. then you are the King. 


Dalam zaman moden ni.. ramai sangat yang rase dia bagus... simple seeds of idea yang pengkhianat tanam dalam kepalotak dorang... maka ramai laa hidup nak jadi "King"... walaupun anak haram.. serupa ini orang :



And beribu-ribu lagi kat luar sane.. 

So.. ape kaitan dengan cerite ni?? same... Tanah Hotel ni... tanah yang korang lalu-lalang naik kereta pergi kerja lalu atas ni... tanah tu... dulunya.. orang ni yang punye :



Taiko Kongsi Gelap Dato' Muhammad Salleh Perang yang punye.. dia meninggal, HH Ibrahim ambik balik.. tak kire laa dia menteri ke ape dulu.. bukan di beli.. lepas tu... dibina Rest House dan Hotel atas tanah Dato' Muhammad Salleh Perang..

Lepas dirobohkan Hotel yang purba ni.. .. dia sedekah kan jer Tanah yang berharga ni kepada korang = UNTUK DIBUAT JALANRAYE jer... takde tol pun.. so.. bersyukur laaah

Bukan Datuk Salleh Perang jer kene pawn.. Tan Hiok Nee, Wong Ah Fook, Al Attas, Al Junaid semua yang kaya2 mcm Bill Gates dulu2.. kene tapau dengan orang tua ni..

So... kalau korang perasan korang dah kire baik dgn Sultan Johor sebab selalu lepak same2.. , korang silap.... orang mcm korang laaah dulu yang kene pawn sampai pape kedane..


Sape King Sekarang??? 

Tuesday, 31 March 2015

Untold History : Remapping The Course of History of Malays Origin I

PART 1

Bende yang buat korang.. tak senang duduk kalau dengar.. taking you to uncomfortable situation.. korang akan rase tertipu... aneh.. dan rase di persendakan. But, in the end of this page.. korang akan nampak 'logik' nye.. x perlu decipher bahase-bahase Hindu kuno.. x perlu dikejar2 FBI atau pun yahudi kononnyer 'takut rahsia pecah'.. mcm pundek.... takde bende2 mengarut mcm tu dalam ni... yang ade cume.. logik, yang semua orang akil baligh boleh fikir.. daripada pam attendant Shell, tukang sapu sampah.. sampai ke graduate Actuarial Science. Xde bende2 pelik dan rumit....

Ini adalah zaman 0 A.D.  Korang kene set dalam kepalotak korang.. Melayu zero : takde kerajaan, takde raja, takde tamaddun.. yang ada cuma kewujudan diorang.. laaamaaaaaaa sebelum dorang bangunkan Sriwijaya... 0 A.D alam Melayu. 

But 1st.. aku nak bagi perbezaan Melayu original.. dgn Melayu perasan bagus..


MELAYU ZAMAN SEKARANG

Melayu.. ade, beratus-ratus 'reference' zaman sekarang dalam internet yang cuba mengetengahkan 'asal' Melayu.. semuanya modus operandi yang same : Bangsa dari keturunan yang best dan hebat2, panji2 hitam laah.. Bani Jawi laah..  bangsa terpilih akhir zaman laah... disulam pulak dengan ciri-ciri ke Islaman lebih daripada bangsa Arab sendiri.. asalkan bunyiknye nampak mcm beriman, walaupun terpakse menipu.. kire ok.

Aku menyampah sebenarnye nak bace... aku lanjioo kan jer sape tulis mcm ni.. 


MELAYU ORIGINAL

Kalau aku tulis panjang2.. sampai bile2 pun tak habis..

So.. mari kite tengok "Melayu Original" mcmane  yang pernah diberitakan orang dalam Salalatus Salatin :


  • Hang Tuah mabuk todi..
  • Parameswara bunuh orang... 
  • Bendahara membunuh diri... 
  • Sultan beromen dgn Isteri Tun Biyazid... 
  • Sultan berjudi gadai negeri... so what?

Melayu original dalam sejarah obviously takde akhlak bangse terpilih akhir zaman mcm korang perasan tu.. same je mcm bangse2 lain. So... x payah nak kagum sangat. 




And beratus-ratus lagi example Melayu perangai brassball yang takde ciri-ciri keimanan.

