Sunday, 15 January 2012

Untold History : Kiyai Salleh dan 13 Mei Tidak Bersangkutan

Aku terbace pasal thread "13 Mei"..

Masih ramai yang assumed Kiayai Salleh dan 13 Mei 1969 adalah peristiwa yang sama.  Wrong.. Totally wrong.  

SEBAB

1.  Perang 14 hari militia Kiayi Salleh berlangsung pada tahun 1945.. sekitar bulan Julai
2.  Peristiwa 13 Mei terjadi pada 12 Mei 1969.. 23 tahun selepas terjadinya perang 14 hari itu

Dan

3.  Orang2 yang terlibat semasa perang 14 hari pada tahun 1945 rata2 berumur 45 - 55 tahun pada 13 Mei 1969
4.  Orang2 Melayu Johor yang terlibat secara langsung pada perang 14 hari bersama2 Kiayi Salleh TIDAK MEMBANTU pada 13 Mei 1969 diselangor kerana :

-  Taat setia dan "Sumpah Melayu" mereka hanya kepada Dato' Onn.. bile TAR ambil alih UMNO.. orang2 ni menjauhkan diri kerana simpati dengan Dato' Onn walaupun selepas kematiannya.

-  Sebab kedua, it politically motivated.. bukan bersemangatkan perjuangan Islam dan tanahair

KIYAI SALLEH PERNAH DIKALAHKAN

Yes.  Kiayi Salleh pernah ditewaskan.... oleh Dato' Onn sendiri.

10 tahun, semasa hidup dalam buangan di Singapore, Dato' Onn mendapat ijazah Silat Gayong dan menjadi Mahaguru Silat Gayong yang pertama.



Guru2 Dato' Onn tidak diketahui sehingga kini... but some say, that old man come and go.. kemungkinan Dendiar sendiri (aku suspect jee).

Dalam buku "Dato' Onn" keluaran UM ade tulis cerita ni... :

- Pada subuh ketibaan Dato' Onn, dia terus pergi berjumpa ketua komunis sorang2 di markas komunis dalam kebun getah.. 
- Kiayi Salleh naik hangin, sebab Dato' Onn pergi jumpa komunis dulu.. dari orang melayu
- Geng2 Kiyai Salleh hendak menyerang bandar Penggaram.. ditahan oleh Dato' Onn
- Cikgu (lupe name) bawa Kiayi Salleh berjumpa Dato' Onn
- Kiayi Salleh marah2
- ..... then... Kiayi Salleh terima Dato' Onn.. so sudden.. 

= bukan sebab dato' Onn orang utusan Sultan Ibrahim, sebab.. orang kaya Hamid pada mase tu merupakan pemimpin tempatan dan juga keturunan Sultan Ibrahim.. langsung Kiayi Salleh tak respect 

Diceritakan, Dato' Onn berlawan batin dgn Kiayi Salleh.. dan Kiayi Salleh kalah, menyebabkan dia respect Dato' Onn.. maybe dia x sangka Dato' Onn rupanya seorang yang hebat

KIYAI SALLEH AND THE GENG



"Kiyai"... Salleh Bin Karim ni sebenarnya tidak layak dipanggi "Kiayi" dalam standard sebenar.

Dia bukan seorang yang warak, dia brassball, terejal dan degil.  Selalu berlengging tanpa baju keliling kampung... BUT..

Dalam 9 orang geng2 Kiayi Salleh... RAMAI YANG BERPANGKAT KIAYI yang sebenar... nama mcm Kiyai Shamsuddin.. Kiyai Tahir.. Kiyai Hanan.. kesemua orang2 Banjar dan Jawa nilah tulang belakang Kiayi Salleh

MILITIA

Ramai yang anggap dorang cume 'cowboy'... main redah semacam..

Salah.  Militia ni ada strukture tersendiri... setiap 9 orang kiyai ini mengetuai regimen2 tersendiri.

Allayarham Tn. Hj. Anuar Hj. Jalil, yang semasa tu baru berumur 24 tahun pernah ditugaskan mencatat nama2 sukarelawan utk Perang ini, ahli keluarga mereka.. dan juga... orang2 yang layak diberikan zakat.. seperti yang diarahkan oleh Kiayi2 ini.. terutamanya Kiayi Shamsuddin yang memang amat prihatin terhadap nasib orang2 Melayu selepas perang.