Hampir semua isi 'jalan' sejarah bangsa kita.. xde nilai-nilai yang Melayu zaman sekarang bangga-bangga kan.. yang ade sekarang.. cume penuh ayat2 nak up kan bangsa sendiri walaupun sanggup menipu memainkan agama.. and kite??? kalau orang cerite best.. dah tentu laa korang sorak kan??? 

This is pure history. So... jangan malu-malu.. atok nenek korang dulu semua perangai hancur... jangan perasan konon Melayu bangsa terpilih akhir zaman. 


REMAPPING MALAYS ORIGIN

Kita di war-warkan.. bahawa Bangsa Melayu asalnya disini :



Itu sumber yang kita pegang zaman berzaman.. dari Tun Seri Lanang dalam Salalatus Salatin.


BEHIND PALEMBANG 

Tak lame dulu.. aku dijemput jadi dif kehormat majlis jemputan kahwin member aku di Palembang..

Bapaknye menjemput Ketua Suku Adat Muara Tembesi.. so, ketua adat dorang bagi "gelaran" kat kawan aku suami isteri dengan panggilan "Putero" dan "Puteri"..

And suku adat yang banyak ni.. boleh bagi "pangkat" kat sape2.. even ade member aku orang Malaysia dapat pangkat "Dato'".. yang bagi pangkat tu datang naik  kapchai jer... aku gelak guling2 bile dia print namecard dia ade "Dato'"..

So.. nak dijadikan cerite... dibacalah watikah perlantikan tu gune bahase Kuno Muara Tembesi... 3 jam duduk dengar dia membebel.... pakaian serupa Melayu, makan macam Melayu.. but... bahasa.. no wayyyyyy bahase Melayu..

Makes me wonder... aku selidik2, bahasa kuno Tembesi, Muarang etc... xde sikit pun serupa bahasa Melayu.. semua lebih kepada Suku Minang atau Bangkinang.... so.. mcmane pulak Tun Seri Lanang ckap Melayu berasal dari Palembang???? 


BEHIND 'MELAYU'

Almost everywhere korang bergaduh pasal dari mana datangnye asal "Melayu".. korang gaduh dengan orang Indonesia.. orang Cina.. orang Hindu... dorang cakap korang pun pendatang : dari Jambi datang ke Semenanjung... korang takde point... ko maki dorang balik... so.. yang nampak bodoh tu korang kan???? 

How about this... Melayu memang datang dari sini.. dari "Semenanjung".. 

Korang dah tak perlu bergaduh2 lagi kan??? 


ORIGINAL MOTHERLAND

Tun Seri Lanang bagitau "Melayu berasal dari Sungai Melayu, di Hulu Batanghari"... and few other 'oral' reference orang-orang Sumatera.. 



How about if, Tun Sri Lanang bagi ko cypher... something yang dia cuba bagitau.. but, tak boleh sebab dalam distressful order - dia dalam tawanan Acheh mase dia menulis Sejarah Melayu.. best thing he could do is.. glorify his enemy's land, dalam mase yang sama.. menyembunyikan fakta dalam bait2 ayat.. 

Korang tau tak.... TAKDE orang yang dapat locate name "Sungai Melayu" di Palembang... tempat ni almost x wujud dalam peta dunia... 


Even di Bukit Siguntang.. bukit keagungan Melayu jugak.. takde name "Sungai Melayu".. yang ade cume... Sungai "Musi".. 

Now... add this :
  1. Orang Palembang dan Jambi purba, takde yang cakap Melayu
  2. Takde name "Sungai Melayu" di Palembang
Now.. where the fcuk is Sungai Melayu??? 


BEST SECRET HIDDEN IN PLAIN VIEW

Now.. mari belajar Geography.. 


Tun Seri Lanang dah bagi 'geographical contour' asal Bangsa Melayu: 
  1. Muara "pangkal" nya Sungai Tatang
  2. Hulunya (yang paling hujung) Sungai Melayu
  3. Dalam (berhampiran) Sungai ada satu bukit, nama Si Guntang
  4. Dihulu (sungainya) ada Gunung Mahamiru
Now.. tengok balik :


Sungai dah ade.. Bukit Si Guntang dah ade... So.. Gunung Mahameru (dihulunya)?


Gunung Mahameru terletak di Jawa Tengah... bukan di 'hulunya', dan bukan di tanah Sumatra.. WTF???   Hahahaa.. korang kene main-mainkan dengan Tun Seri Lanang...

Tak puas hati?? bace balik dari tengah ulang2.. .


ORIGINAL LOCATION OF "SUNGAI MELAYU"

Now.. let's "reinterprated" ape yang Tun Seri Lanang tulis.. considering dia orang Johor.. dari Kerajaan Johor Lama... Sudah tentu dia expert tentang Negeri Johor.. dia Bendahara Johor whattt... 

So... ade 1 "Sungai Melayu" di Johore.. 




Name jer "Johor Bahru".. name "Bahru" tu sendiri diberi untuk purposely misleading korang supaya pecaye tempat tu "Baru"... x purba sangat.... but... looks closely :
  • Prince Takaoka mati di Johor, reportedly in Johor Bahru now... in 865 AD
  • Watak "Bendahara Skudai" tiba-tiba muncul dan berjaya menhalau Portuguese Melaka in 1641 dengan bantuan beribu-ribu orang 'pengikutnya'. Skudai located in Johor Bahru.
  • Sungai Melayu dah wujud dalam Peta sejak zaman Portuguese menjajah Melaka.. dalam chronicle Catenheda
  • Hikayat Ramayana ditulis pada 4th to 5th BCE menyebut.. ada 3 tempat penting di Nusantara :

  1. Suvarnadvipa : Sumatra
  2. Yavadvipa : Jawa
  3. Malayadvipa : takkan Palembang kot... sebab dah disebut dalam No. 1.. no need to repeat lah..

So.. "Malayadvipa" ditempat lain.. - di Semenanjung.. 


Aku tak nak tulis panjang2 dengan reference2 hindu yang berbelit2.... remember.. this is 0 A.D dalam peradaban Melayu.... takde kerajaan, takde raja. All fight to survive. Aku nak kasi fahamkan kisah Sg. Melayu, Bukit Siguntang, Gunung Mahameru etc.

Let's go back a while.. tengok ape yang Tun Seri Lanang Tulis... and kita apply balik dekat Peta Moden :


Tun Seri Lanang dah bagi 'geographical contour' asal Bangsa Melayu: 
  1. Muara "pangkal" nya Sungai Tatang
  2. Hulunya (yang paling hujung) Sungai Melayu
  3. Dalam (berhampiran) Sungai ada satu bukit, nama Si Guntang
  4. Dihulu (sungainya) ada Gunung Mahamiru

Mathch isn't it???? Hehehee

Mesti ramai yang tak puas hati.. .but wait... 

Si GUNTANG

Kenapa Bukit Serene aku conclude Bukit SiGuntang??? looks closely :


Guntang dalam bahasa Melayu original purba adalah... pelampung nelayan... While Bukit Serene asalnye pulak ialah :



Yerr.. tapak Bukit Serene yang asal adalah Kampung Nelayan purba Orang Laut, orang yang jaga Istana Melaka dan jadi tentera raja-raja lain zaman purba dulu... dipindahkan ke Bakar Batu Permas Jaye mase HH Ibrahim nak bina Istana Bkt. Serene sometimes 1930's.. 

Actually.. ade point salah dlm article tu.. yang relocate "Orang Laut" and Kg. Orang Asli dekat Bukit Serene ke Bakar Batu Permas adalah HH Ibrahim... 


YES... itu kawasan asal "Orang Laut"... yang "Pelampungnye/Guntangnye" ada di atas Bukit..

So.. to sum everything... :

  • Orang Melayu > adalah Orang Laut
  • Orang Laut / Melayu > pulak.. DNA tracenye sampai ke Maldive dan Hawaiii sebab.. dia "orang laut".. 
  • Sebab "laut" jugak... dorang sampai ke Palembang.. dan dirikan kerajaan disana

So.. lepas ni tak payah nak gaduh2... Asal Melayu memang dekat Semenanjung.  


Kalau ade yang bangang tanye aku : kenape takde prasasti2 kuno yang ditinggalkan di Johor Bahru :

aku jawab... 

  1. 0 A.D.  Zaman atuk nenek korang tak  tau ape. 
  2. And.. Nabi pun bina Tamaddun Islam di Madinah.. bukan di Mekah tanah kelahirannye... so as other great empire builders...  ko nampak ape yang aku cuba sampai kan??? 

OPEN CHALLENGE

So.. to test my theory... aku open for rebuttal on the following term:

So.. if you have  "Sungai Melayu" yang lain ko jumpe dalam Peta > yang mengalir dalam Sungai yang lain > berhampiran Bukit yang ada connection dengan Nelayan... > yang di hulu Sungainye itu ada Gunung... come back and rebut me. Take this challenge. 