Ini adalah asas perjuangan Melayu Johor pada zaman Kiayai2, tidak ada kene mengene dengan politik dan suku.

UNTOLD

13 Mei takde kaitan dengan dorang.. Melayu dan Cina Johor tidak masuk campur atas tragedi 13 Mei 1969... no one can help but wonder, kenape Johor terselamat dari tempias peristiwa 13 Mei 1969 walaupun semangat kemelayuan dan kecinaan orang Johor tetap tebal.. - cluenye ade dalam thread "Bapak Segala Kongsi".

Banyak versi cerita2 perang tersebut... aku rase x payah laa aku tulis sebab kt thread2 blakang pun ade..

One other thing is.. dalam masa 200 tahun, selepas Megat Seri Rama ditabalkan menjadi "Panglima DiRaja".. Kiyai Salleh merupakan orang yang terakhir yang pernah dikurniakan pangkat "Panglima" (ketua turus tentera tidak termasuk) atas jasa2 perjuangan dia.

Khususan Ila Arwahi Salleh Bin Karim.. Al Fatihah..

21 comments:

  1. Setakat ini, selepas berpuluh individu di Johor / berasal dari Johor berpeluang saya tanyakan secara peribadi akan apa yang mereka tahu dan faham tentang Tragedi 13 Mei 1969 dan Kiyai Salleh ("Tragedi Militia Kiyai Salleh"), majoritinya gagal membezakan 2 tragedi tersebut. Sungguhpun mereka ini puluhan tahun tua umurnya dari saya.

    Majoriti mereka sebenarnya tidak faham dan tidak berusaha mencari fakta sebenar 2 tragedi ini. Majoriti mereka hanya menyampaikan cerita mulut ke mulut saja.

    Sewajarnya bahan bacaan yang mudah difahami dan diperolehi disebar-luas demi pemahaman sebenar umum tentang 2 peristiwa berbeza ini demi kefahaman yang betul mengenainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, berdasarkan fakta2 sejarah yg saya dengar dari buku, dan mulut ke mulut. cerita dia atas dah kelaut & terbalik.

      Delete
  2. mmg btol 2 tragedi 2 beasingan...yg besangkut paut adalah ilmu yer (ayat empat)...bkn jasad orgnye.... Ayat empat atau yg lebih betol nameyer zikir dan wirid 4 ayat al-quran...

    ReplyDelete
  3. sekadar ingin menjelaskan :-

    1) Almarhum Dato' Onn merupakan murid awal Gayong kepada Almarhum Mahaguru Dato' Meor. Dato' Onn yang mencadangkan agar Silat Gayong didaftarkan secara rasmi di Johor Bahru agar menjadi pertubuhan yang sah...

    2) Dalam kes tragedi Mei 1969, terdapat cerita mengatakan bahawa ada kumpulan pendekar Melayu dari Johor (mungkin dari BP) ingin datang ke KL membantu orang2 Melayu di sana, tetapi dihalang oleh Dato' Onn (mungkin ada sahabat2 boleh membantu..

    3) Utk peristiwa tersebut, memang terdapat tokoh bernama Kiyai Salleh, tetapi dari Perak katanya....


    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni.. nak bullshit pun agak2 laa... sah2 laa Dato' Onn meninggal tahun 1962... tahun 1969 hantu dia ke yg halang orang Melayu pegi sane???

      Melayu Johor x interested nak campur hal negeri2 lain mase ni, mengikut perjanjian Kongsi Laut dan Darat.. those familiar with my paper in "Bapak Segala Kongsi" would have a clue

      Delete
  4. KALAU ADE YANG BLEH BG TAU KIYAI SALLEH NI NAMANYE APE KERJANYE APE CAKAPNYE APE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu.kerje ape.makan nye ape.tinggaldi mane

      Delete
  5. Kenapa kiyai salleh tak respect keturunan sultan ibrahim?

    ReplyDelete
  6. hahha...kowg semua ni bodoh..suke buat andaian sndiri...memantat-mantat jer ckp kowg ni...toksah pertikai hal kiyai n onn jaafar

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Harapnya dpt lah dikaji semula sejarah cerita kiyai salleh ini.ape yg sy kaji,sy dgr sndiri dri org yg mgenal arwah ini,dan org yg hdup pd zaman tsbut,sgt btentangan dgn cerita diatas.

    ReplyDelete
  8. assalamualikum,saya sedang membuat kajian phD(sejarah) di UM tentang konflik melayu & cina di johor ;Batu Pahat,Muar dan Segamat.1945-1955. saya turut mengkaji Kiayai Salleh.
    kebetulan datuk saya(meninggal duni pada 1981) adalah orang yang agak rapat dengan kiayai salleh. Peristiwa 13 Me1969 tidak melibatkan kiayai sebab dia telah meninggal dunia.
    sebelum hari kejadian datuk saya ada ke kampung baru KL untuk apa saya tak pasti mungkin utk mendapatkan maklumat( kebetulan anak saudaranya ASP di KL) utk dihantar kepada org kanan Kiyai Salleh yg semamngnya telah bersedia utk membantu org melayu KL..

    ReplyDelete
  9. Moga2 fitnah yg kau taburkan terhadap KIYAI HJ SALLEH PANGLIMA memakan dirikau balik ..Amin..... Kau belum kenal siapa KIYAI HJ SALLEH. Beliau bukan sekadar seorang pendekar tetapi juga Ulama yg bertaraf Arifbillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap banyak tak gune.. bring it on!!! Post ni klua January 2012.. and sampai skarang aku sihat wal afiat. Tak memudaratkan diri aku. So.. grow up.. and PAKAI AKAL

      Delete
    2. wahai bangsa MELAYU.... jgn suka cakap besar... berpijak balik dibumi yg nyata... jgn smpai kita lupa ASALUSUL kita.. dari mana kita dtg... siapa yg mentadbir diri kita... jgn terlampau BONGKAK dgn apa yg kita ada / tahu... sebab semuanya adalah milik MAHA PENCIPTA.... kita semua adalah peminjam sahaja....

      Delete
    3. Mo Razzi ko pon cakap x da bukti. nak suruh org plak. pening2

      Delete
  10. Pada tahun 2002, aku pernah berbual dgn seorang hartawan yg terkenal di batu pahat. Beliau pernah bercerita tentang peristiwa 13 mei 1969. Ketika itu pendekar yg terlibat adalah Kyai Majid dan rakan- rakannya. Beliau juga adalah anak murid kyai.

    ReplyDelete
  11. Kyai Majid..? Mcm mana pula cerita nya Kyai Majid ni pada masa tuu..? Cer citer...cer citerrr...... hehe. :D

    ReplyDelete
  12. Guruku pengikut termuda kiyai salleh, berumur 17 tahun waktu itu. Dia ada bercerita tentang penglibatan kumpulan parang terbang dari Johor dan perak semasa peristiwa 13 mei. Saudara mungkin tidak tahu bahawa kumpulan hulubalang hulu Pahang seperti awang nong (jerantut), osman gagah (lipis) dan abu jamal (raub) turut membantu orang melayu di kuala lumpur...orang pahang tahu tentang itu. Takkan orang Johor tak tahu...

    ReplyDelete
  13. Salah seorang dr pendekar2 13 mei ialah arwah guruku berasal dr sungai manik..seorang yg warak aliran tarekat samaniah..pernah ditembak sembilan das semasa 13mei dan dibuang ke pulau jerjak..sebelum meninggal beliau ada mengatakan pedang beliau di simpan di muzium taiping

    ReplyDelete
  14. Salah seorang dr pendekar2 13 mei ialah arwah guruku berasal dr sungai manik..seorang yg warak aliran tarekat samaniah..pernah ditembak sembilan das semasa 13mei dan dibuang ke pulau jerjak..sebelum meninggal beliau ada mengatakan pedang beliau di simpan di muzium taiping

    ReplyDelete
  15. mo razzi..kesian kt depa kan 😂😂😂

    ReplyDelete