Ada sapa brani??? 

Saturday, 21 March 2015

Untold History : Misconception on Coronation Sultan of Johore I

Ditulis sehari sebelum permahkotaan SI.

Just when I was thought I was out... they pulled me back in!! Guess I can't never retired writing this shit down to last bottom.

Anyway, sape lah aku to critic. Some people just don't learnt.

MISCONCEPTION

Dalam makne yang simple - salah konsep. Its like, wearing sarong with a cowboy hat.

Macam yang kite tau.. SI want to 'revive' adat-adat Johor lama.. good efforts by him. It could be his 'advisor' giving a wrong advise. Instead of 'revive'.. .they seems 'rewrite' thing off. dorang bukan 'mengembalikan' adat Johor lama... tapi.. 'menulis semula' adat baru..

And this I can't keep my mouth shut.

KORONATION

Kepada sesiape yang takde peluang nak pergi coronation Sultan Abu Bakar in 1886, or coronation anaknye HH Sir Ibrahim Brassball in 1895.. or Sultan Ismail pada 1960.. here I give you a glimpse ape yang jadik 130 tahun yang dulu....

1. CROWN

Mahkota DiRaja Johor




Ini yang dipakai HH Sultan Abu Bakar.. despite 'rumors' di 'buat' semula.. actually, Crown ni dibaik pulih sejak 3 tahun dulu.. baru sekarang siap.

"Berat" kerja nk repair bende ni, bertahun2 nak siap.. nak repair je pun.. sebab "berat" tu laa kenape jenazah HH Sir Ibrahim Brassball kene ikut jalan laut instead of using airplant to ferry his corpse back to Johore in 1959.

Berape harganye? some say, USD 30,000,000.00.. some.. his ceremonial dress untuk coronation bernilai :



USD, 10,000,000.00 in 1893 - bersamaan USD 23 Billion in current rate.


MISCONCEPTION TENTANG MAHKOTA JOHOR

Diberitakan orang.. baik dari mereka yang kerja Pejabat Kerajaan Johor, Istana, siap kene interview lagi masuk TV.. sampai yang kerja pam minyak... bahawa :

"Sultan Abu Bakar memcipta mahkota untuk kerajaan Johor sebab persahabatan rapat beliau dengan kerabat DiRaja British"








So.. Sultan Abu Bakar mulakan dulu.. lalu di tiru Sultan Kelantan, Terengganu and Selangor..




Bagi orang-orang yang tak suke anything pasal Johor, JDT.. selalu butthurt bile kite buat bende best sket dari dorang... dorang akan cakap "kite tiru British.. dasar anjing penjajah".. or anything... korang pulak... maki balik... back and fro mcm tu..

Itu perception korang and diorarng... sebab... orang yang 'diamanahkan' jaga adat raja-raja yang bagitau mcm tu.. korang ikut je... so silap sape???


MAHKOTA RAJA-RAJA YANG ORIGINAL

Ko bace ayat tu.. ko penah bace kan ayat tu???


Ini adalah kitab "Mahkota Segala Raja-Raja"... karangan Bukhari Al-Jauhari.. seorang anak Johor yang berkhidmat dalam Istana Johor Lama pada 1630 AD, yang menjadi panduan raja-raja Melayu di Kedah dan Johor.. jugaak, Raja-Raja Jawa yang beragama Islam semuanya.  

Even Belanda pun menjadikan panduan kitab ni... kitab "Mahkota" segala Raja-Raja.

Secara tersiratnye.. "Mahkota" Raja-Raja.. adalah adabnye.. TAPIIII... secara literal... MEMANG asalnye Raja-Raja Nusantara sejak zaman dahulu memakai "Mahkota", lebih awal dari Queen Victoria.. :



















Yang aku betul2 amaze... Mejer Dato' Said dulu jugak pernah cakap... Sultan Abu Bakar membuat Mahkota sebab - mengikut adat Melayu zaman purba, sejak zaman Iskandar Dzulkarnain.. keturunan Raja-Raja Melayu.. dalam unpublished journal dia yang dikarang 100 tahun dulu :



See?????

Dua source.. dua-dua nye ditulis di Johor = Tajus Salatin.. and Chronicle Dato' Major Said sendiri yang bagi dah bagi tau... "Mahkota" tu memang asal dari adat Raja-Raja Melayu purba... lagi korang cakap sebab British... 

Depan mate dorang, asal Johor,.. kerja Istane Johor.. tapi bende basic ni pun tak tau... lepas tu dorang pegi misleading lagi orang ramai supaye pecaye temberang dorang... mau aku x bengang...

So.. bile cakap Melayu je.. korang terpikir Melake.. x pernah dengar Sultan Melaka pakai crown kan??? korang silap :



Sultan Muzaffar Shah, anak Sultan Mahmud yang lari ke Perak selepas Melaka dilanggar Portuguese membawa lari "Mahkota" kerajaan Melaka...

Tapi "Mahkota" tu terpakse dibuang ke laut.. bace lagenda Beting Beras Basah...

Sejak zaman tu.. keturunan direct decendent Raja-Raja Melaka dah takde "Mahkota"... sebab dah tenggelam.. dulu-dulu memang ade.. mcmane rupenye... aku tak tau.. yang aku tau.. bende tu 'berat'.. same 'berat' mcm Mahkota Johor mcm aku cerite kat atas.

So.. silap besar yang cakap "Mahkota" Johor ditiru dari British... British yang tiru Johor.. Bhahahahaa


2. ADAT BERSIRAM

One of the reason aku tulis posting ni sebab.. petang tadi.. member-member aku yang kerja JMF sibuk selfie gambar SI tengah bersiram.

Aku expect lain... tapi.... lain yang aku tengok..




Ini bukan "revive" adat dulu-dulu... ini "rewrite" adat dulu-dulu jadik adat zaman moden...

130 tahun dulu... Pancha Persada dibuat khas, dengan SATU DESIGN yang SAMA, dibuat pada SATU HARI yang SAMA dengan coronation.. dan di SATU TEMPAT yang SAMA digunekan HH Abu Bakar dan HH Sir Ibrahim Brassball..


Bentuknye pulak.. mcm gambar Coronation HH Sir Ibrahim Brassball pada tahun 1895:


Tempatnye pulak.. di :


Antara sebab Pancha Persada dibina tinggi, dipayung kain 7 lapis adalah sebab... xkan ko nak orang nampak Sultan ko mandi weh... simple jer..


ADAT YANG ORIGINAL 

So... mengikut catatan purba dari karangan Major Said... :

  • Pancha Persada dibuat 7 tingkat, atau sekurang-kurangnye 5 tingkat
  • Balainye 8 segi
  • Atapnye kain kuning berkajang 7 lapis berombak-ombak
  • Airnya dipancur dari mulut naga di 8 penjuru puncak Pancha Persada
  • Mandinye diiringi Nobat
  • Istiadatnye bermula jam 3.00 petang
  • Diiringi dayang-dayang istana disetiap tingkat Pancha Persada
  • Ditiap penjuru Pancha Persada itu dikawal oleh lelaki dengan obor api
  • Diluarnya dikawal oleh JMF disekeliling Pancha Persada
  • Pengiring-pengiring perempuan dari keturunan Raja mengiringi dari kaki tangga Istana Besar
  • Ditarik dengan kereta kuda sepasang ke Pancha Persada
  • Bila sampai, diletupkan Meriam dari JMF Headquarters dekat Bkt Timbalan sebanyak 21 das
  • Sebelum mandi di tepung tawar 7 orang kerabat lelaki
  • Lepas tu baru mandi
  • Then, baru di tepung tawar dari kerabat perempuan
  • Bila siap, di iring oleh sekelian orang kembali ke kaki tangga Istana Besar
  • Diiringi dengan 21 tembakan meriam dari Bkt Timbalan lagi tanda tamat






Yang paling aku concern ialah.... bukan sebab dorang tak ikut adaat purba... tapi... bende ni :


Ahh sudahh...

Adat persiraman hari ni dibuat di Pavilion Bukit Bintang...


The very same pavilion yang HH Abu Bakar bina untuk lihat 'bintang'.. :



Nak roboh tempat ni???? Think again... dorang 'rewrite' adat... bukan 'revive'...

Aku dah sampai kan... still dorang taknak dengar... bukan aku yang kasi warning.. tapi... penghuni hutan Jln. Belukar Istana Besar.. the one I traded my soul with.. nowww you know.. be warned.